Gurindam apa tanda orang berakal dalam berbual tidak

You're Reading a Free Preview
Pages 7 to 8 are not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Page 12 is not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Pages 16 to 27 are not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Pages 36 to 37 are not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Pages 47 to 61 are not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Pages 67 to 95 are not shown in this preview.

You're Reading a Free Preview
Pages 101 to 103 are not shown in this preview.

Kelas : VIIPelajaran : Bahasa IndonesiaKata kunci : puisi rakyat, makna, gurindamKategori :Bab V : Mewarisi Nilai Luhur dan Mengkreasikan Puisi RakyatPembahasan:Berakal berarti berpikir. Jadi, orang yang berakal adalah orang yang pandai dalam segala hal.Jadi, makna dari gurindam di atas adalah jika kita ingin mengenal seseorang yang pandai dalam segala hal, kita harus banyak belajar.

Gurindam berisi nasihat, filosofi hidup atau kata-kata mutiara, yang baris pertama berisi soal, masalah, atau perjanjian dan baris kedua berisi jawabadari baris pertama.

1 Ceramah Arif Budiman 11 Nilai-Nilai Asas Jati Diri Melayu sebagai Perekat Persatuan dan Kesatuan Bangsa 14 Februari 2015 Datuk Al Azhar Ketua Umum Dewan Pimpinan Harian Lembaga Adat Melayu, Riau Indonesia

2 65 Biografi Datuk Al Azhar lahir pada 17 Ogos 1961 di Dalu-dalu, Riau, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dalu-dalu. Beliau meraih sarjana dalam pendidikan semasa menuntut di Universitas Riau, Indonesia pada tahun Beliau meraih sarjananya yang kedua pada tahun 1992 dari Universiti Leiden, Belanda. Datuk Al Azhar memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Riau dalam bidang Budaya dan Sastera Indonesia pada tahun Dari tahun 1989 hingga 1992, beliau bertugas di Universiti Leiden sebagai pensyarah. Sekembalinya di Indonesia, beliau mula bertugas sebagai pengarah, di Pusat Pengajian Melayu di Universitas Islam Riau dari tahun 1993 hingga Kemudiannya, beliau bertugas di Lembaga Adat Melayu Riau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari tahun 1995 hingga Di samping itu, beliau turut bertugas sebagai Timbalan Pengerusi di bahagian Dokumentasi Masyarakat Kepulauan Melayu. Sehingga sekarang, Datuk Al Azhar masih lagi bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Bandar Serai. Dari tahun 2004 hingga tahun 2012, Datuk Al Azhar bertugas sebagai penyelidik kanan di Pusat Kajian Budaya dan Masyarakat, di Universitas Riau, Indonesia. Sejak tahun 2010, beliau bertugas sebagai pemimpin Persatuan Tradisi Lisan Riau. Sejak tahun 2012, Datuk Al Azhar menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Pimpinan Harian, Lembaga Adat Melayu Riau sehingga tahun Pada tahun 2014, Datuk Al Azhar telah menerima Anugerah Budaya yang diberikan oleh Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam yang beroperasi di Malaysia atas sumbangan beliau terhadap pengembangan budaya dan sastera Melayu. Selain itu, Datuk Al Azhar telah menerima beberapa anugerah atas sumbangan beliau dalam bidang kajian selain menulis pelbagai buku. Beliau telah menerbitkan pelbagai jenis buku terutama yang berkaitan dengan sastera dan budaya Melayu.

3 66 Nilai-Nilai Asas Jati Diri Melayu sebagai perekat persatuan dan kesatuan bangsa disediakan oleh Almarhum Datuk Dr Tengku Nasaruddin Effendy Penasihat Paguyuban Masyarakat Riau Ketua Dewan Pembina Lembaga Adat Pelalawan Pembina Lembaga Adat Petalangan disampaikan oleh Datuk Al Azhar Ketua Umum Pimpinan Harian Lembaga Adat Melayu Riau Abstrak Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan nilai-nilai asas yang menjadi pegangan dan membentuk jati diri orang Melayu sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi dan bersikap terbuka terhadap segala bentuk cabaran yang mendatang. Nilai-nilai asas jati diri Melayu ini mampu dijadikan sebagai perekat persatuan dan kesatuan bangsa dalam menerima kehadiran pelbagai puak dan suku dalam kehidupan bermasyarakat dalam situasi yang harmonis sesuai dengan kehidupan bermasyarakat yang bermaruah dan saling bermusyawarah. Salah satu upaya yang perlu dilakukan adalah meningkatkan kesedaran dan kepedulian semua pihak untuk tetap dan terus menerus memelihara nilai-nilai asas jati diri bangsa yang hakikatnya adalah nilai-nilai luhur adat dan budaya sebagai perekat kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

4 67 Pengenalan Ungkapan adat Melayu mengatakan Hidup serumah beramah-tamah, hidup sedusun tuntun-menuntun, hidup sekampung tolong-menolong, hidup senegeri beri-memberi, hidup sebangsa bertenggang-rasa. Ungkapan ini mencerminkan nilai-nilai asas adat dan budaya Melayu yang mengutamakan kehidupan yang rukun dan damai, aman dan sejahtera, saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan bertimbang rasa. Ungkapan lain menegaskan: adat sebanjar bertunjuk ajar, adat sedusun bersopan santun, adat sedesa rasa-merasa, adat senegeri bertanam budi, adat sebangsa seia sekata, yang intinya mengajarkan kehidupan yang santun, berbudi pekerti terpuji dan menjunjung tinggi asas kebersamaan yang adil dan merata. Pemuka-pemuka adat Melayu selalu mengingatkan, bahawa tegaknya tuah dan maruah harkat dan martabat sesuatu kaum dan bangsa berpunca dari asas kebersamaan yang disebut senasib sepenanggungan, seaib dan semalu serta kesedaran semua pihak untuk mengekalkan musyawarah dan muafakat atau dikatakan: elok kerja kerana bersama, elok niat kerana muafakat, atau dikatakan: kerana sefaham tercapai azam, kerana serasi kerja menjadi. Asas inilah yang menyebabkan kebersamaan melalui musyawarah dan muafakat menjadi landasan dalam mengambil keputusan, merancang dan melaksanakan kegiatan dalam kehidupan berumah tangga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Selain itu, adat Melayu mengajarkan sifat terbuka dan berbaik sangka kepada sesama makhluk. Asas ini dituangkan ke dalam ungkapan adat yang mengatakan: apabila hidup hendak terpuji, buka kulit tampaklah isi, kalau hidup hendak sejahtera, sesama makhluk berbaik sangka. Ungkapan lain menegaskan: apabila hati selalu terbuka, hilanglah segala syak dan sangka atau dikatakan apabila selalu bersangka baik, tuah tegak maruah pun naik. Selanjutnya dikatakan: adat hidup berbilang suku, jauhkan sifat seteru-berseteru, adat hidup berbilang bangsa jauhkan sifat berburuk sangka, yang intinya mengingatkan untuk selalu berbaik sangka dan menjauhkan perilaku yang tidak terpuji.

5 68 Ungkapan-ungkapan di atas hakikatnya adalah cerminan dari adat dan budaya Melayu yang terbuka, santun dan penuh tenggang rasa. Nilai-nilai inilah yang menjadi jati diri Melayu, yang disampai dan dilandasi oleh agama Islam yang dianut oleh orang-orang Melayu. Sejarah Riau membuktikan, dengan nilai-nilai asas di atas, terwujudlah masyarakat Melayu yang majmuk dengan latar belakang adat dan budaya yang majmuk pula. Kemajmukan ini menjadi kekuatan Melayu dalam menghadapi cabaran zaman, menjadi kekuatan untuk membangun kehidupan yang harmonis, aman, damai dan sejahtera. Mereka hidup dalam kebersamaan, berpadu melalui tali perkahwinan, serta melahirkan pemimpim-pemimpin yang memiliki darah campuran dari berbagai suku dan puak. Bahkan, Pahlawan Nasional dari Riau seperti Raja Haji Syahid Fi Sabilillah, ialah putera Melayu percampuran Bugis dan Melayu Riau. Sultan Syarif Kasim II adalah percampuran Arab dengan Melayu Riau dan sebagainya. Bahkan berjayanya kerajaaan-kerajaan Melayu di Riau hakikatnya adalah atas bantuan dari berbagai suku dan puak. Misalnya, kerajaan Siak Sri Indrapura berjaya kerana awalnya dibantu oleh Minangkabau, kemudian oleh Sayed Osman al Shahab dari Arab. Kerajaan Indragiri, Pelalawan, Rokan berjaya dengan bantuan Sultan Melaka, kerajaan Riau Lingga berjaya dengan bantuan Bugis. Kerajaan-kerajaan Melayu ini umumnya mempunyai hubungan yang serasi dengan raja-raja di luar Riau, seperti kesultanan Pontianak, Jambi, Palembang, Solo dan Yogyakarta, termasuk kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Semenanjung (Malaysia) seperti Johor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya. Hubungan itu tetap kekal hingga kerajaan itu berakhir dan kesultanan di Riau dengan ikhlas dan penuh kesedaran menyatakan meleburkan dirinya ke dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia. Perpaduan dan persebatian antara kelompok suku dan puak di Riau tercermin pula dari perjuangan rakyat Riau untuk membentuk Provinsi Riau melalui Kongres Rakyat Riau 1 yang dilaksanakan akhir Disember 1954 sampai awal Januari 1955 yang didukung oleh semua komponen masyarakat Riau yang ada pada waktu itu dan sejak itu, di Riau semakin banyak pendatang dari berbagai suku dan puak dari seluruh penjuru tanah air. Mereka hidup secara rukun dan damai, hormat-menghormati dalam perpaduan yang serasi yang lazim disebut persebatian Melayu.

6 69 Sekarang, di Riau terdapat sekitar 33 Paguyuban dari berbagai suku dan puak di tanah air, mulai dari Persatuan Masyarakat Aceh sampai kepada Persatuan Masyarakat dari Papua dan Ambon. Semua paguyuban itu berpadu satu dalam organisasi yang dinamakan Forum Kesatuan Masyarakat Riau (FORKESMAR). Dengan adanya forum ini, berbagai permasalahan dapat diselesaikan melalui musyawarah dan muafakat, sehingga tidak terjadi benturan antara suku dan puak di Riau. Kalau pun ada benturan-benturan kecil, secara arif diselesaikan melalui musyawarah muafakat kekeluargaan dari pimpinan paguyuban. Pengalaman ini memberi petunjuk, bahawa peraturan dan kesatuan Indonesia, dapat dibina, dirajut dan dikekalkan melalui nilai-nilai asas adat dan budaya daerah yang sarat dengan kearifan dan kebijakan tempatan dengan demikian, falsafah Bhinneka Tunggal Ika akan wujud dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia sepanjang zaman. Perbezaan suku dan puak, akan menjadi kekayaan bersama, dan menjadikan kebudayaan bangsa sebagai budaya pelangi yang warna-warni, atau bagaikan laman taman bunga budaya yang kemilau dengan corak raginya. Melalui keberagaman yang dilandasi oleh kebersamaan itulah, ke depan, permasalahan bangsa ini dapat diselesaikan dengan arif dan bijaksana, sehingga keberagaman suku dan puak, budaya dan adat istiadat itu menjadi rahmat dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Masa kini, kita hidup dalam kemajmukan yang lebih luas, hidup dalam alam yang lebih bervariasi dengan berbilang puak dan suku bangsa, dengan beragam nilai budaya dan agama, baik sama sebangsa mau pun dengan bangsa-bangsa dengan beragam nilai budaya dan agama, baik sama sebangsa maupun dengan bangsa-bangsa asing. Kondisi ini tentulah membuka peluang terjadinya perubahan dan pergeseran nilai-nilai adat dan budaya, atau bahkan dapat menimbulkan gesekan-gesekan yang meretakkan hubungan antara sesama sebangsa atau bahkan tidak mustahil akan dapat mengancam keutuhan Negara Kesatuan Republik Indonesia. Cabaran ini tentulah perlu disemak dengan arif, disikapi dengan dada lapang dan fikiran luas, agar dapat menghadapinya secara arif dan bijak pula. Salah satu upaya yang perlu dilakukan adalah meningkatkan kesedaran dan kepedulian semua pihak untuk tetap dan terus menerus memelihara nilai-nilai asas jati diri

7 70 bangsa yang hakikatnya adalah nilai-nilai luhur adat dan budaya sebagai perekat kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara yang dimiliki oleh semua suku dan puak yang ada di bumi tercinta ini. Nilai-nilai Asas Jati Diri Melayu yang Dapat Dijadikan Perekat Persatuan dan Kesatuan Bangsa Di antara nilai-nilai asas budaya Melayu yang menjadi jati diri kemelayuan orang Melayu sejak turun-termurun adalah: 1) Nilai Keterbukaan dalam Kemajemukan Budaya Melayu adalah budaya bahari yang juga disebut sebagai budaya kelautan. Kehidupan kelautan yang berabad-abad mereka tempuh, menyebabkan kebudayaan ini menjadi sangat terbuka. Beragam puak dan suku bangsa mendatangi daerah Melayu, kemudian berbaur dan berintegrasi turun-temurun, sehingga melahirkan masyarakat Melayu yang majemuk. Dari keberagaman suku bangsa dan puak itu serta beragam kontak-kontak budaya dengan berbilang bangsa, lambat-laun membentuk kebudayaan Melayu yang majemuk pula. Kemajmukan ini menyebabkan masyarakat selalu terbuka kepada semua pihak yang datang, kemudian berbaur dan melebur dalam alam Melayu. Melalui keterbukaan itulah orang-orang Melayu selalu menerima siapa saja yang datang ke daerahnya, yang mereka sambut dengan muka yang jernih dan hati yang lapang, kemudian mempersilakannya untuk hidup dan berusaha, serta memberikan untuk menetap dan berketerununan. Jalinan hubungan mesra inilah yang selalu bermuara kepada ikatan perkahwinan sehingga wujudlah kekerabatan yang kekal. Selain itu, adat Melayu memberi peluang kepada siapa saja yang ikhlas untuk mengikat tali persaudaraan melalui upacara adat yang disebut begito, yakni mengaku bersaudara dunia akhirat. Sejarah Riau mencatat, dari keterbukaan itu pula wujudnya pemimpinpemimpin Melayu yang berasal dari luar. Misalnya, Sultan Siak sejak abad ke-18 bercampur dengan Arab, sehingga membentuk dinasti sultan-sultan

8 71 keturunan Arab sampai sultan terakhir, yakni Sultan Syarif Kasim II yang kemudian diangkat sebagai Pahlawan Nasional. Selanjutnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dari kerajaan Riau Johor mengangkat bangsawan Bugis Daeng Marewah menjadi Yang Dipertuan Riau I (1722 M) di Bintan. Keturunan beliau ini melahirkan Raja Haji Syahid Fi Sabilillah yang juga diangkat sebagai Pahlawan Nasional dan salah seorang keturunannya adalah Raja Ali Haji, pujangga Melayu yang handal, yang menulis di antaranya Gurimdam Dua Belas dan Kitab Tata Bahasa Melayu, sehingga kemudian bahasa Melayu dijadikan bahasa persatuan Indonesia. Perilaku keterbukaan ini pula yang menyebabkan raja-raja dari kerajaan Rokan (Tambusai, Dalu-dalu, Kepenuhan, Rambah, Rokan IV Koto dan lain-lain) secara ikhlas menerima masyarakat dari Tapanuli (Mandailing dan Batak) untuk bermukim di wilayah kerajaannya, serta diberikan kawasan pemukiman dan usaha turun-temurun hingga saat ini. Perlakuan yang sama diperlakukan terhadap pendatang dari Jawa, Minangkabau dan sebagainya, sehingga lambat-laun masyarakat Melayu Riau menjadi semakin majmuk, namun hidup dalam kerukunan yang nyaman. Pembauran suku yang terjadi pada masa kerajaan Siak Sri Indrapura, dapat dibuktikan dari naskah kuno Bab Al-Qawaid (Pintu Segala Pegangan), yakni Kitab Undang-undang kerajaan Siak Sri Inderapura, khususnya Bab yang kedua puluh, disebutkan: Alif: Ba: Suku Tanah Datar dari anak bumipun ada sukunya dari orang Minangkabau yang mana luwak Tanah Datar Minangkabau yang datang ke Siak Sri Indrapura serta jajahan takluknya jadi suku Tanah Datar. Suku Lima Puluh dari anak bumipun ada sukunya dari orang Minangkabau pun ada, yang mana luwak Lima Puluh di Minangkabau yang datang ke Siak Sri Indrapura serta jajahan takhluknya jadi suku Lima Puluh.

9 72 Ta: Sa: Jim: Suku Pesisir dari anak bumipun ada sukunya dari orang Minangkabau yang mana luwak Agam Pesisir di Minangkabau yang datang ke Siak Sri Indrapura serta jajahan takluknya jadi suku Pesisir. Suku Kampar dari anak bumipun ada sukunya dan mana negeri Kampar yang tiada bekerja, iaitu orang besar sahaja kepala negeri itu yakni orang lima Koto dan orang Koto Baru yang mana datang ke Siak Sri Indrapura serta jajahan takluknya jadi suku Kampar. Suku Hamba Raja Dalam dari anak bumipun ada sukunya dari orang dagang dari mana-mana negeri yang ada beraja dari negeri Kampar Kiri, negeri Kampar Kanan, negeri Rokan Kiri, negeri Rokan Kanan, negeri Kota Intan, Negeri Tambusai, negeri Kepenuhan, negeri Rambah, dan dari Jawa dan Siam dan Keling dan Batak datang ke Siak Sri Indrapura serta jajahan takluknya jadi suku Hamba Raja Dalam. Dan lagi adalah yang dinamakan Hamba Raja Dalam itu ada, asalnya datang dari empat suku dan ada asalnya datang dari Hamba Raja Empat Suku dan ada kalanya datang dari lain suku. Maka apabila sudah terang masanya menjadi hamba Raja Dalam juga sampai turun-temurun jadi Hamba Raja Dalam sebelah ibunya*. Terjadinya persebatian antara masyarakat pendatang dengan penduduk tempatan tentu saja tidak terlepas dari perilaku semua pihak. Yang datang tahu diri demikian pula yang tempatan. Asas hidup di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung, di mana air disauk, di sana ranting dipatah dahulu memang ditaati oleh semua orang. Asas ini sebagai perwujudan tahu diri menyebabkan jarak antara pendatang dengan penduduk tempatan semakin mengecil, dan akhirnya melebur dalam satu kesatuan yang utuh dan kental.

10 73 Keterbukaan budaya Melayu selalu dikawal dengan asas kearifan semua pihak. Petua orang tua-tua yang mengatakan pantang mengorangorang di kampung orang; pantang menghulu-hulu di kampung penghulu; pantang meraja-raja di kampung raja merupakan maklumat yang ditaati. Demikian pula dengan asas: mengambil hak orang berunding sesama awak; mengambil hak orang berunding dengan orang, mewujudkan rasa kearifan untuk saling menjaga hak masing-masing. Terhadap masyarakat tempatan, adat mengingatkan untuk menjaga pelihara diri dan kampung halamannya secara saksama, agar dapat menunjukkan kepada pihak lain tentang hak dan tanggungjawabnya. Ungkapan adat mengatakan: rumah dijaga dengan amanah, kampung dijaga dengan maruah, dusun dijaga dengan kaedah, negeri dijaga dengan petuah. Petuah ini dianggap penting agar orang tidak berbuat semenamena dan tidak menganggap kawasan itu sebagai kawasan tidak bertuan. Ungkapan adat mengatakan: bila halaman tidak berpagar, bila rumah tidak berdinding, angin lalu tempias lalu, aib terdedah malu tersimbah. 2) Nilai yang Islami Budaya Melayu adalah budaya yang menyatu dengan ajaran agama Islam. Nilai Keislaman menjadi acuan dasar budaya Melayu. Kerananya, budaya Melayu tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana tercermin dari ungkapan adat: Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah, syarak mengata adat memakai, syah kata syarak, benar kata adat, bila bertikai adat dengan syarak, tegakkan syarak, dan sebagainya. Namun demikian, tidaklah bermakna bahawa budaya Melayu menolak masyarakat yang tidak satu akidah, bahkan sebaliknya menganjurkan untuk hidup saling hormat-menghormati, saling harga-menghargai, saling bertenggang-rasa, tolong-menolong dan seterusnya. Nilai inilah yang sejak dahulu mampu mewujudkan kerukunan hidup antara umat beragama di bumi Melayu.

11 74 Ungkapan adat mengatakan: adat hidup berbilang bangsa, pantang sekali hina-menghina, pantang pula cerca-mencerca. Selanjutnya dikatakan: adat hidup berlainan akidah, sama bijak menjaga lidah, sama arif memelihara langkah, sama bijak mengatur tingkah yang intinya mengingatkan agar perbezaan agama haruslah disikapi dengan arif dan bijak, serta dengan perilaku yang saling hormat-menghormati. Orang tua-tua Melayu mengatakan, bahawa hakikatnya, nilai-nilai Islami itu secara umum disebut: Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada yang Satu. Sifat ini cerminan dari kesedaran dirinya sebagai insan ciptaan dan hamba Allah, yang menimbulkan kesedaran untuk sentiasa berbuat kebaikan di jalan Allah. Kesedaran ini meningkatkan kualitas keimanan dan ketaqwaan seseorang, serta menumbuhkan perilaku terpuji dalam kehidupan berumah tangga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, sehingga wujudlah Islam yang Rahmatan Lil Alamin. Melalui ungkapan-ungkapan disebut: Tahu asal mula jadi Tahu berpegang pada yang Satu Hamba tahu akan Tuhannya Makhluk tahu akan Khaliknya Yang agama berkukuhan Yang iman berteguhan Yang sujud berkekalan Yang amal berkepanjangan Sesama manusia ia berguna Sesama makhluk ianya elok Di dunia membawa tuah Di akhirat beroleh rahmat

12 75 3) Nilai Senenek dan Semoyang Nilai ini mengajarkan orang untuk merasa seasal dan seketurunan, yakni sama-sama anak cucu Adam. Dalam ruang lingkup yang lebih kecil, menyedarkan orang akan kesamaan nenek moyangnya yakni berasal dari Rumpun Melayu yang satu. Nilai ini mampu menumbuhkan rasa kekeluargaan dalam erti luas, sebagai sampai peringkat persebatian dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Ungkapan pantun ada mengatakan: Ketuku batang ketakal Kedua batang keladi muyang Sesuku kita seasal Senenek kita semoyang Selanjutnya dijelaskan: Tanda merasa senenek semoyang Duduk bersama berkasih sayang Tegak beramai tenggang-menenggang Berfikiran jernih berdada lapang Orang tua-tua memberi petuah: Tanda Melayu sama serumpun Dalam bercakap bersopan santun Dalam susah santun-menyantun Dalam senang tuntun-menuntun Petuah lain mengatakan: Tanda orang sama seasal Sakit senang kenal-mengenal Jauh dekat ingat-mengingat Elok buruk jenguk-menjenguk

13 76 Sempit lapang jelang-menjelang Tua muda jaga-menjaga 4) Nilai Seaib dan Semalu Nilai saling memelihara hubungan antara peribadi maupun antara kelompok masyarakat. Nilai ini mengajarkan dan menyedarkan orang agar hidup saling menjaga pelihara hubungan baik, saling menjaga maruah, saling menjaga agar tidak melanggar pantang larang yang terdapat di dalam setiap suku dan puak, saling menjaga agar tidak ada perilaku hujatmenghujat, maki-memaki, caci-mencaci, fitnah-memfitnah dan sebagainya yang dapat menimbulkan aib malu bagi orang maupun dirinya sendiri, atau dapat menimbulkan pertelikaian dan perpecahan di dalam kehidupan bermasyarakat berbangsa dan bernegara. Ungkapan adat mengatakan: Tanda hidup seaib semalu yang buruk sama dibuang yang keruh sama dijernihkan yang kusut sama diluruskan yang menyalah sama dibetulkan salah besar diperkecil salah kecil dihabisi Selanjutnya dikatakan: Aib jangan dibendangkan Malu jangan disingkapkan atau dikatakan: Aib orang jangan dibilang Aib diri yang kita kaji

14 77 5) Nilai Senasib Sepenanggungan Nilai menumbuhkan rasa tanggung jawab sosial untuk saling tolongmenolong, bantu-membantu, ingat-mengingat dalam kehidupan seharihari. Dari sisi lain, nilai ini dapat menumbuhkan rasa kebersamaan dan menjauhkan perilaku yang hanya mementingkan diri sendiri, kelompok, golongan atau kaum dan sukunya saja. Dengan demikian, nilai ini dapat meredam tumbuhnya kesenjangan sosial, dapat menjauhkan kecemburuan sosial baik antara sesama anggota masyarakat maupun antara suku dan etnis dan dapat pula mengikis sifat dengki dan irimengiri, sifat mau menang sendiri, sehingga dapat mewujudkan tali persaudaraan yang kental. Ungkapan adat mengatakan: Tanda senasib sepenanggungan bila ke laut sama basah bila ke darat sama kering bila mendapat sama berlaba bila hilang sama berugi bila berlebih beri-memberi bila kurang isi-mengisi atau dikatakan: Adat senasib sepenanggungan dalam sempit sama berhimpit dalam lapang sama melenggang Orang tua-tua mengingatkan pula: Bertuah bangsa seia sekata Bertuah negeri bersatu hati

15 78 6) Nilai Seanak Sekemenakan Nilai ini mengajarkan orang agar merasa bertanggung jawab terhadap setiap anggota masyarakat tanpa memandang asal suku, keturunan dan sebagainya. Asas seanak-sekemenakan menganjurkan orang untuk peduli terhadap pertumbuhan dan perkembangan masyarakatnya, agar saling nasihat-menasihati, tegur-menegur untuk kebaikan dan kebajikan bersama. Nilai ini dapat menumbuhkan rasa keadilan, serta dapat memberikan perlindungan yang sama terhadap seluruh anggota masyarakat. Di dalam ungkapan adat dikatakan: Adat seanak-kemenakan yang anak sama dipinak yang kemenakan sama dibela yang jauh diperdekat yang menyalah diberi petuah yang terlanjur sama ditegur Orang tua-tua memberi petuah: Tanda seanak-sekemenakan Seayun langkah seiring jalan Nilai ini mengajarkan pula agar setiap orang saling menghormati para pemimpin, tokoh dan tetua-tetua dari setia kelompok masyarakat. Kebersamaan pandangan ini dapat mewujudkan kebersamaan dalam menyelesaikan permasalahan, dapat melakukan musyawarah mencari muafakat dan dapat menghilangkan rasa kesukuan yang sempit. Ungkapan ada mengatakan: Tanda seinduk dan sebahasa Menyanggah tidak mencerca Bercakap tidak menista

16 79 atau dikatakan: Tanda orang senenek-semamak Petuah diingat amanah disemak Seia sekata duduk dan tegak Ungkapan lain mengatakan: yang tua sama dipercaya yang muda sama dipelihara atau dikatakan: yang sudah dituakan orang cakapnya sama dipegang petuahnya sama dikenang Ungkapan ini memberi petunjuk bahawa siapa pun orang yang sudah dituakan (dijadikan pemimpin) oleh masing-masing suku dan puak, cakapnya harus didengar dan dihormati, serta dihormati menurut alur dan patutnya. 7) Nilai Seadat Sepusaka, Sepucuk Setali Darah Nilai ini mengajarkan untuk saling mengkaji asas-asas nilai adat dan budaya yang memiliki kesamaan, kemudian menjadikannya sebagai simpai pengikat, dijadikan benang penghubung, dijadikan acuan bersama dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Melalui kesamaan nilai-nilai luhur adat dan budaya itulah ditumbuhkan rasa persaudaraan yang kekal, yang dapat mewujudkan terjalinnya hubungan tali darah atau tali persaudaraan yang kental. Ungkapan adat mengatakan: Walau pun lain padang lain belalang Lain lubuk lain ikannya

17 80 Namun yang belalang tetaplah belalang Yang ikan tetaplah ikan Dalam berbeda banyak samanya Selanjutnya dikatakan: Yang belalang sama ketingnya Yang ikan sama insangnya Orang tua-tua Melayu memberi petuah: Untuk menyelesaikan masalah cari puncanya; Untuk menyelesaikan sengketa cari simpulnya; Untuk menyatukan orang cari kesamaannya; Untuk memelihara silaturahmi mana yang sama dijadikan tali; Berbezaan pendapat hormat-menghormat. Para tetua masa silam memahami benar bagaimana mencari kesamaan antara suku dan bangsa. Mereka mencari mengatakan unsurunsur kesamaan itu terdapat pada hati nurani, pada nilai-nilai asas kemanusiaan yang universal. Misalnya: pantang ikan kekeringan, pantang manusia kehinaan ; pantang tua dilangkahi, pantang muda dipelesi ; atau dikatakan: pantang jantan dipermalukan; pantang perempuan dihinakan atau dikatakan: pantang mamak diperbudak, pantang kemenakan disia-siakan. 8) Nilai Sesampan dan Sehaluan Nilai ini menyedarkan orang tentang kehidupan berbangsa dan bernegara, agar mereka turut menyelamatkan, memelihara bangsa dan negaranya, kemudian menyatukan tekad dan niat untuk mencapai

18 81 azam dan matlamat tekad dan niat untuk mencapai azam dan matlamat dalam pembangunan hari depannya. Nilai ini dapat menumbuhkan rasa nasionalisme yang tinggi, menyuburkan rasa kesetiakawanan sosial, mengekalkan rasa patriotisme serta menjauhkan orang dari perilaku yang dapat memecah-belahkan bangsa dan negaranya. Budaya Melayu selalu mengibaratkan kerajaan, negara bagaikan sebuah sampan, perahu atau bahtera yang besar yang di dalamnya hidup rakyat dengan nakhoda sebagai pemimpinnya. Sampan, bahtera atau perahu atau lancang itu akan berlayar dengan selamat apabila seluruh awaknya dapat menjalin kebersamaan, menyatukan tujuan dan cita-citanya. Selanjutnya sang nakhoda sebagai pemimpin haruslah mampu mengendalikan arahnya secara baik dan benar agar tujuan bersama wujud dengan sebaik-baiknya. Di dalam lagu Lancang Kuning diabadikan petuah amanah: Lancang Kuning berlayar malam Haluan menuju ke lautan dalam Kalau nakhoda kurang faham Alamat kapal akan tenggelam Ungkapan adat mengatakan: Elok berkayuh sama merengkuh Elok berdayung sama sealun Elok berjalan sama pedoman Elok belayar sama tujuan Adat sesampan satu haluan Adat belayar satu kemudi Adat memerintah satu titah Adat memimpin satu petuah

19 82 Selanjutnya dikatakan: Adat belayar di tengah laut Pedoman diingat petunjuk diikut Dikemudikan menurut alur dan patut Supaya selamat menentang ribut 9) Nilai Mendapat Sama Berlaba, Hilang Sama Merugi Nilai ini mengajarkan orang agar menjunjung tinggi keadilan dan kebersamaan dalam berusaha, atau dalam memanfaatkan SDA dan sebagainya. Pemanfaatan sumber daya alami, kebijakan ekonomi dan sebagainya, hendaklah mengacu kepada asas keadilan dan pemeratan, serta memberi manfaat yang sebesarnya bagi seluruh rakyatnya. Nilai ini mengajar orang untuk tidak bersifat serakah, untuk tidak mencari keuntungan bagi diri atau kelompok sendiri saja, tetapi mengutamakan kebersamaan dan pemeratan yang adil. Dari sisi lain, nilai ini menyiratkan agar menjauhkan monopoli, menjauhkan kebijakan dan usaha yang dapat merosak ekonomi bangsa dan negara. Nilai ini juga memberi petunjuk, agar apa pun peluang yang ada, apa pun kebijakan yang dibuat, hendaklah memberikan sebesar-besar manfaat bagi masyarakat, bangsa dan negara. Sedangkan apa pun permasalahan yang timbul, haruslah menjadi tanggung jawab bersama untuk mengatasi dan menyelesaikannya. Ungkapan adat mengatakan: Makan jangan menghabiskan Minum jangan mengeringkan Orang tua-tua mengingatkan: Makan jangan kenyang seorang Ingat-ingat penderitaan orang

20 83 atau dikatakan: Mencari laba berhingga-hingga Mencari untung berhitung-hitung atau dikatakan: Harta jangan membawa buta Pangkat jangan membawa sesat Usaha jangan membawa bencana Selanjutnya diingatkan lagi: Adat makan jangan menyetan Adat berusaha jangan aniaya Adat berniaga janganlah loba 10) Nilai Menegakkan Maruah dalam Musyawarah, Menegakkan Daulat dalam Muafakat Nilai mengajarkan orang agar mengutamakan musyawarah dan muafakat, baik merancang sesuatu mau pun menyelesaikan permasalahan yang ditimbul. Nilai ini mengingatkan pula bahawa maruah dan tuah, harkat dan martabat, daulat dan harga diri akan terpancar di dalam mewujudkan musyawarah dan muafakat. Asas musyawarah dan muafakat sebagai asas utama dalam adat hendaklah dijadikan acuan dan landasan dalam kehidupan sehari-hari, agar rasa kebersamaan, saling hormat-menghormati, saling isimengisi, saling menunjuk ajari dapat berlangsung dengan sebaik-baiknya. Ungkapan adat mengatakan: Di dalam musyawarah banyak faedah Di dalam muafakat banyak manfaat atau dikatakan: Duduk musyawarah membawa berkat Duduk muafakat membawa rahmat

21 84 Ungkapan lain mengatakan: Di dalam musyawarah dan muafakat itulah yang kusut diselesaikan yang keruh dijernihkan yang berbongkol sama ditarah yang kesat sama diampelas yang bengkok diluruskan yang menyalah dibetulkan Orang tua-tua mengingatkan: Sempurna kerja kerana bersama sempurna helat kerana muafakat atau dikatakan Berdiri maruah kerana musyawarah tegak adat kerana muafakat Di dalam Tunjuk Ajar Melayu dikatakan: Apa tanda orang bermaruah Santun dan hormat dalam musyawarah Apa tanda orang beradat Tahu diri dalam muafakat Orang tua-tua juga mengajarkan untuk menghargai silang pendapat, terutama dalam melakukan musyawarah untuk mencapai muafakat. Silang pendapat boleh saja terjadi, dan memang wajar terjadi, namun jangan sampai memecah-belah kerukunan hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

22 85 Ungkapan adat mengatakan: Adat duduk di dalam musyawarah tentu banyak bersilang lidah Adat duduk bermuafakat tentulah banyak silang pendapat Yang perlu diarifi ialah agar silang pendapat jangan merosak kerukunan hidup atau membawa kepada pertelikaian dan perpecahan, atau membawa kepada dendam kesumat dan perseteruan. Adat mengatakan: Bila terjadi silang pendapat jangan memecah umat Bila terjadi selisih faham jangan sampai menjadi dendam Bila pendapat tidak sejalan jangan menjadi pertelikaian Bila pendapat tidak sesuai jangan sampai telikai Bila pendapat tidak sejudu jangan sampai menjadi seteru Selanjutnya orang tua-tua mengingatkan pula: Adat berunding mencari muafakat jauhkan sifat hujat-menghujat Adat berunding orang terpuji jauhkan sifat keji-mengeji

23 86 Adat berunding orang berilmu pantang memberi aib dan malu atau dikatakan: Adat berunding orang beriman pantang mencerca mencari lawan Adat duduk bermusyawarah pantang sekali fitnah-memfitnah Budaya Melayu amatlah sarat dengan tunjuk ajar mengenai musyawarah untuk muafakat, kerana musyawarah dan muafakat adalah sendi dalam kehidupan mereka turun-temurun. Keutamaan musyawarah dan muafakat serta tatacara melaksanakannya diatur dalam ketentuan adat yang mereka warisi turun-temurun. 11) Nilai Bercakap Bersetinah, Berunding Bersetabik Nilai ini mengajarkan orang untuk tetap menjunjung tinggi nilai-nilai kesantunan, berperilaku sopan, tertib dan pekerti mulia. Nilai ini juga mengajarkan agar memelihara lidah, menjaga tingkah laku, menjauhkan sifat kasar langgar, memantangkan mencaci orang, berlagak kuasa dan sombong, merendahkan orang lain, mau menang sendiri, besar kepala, angkuh dan sebagainya. Nilai ini tentulah sangat bermanfaat dalam membentuk kehidupan yang tertib, aman dan damai, amat berfaedah dalam mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati, saling harga-menghargai, saling tahu diri dan saling memelihara diri. Ungkapan adat mengatakan: Apa tanda orang beradat elok perangai sempurna sifat

24 87 Apa tanda orang terpandang bercakap tidak menista orang Apa tanda orang bermaruah kalau berbicara tidak menyalah Apa tanda orang berakal dalam berbual tidak membual Ungkapan lain menyebutkan: Apa tanda orang beriman perangainya elok berbicaranya sopan Apa tanda orang terpuji bercakap tidak keji-mengeji Apa tanda orang bertuah menyanggah tidak sumpah-menyumpah Di dalam tunjak ajar dikatakan pula: Apabila hendak rukun dan damai elokkan laku baikkan perangai Apabila perilaku bersopan santun negeri aman hidup pun rukun atau dikatakan: Apabila hidup tahukan diri maruah tegak tuah berdiri Apabila negeri hendak sentosa elokkan dulu budi bahasa

25 88 Budaya Melayu, dan kita yakini pula semua budaya suku, puak dan etnis lainnya tentulah menjunjung tinggi nilai-nilai etika, nilai kesantunan baik dalam berbicara bergaul dan sebagainya. Kesantunan itu sudah menjadi bahagian yang tidak terpisahkan dalam kehidupan masyarakat, dan sangat diutamakan dalam ajaran agama-agama di muka bumi ini. 12) Nilai Tahu Akan Bodoh Diri Sifat menyedari segala kekurangan dan kelemahan diri sendiri, mengetahui cacat dan cela diri sendiri. Sifat ini akan mendorongnya untuk bersungguh-sungguh menutupi kekurangan dan kelemahannya, memperbaiki segala kekeliruan dan kesalahan, serta memacunya untuk berusaha sehabis daya menuntut ilmu pengetahuan, mencintai ilmu pengetahuan serta menghormati ilmu dan kelebihan orang lain. Orang tua-tua Melayu mengatakan: Seburuk-buruk Melayu ialah Melayu yang bebal bercampur dungu Sifat ini memberi arahan, agar manusia pantang sekali membesarbesarkan diri, sombong dan angkuh atau merasa benar sendiri, tetapi hendaklah menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dari mana saja sepanjang serasi dengan ajaran agama dan budaya yang dianuti agar dapat hidup sejahtera lahiriah dan batiniahnya. Di dalam ungkapan disebutkan: tahu akan kurang dari lebihnya tahu akan cacat dari eloknya tahu akan bodoh dari cerdiknya tahu akan bekal belum banyak tahu ke atas belum berpucuk tahu ke bawah belum berakar tahu di tengah belum berbatang

26 89 tahu umur belum setahun jagung tahu darah belum setampuk pinang tahu bercakap belum petah tahu berunding belum masak tahu menimba ilmu orang tahu menyauk petuah orang tahu duduk, duduk bangun tahu tegak, tegak bertanya tahu merantau mencari guru supaya diam, diam berisi supaya bercakap, cakap bererti supaya bekerja, kerja menjadi supaya hidup, hidup terpuji 13) Nilai Tahu Diri Nilai yang menyedari sepenuhnya hakikat hidup dan kehidupan di dunia dan menyedari pula akan adanya kehidupan di akhirat, tahu dirinya, tahu dari mana asalnya, tahu untuk apa hidup di dunia dan ke mana akhir hidupnya. Melekatnya sifat ini menyebabkan dirinya benar-benar menjadi orang yang tahu diri, yang tahu diri dengan perinya, tahu alur dengan patutnya, tahu duduk dengan tegaknya, tahu letak dengan tempatnya, tahu menempatkan dirinya pada tempat yang layak, tahu membawa dirinya di dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, tahu memahami hak dan kewajibannya, tahu menjalankan tugas yang dibebannya dan sebagainya. Di dalam ungkapan disebutkan: tahu diri dengan perinya tahu hidup dengan matinya tahu salah dengan silihnya tahu gelanggang tempat bermain

27 90 tahu pangkalan tempat berlabuh tahu teluk timbunan kapar tahu tanjung pumpunan angin tahu pasang menyentak naik tahu surut menyentak turun tahu rumah ada adatnya tahu negeri ada undangnya tahu tepian ada bahasanya tahu galas bersandaran tahu dagang bertepatan tahu asal mula datang tahu ujung tempat balik 14) Nilai Hidup Memegang Amanah Nilai setia memegang amanah, kukuh menjunjung sumpah, teguh memegang janji, tekun menjalankan tugas kewajiban, patuh menjalankan hukum dan undang, taat menjalankan agama, dan sebagainya. Sifat ini memberi petunjuk betapa pentingnya perilaku yang memegang amanah, agar setiap amanah yang diterimanya, setiap tugas yang diberikan kepadanya, setiap kepercayaan yang dipercayakan kepadanya dapat dilaksanakan dan diwujudkan dengan sebaik-baiknya. Di dalam ungkapan disebutkan: yang disebut hidup memegang amanah taat setia kepada agama taat setia kepada amanah taat setia kepada sumpah mau mati memegang janji mau binasa memegang petuah mau melarat memegang amanat

28 91 cakapnya dapat dipegang janjinya boleh disandang 15) Nilai Benang Arang Sifat jujur dan lurus, atau dikatakan berkata lurus bercakap benar, sesuai kulit dengan isinya, sesuai cakap dengan perbuatannya, sesuai janji dengan buktinya, sesuai akad dengan buatnya, sesuai sumpah dengan karenahnya, dan seterusnya. Sifat ini adalah cerminan keperibadian Melayu yang menjunjung tinggi kejujuran di dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Di dalam ungkapan disebutkan: lurus bagai benang arang lurusnya menahan bidik jujurnya menahan uji sepadan takah dengan tokonya sepadan lenggang dengan langkahnya sepadan ilmu dengan amalnya sepadan laku dengan buatnya sepadan cakap dengan perangainya sesuai kulit dengan isinya sesuai lahir dengan batinnya pepat di luar pepat di dalam runcing di luar runcing di dalam putih di luar putih di dalam 16) Nilai Tahan Menentang Matahari Nilai berani dan pantang menyerah, tabah menghadapi musibah, mandiri dalam hidup dan berusaha, tidak gentar menghadapi cabaran, tangguh

29 92 menghadapi musuh, tahan menghadapi cobaan, berani menghadapi mati dan rela berkorban untuk membela kepentingan agama, masyarakat, bangsa dan negaranya, serta bertanggung jawab atas perbuatannya, dan sebagainya. Sifat ini ini dapat menjadikan dirinya sebagai seorang patriot bangsa dan pahlawan yang handal, sebagaimana dikatakan dalam pepatah: esa hilang dua terbilang, pantang Melayu berbalik belakang atau dikatakan: sekali masuk gelanggang, kalau tak berjaya nama yang pulang. Di dalam ungkapan disebutkan: tahan menentang matahari tahan menentang mata pedang tahan menyilang mata keris tahan asak dengan banding tahan capak dengan ugut tahan bergelang tali terap tahan berbedak dengan arang tahan berbantal dengan tumang yang berani pada haknya yang kuat pada patutnya yang keras pada adilnya duduknya di tikar sendiri tegakknya di tanah sendiri hidupnya di negeri sendiri matinya di perkuburan sendiri 17) Nilai Tahu Menyemak Pandai Menyimpai Nilai yang penuh kearifan, bijaksana, tanggap dan cekatan dalam menilai sesuatu dan memutuskan sesuatu. Sifat yang piawai ini menjadikan dirinya mampu menyemak perkembangan masyarakat dan perubahan zamannya, mampu mengambil kebijakan yang tepat dan bermanfaat, mampu menyelesaikan permasalahan, dan sebagainya. Di dalam ungkapan disebutkan:

30 93 arif menyemak kicau murai arif menapis angin lalu arif mendengar desau daun arif menilik bintang di langit arif menangkap kerlingan orang bijak menepis mata pedang bijak membuka simpul mati pandai mengurung dengan lidah pandai mengandang dengan cakap pandai mengungkung dengan syarak pandai menyimpai dengan adat pandai mengikat dengan lembaga cepat akal laju pikiran cepat angan laju buatan tajam mata jauh pandangan nyaring telinga luas pendengaran 18) Nilai Menang dalam Kalah Nilai piawai dalam bersiasat, mahir dalam menyusun strategi, sabar dan teliti dalam mencari peluang, unggul dalam berunding, berhemat cermat dalam mengambil keputusan, teliti dalam mengambil kebajikan, berdada lapang dan berpandangan luas dalam menyelesaikan masalah, dan memandang sesuatu dengan hari nurani yang jernih, dan sebagainya. Nilai ini juga mengajarkan untuk bersikap lapang dada, sabar dan mengalah dalam batas-batas tertentu untuk mencapai kejayaan dan tujuannya. Di dalam ungkapan disebutkan: yang menang dalam kalah yang lapang dalam sempit yang kaya dalam susah

31 94 lapang dada luas hati lapangnya tidak berhempang luasnya tidak berbatas dalamnya tidak terukur kayanya tidak tersukat beratnya tidak tertimbang cerdik menjadi penyambung lidah berani menjadi pelapis dada kuatnya menjadi tiang sendi kerasnya tidak tertakik lembutnya tidak tersudu lemahnya tidak tercapak kendurnya berdenting-denting tegangnya berjela-jela 19) Nilai Tahan Berkering Mahu Berbasah Nilai tabah menanggung derita sengsara, sabar menghadapi cabaran dan cobaan hidup, gigih dan tahan dalam kemandirian, giat dan tekun dalam bekerja keras, teguh dalam menjalankan hak dan kewajibannya, serta kukuh dalam upaya mencapai cita-citanya. Di dalam ungkapan disebutkan: tahan berkering mau berbasah tahan digilis mau digiling berkering tidak mengelak digilas tidak terlindas dicabar tidakkan gentar diugut tidakkan takut tahan berkain sehelai sepinggang tahan berlapar membayar hutang

32 95 mau bersakat atas kepala mau mengekas dalam panas mau berembun dalam gelap mau disuruh sekali pergi mau dihimbau sekali datang 20) Nilai Tahu Unjuk dengan Beri, Tahu Hidup Bertenggangan Nilai pemurah, dermawan, setia membela dan membantu orang, tidak serakah dan tamak, tidak mementingkan diri sendiri, penuh tenggang rasa dan kesetiakawanan, ikhlas tolong menolong persebatian (persatuan dan kesatuan) dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, dan sebagainya. Di dalam peribahasa adat dikatakan, mau seaib dan semalu, mau senasib sepenanggungan, mau ke bukit sama mendaki, mau ke lurah sama menurun, mau ke laut sama basah, mau ke darat sama berkering, mau mendapat sama berlaba, mau hilang sama merugi, dan sebagainya. Di dalam ungkapan disebutkan: tahu unjuk dengan beri tahu menjalin gelegar patah tahu menjirat lantai terjungkat tahu menampal liang dinding tahu menenggang hati orang tahu menimbang perasaan orang tahu menjaga aib malu orang tahu menutupi kekurangan orang hidup sedusun tuntun-menuntun hidup sebanjar ajar-mengajar hidup sekampung tolong-menolong hidup sedesa rasa-merasa hidup senegeri beri-memberi hidup bersuku bantu-membantu

33 96 hidup berbangsa bertenggang rasa yang searang sama dibagi yang sekuku sama dibelah yang secebis sama dicebis yang secelis sama dicelis kalau makan tidak sendiri kalau senang tidak seorang 21) Nilai Timbang dengan Sukat Nilai keadilan dan kebenaran, adil dalam setiap keputusan, benar dalam setiap kebijakan. Orang tua-tua mengatakannya sebagai sifat: menjunjung adil menegakkan yang benar, atau dikatakan: adilnya tidak memandang bulu, benarnya tidak memilih kasih. Di dalam ungkapan disebutkan: bila menimbang sama beratnya bila menyukat sama penuhnya bila membelah sama baginya bila mengukur sama panjangnya sesuai sukat dengan timbangannya sesuai belah dengan ukurnya sesuai peluh dengan upahnya sesuai penat dengan salahnya sesuai alur dengan patutnya tingginya tidak menimpa kuatnya tidak mematah besarnya tidak melendan menangnya tidak melenjin duduknya pada yang hak

34 97 tegaknya pada yang benar kasihnya tidak memilih sayangnya tidak berbilang 22) Nilai Tahu akan Malu Nilai yang tahu menjaga aib dan malu, tahu mengawal tuah dan maruah, tahu memelihara nama baik diri dan keluarga, dan berpantang memberi malu orang serta pantang pula dipermalukan. Orang tua-tua mengatakan: harga garam pada masinnya, harga manusia pada malunya ; atau dikatakan: bila malu sudah menimpa, pangkat dan harta tiada berharga ; bila malu sudah terkikis, tuah tercampak maruah pun habis. Di dalam ungkapan disebutkan: yang disebut sifat malu malu membuka aib orang malu menyingkap baju di badan malu mencoreng arang di kening malu melanggar pada syarak malu terlanda pada adat malu tertarung pada lembaga malu merosak nama baik malu memutus tali darah malu hidup menanggung malu malu mati tidak bermalu 23) Nilai Hidup Berpada-pada Nilai yang tidak suka kepada perbuatan atau pun tindakan yang terlalu berlebih-lebihan, tidak kemaruk kepada harta, tidak serakah kepada pangkat dan kedudukan, tidak iri dan dengki kepada kelebihan dan kekayaan orang lain, tidak mabuk dunia dan lupa diri, tidak menghalalkan segala cara untuk merebut kekuasaan, dan sebagainya. Orang tua-tua mengatakan: tahu mengukur bayang-bayang sepanjang badan ; atau dikatakan: adat hidup berpada-pada, mencari harta berhingga-hingga,

35 98 mengejar pangkat berkira-kira, mensyukuri nikmat berlapang dada. Di dalam ungkapan disebutkan: yang disebut sifat berpada-pada mengejar pangkat berkira-kira mengejar harta berhingga-hingga mengejar kedudukan berjaga-jaga yang disebut sifat berpada-pada mencari pangkat berhemat-cermat mencari harta berjimat-jimat mencari kedudukan beringat-ingat yang disebut sifat berpada-pada mengejar pangkat pada derajatnya mengejar harta pada patutnya mengejar kedudukan pada layaknya pangkat jangan membawa mudarat harta jangan membawa nista kedudukan jangan membinasakan selera jangan dimanjakan nafsu jangan diturutkan dunia jangan membutakan ukur bayang-bayang sepanjang badan ukur ilmu dengan kemampuan elok memakai pada yang sesuai elok berdiri pada yang serasi elok duduk pada yang seronok elok berjalan pada yang sepadan elok makan pada yang tertelan

36 99 24) Nilai Ingat dengan Minat Sifat ingat kepada diri, ingat hidup akan mati, ingat segala tugas dan tanggung jawabnya, ingat kepada beban yang dipikulnya dan menaruh minat dan kepedulian yang sebesar-besarnya terhadap masyarakat dan lingkungannya, serta meminati dan mencermati berbagai perubahan, pergeseran nilai dan perkembangan yang terjadi di dalam masyarakat, bangsa dan negaranya. Di dalam ungkapan disebutkan: ingat beban yang dipikulnya ingat hutang yang disandangnya ingat hak dan kewajibannya ingat hidup dikandung adat ingat mati dikandung tanah ingat dusun dengan kampungnya ingat atap yang sebengkawan ingat pisang goyang-goyangan ingat akan tiang yang terpalang ingat akan batang yang melintang ingat akan rumput yang menjemba ingat akan dinding yang teretas ingat akan lantai yang terjungkat ingat akan tunjuk dengar ajar ingat akan amanah dengan petuah yang ingat tiada bersukat yang minat tiada bertempat minat kepada kaum kerabat minat kepada suku dan bangsa minat kepada alam sekitarnya minat membela saudara-mara minat menjaga kaum dan bangsa

37 100 minat memelihara tuah dan maruah minat menjunjung petuah amanah 25) Nilai Hemat dan Cermat Nilai berhemat cermat, arif dalam berhitung cermat dalam berkira. Orang tua-tua mengatakan: tahu berhemat menghitung hidup, arif berkira membilang masa, cermat menilik laba dan rugi. Sifat ini menjauhkan dirinya dari perilaku yang terburu nafsu, menjauhkannya dari sifat ceroboh, tanpa perhitungan dan sebagainya. Di dalam ungkapan dikatakan: tahu hidup berhemat-hemat tahu berkira secara cermat tahu berhitung membaca alamat tahu mengekang nafsu menyesat tahu menjaga selera nekat mengatur hidup ianya cermat mengatur harta ianya hemat mengatur nafsu ianya dapat mengatur selera ianya kuat laba dan rugi ianya ingat mudanya sejahtera tuanya selamat sampai mati takkan melarat 26) Nilai Tahu Harta Berpunya, Tahu Pinjam Memulangkan Nilai yang menghormati, menghargai, dan memelihara hak-hak orang lain, dan bertanggungjawab atas hak orang lain yang dipakainya atau dipinjamnya atau dipercayakan kepadanya. Di dalam ungkapan dikatakan:

38 101 adat hak ada berpunya adat menjemput menghantarkan adat meminjam memulangkan adat mengantar sampai-sampai adat memulangkan elok-elok hak orang sama dipandang hak orang sama dijaga milik orang sama dipelihara yang pinjam sepanjang boleh yang memulangkan sebelum sudah 27) Nilai Tahu Hidup Meninggalkan, Tahu Mati Mewariskan Nilai yang menyedarkan orang untuk berkarya, berbuat kebajikan, berbuat budi dan jasa selama hidupnya, serta mewariskan nilai-nilai luhur agama dan budaya, mewariskan karya dan jasa, mewariskan nama baik, mewariskan keteladanan dan perilaku terpuji dan sebagainya, yang memberi faedah dan manfaat yang sebesar-besarnya bagi masyarakat, bangsa dan negaranya. Di dalam ungkapan disebutkan: yang disebut hidup meninggalkan meninggalkan syarak tempat berpijak meninggalkan adat tempat menepat meninggalkan lembaga tempat berjaga meninggalkan budi yang terpuji meninggalkan contoh yang senonoh meninggalkan teladan yang sepadan meninggalkan nama yang mulia meninggalkan petuah yang berfaedah meninggalkan kaji yang berisi meninggalkan pusaka yang berharga meninggalkan anak yang dipinak meninggalkan harta yang berguna meninggalkan dunia dengan bekalnya.

39 102 28) Nilai Lasak Mengekas, Tekun Mengais Nilai lasak dalam berusaha, tekun dalam bekerja keras, cerkas dalam mencari peluang hidup, bersemangat dalam berkarya, aktif dan rajin menciptakan peluang kerja untuk memenuhi semua keperluan hidup diri, keluarga, masyarakat dan bangsanya. Orang tua-tua mengatakan, bahawa sifat ini adalah cerminan dari rasa kemandirian dalam menghadapi hari depannya agar dapat duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan masyarakat atau bangsa lainnya, serta melepaskan dirinya dari sifat ketergantungan kepada orang lain. Di dalam ungkapan dikatakan: lasak mengekas takkan melengas tekun mengais rezeki tak habis rajin bekerja takkan terhina mau bersusuah hidup menakah mau berpenat hidup selamat mau berlenjin hidup terjamin dalam bersusah banyak faedah dalam berpenat banyak yang dapat dalam berletih banyak yang boleh dalam bekerja banyaklah jasa 29) Nilai Menggulut Air Setimba Nilai menghargai dan memanfaaatkan waktu dengan sebaikbaiknya, berdisiplin, pantang berlengah-lengah dan pantang bermalasmalas atau membuang-buang masa. Orang tua-tua mengatakan: siapa menyia-nyiakan masa, alamat dirinya akan binasa atau dikatakan: bila mudanya membuang waktu, tuanya kelak menjadi hantu, atau dikatakan: bila hidup bermalas-malas mudanya rugi tuanya kandas. Ungkapan adat menegaskan: apabila masa dibuang-buang, di dunia rugi di akhirat terbuang.

40 103 Di dalam ungkapan dikatakan: bagai menggulut air setimba bila lengah tekak dahaga bila lalai mulut ternganga bila malas tumbuh bencana elok berjalan ketika pagi elok memerun ketika panas elok menuang ketika cair elok bekerja selagi muda elok melihat sebelum buta elok mendengar sebelum pekak elok bertanya sebelum sesat elok berguru sebelum malu yang masa takkan tersangga yang umur takkan terukur yang waktu takkan menunggu bila dah lepas kijang ke rimba dikejar diunut pun sia-sia bila hidup di pintu ajal takkan berguna segala sesal 30) Nilai Merendah Menjunjung Tuah Nilai rendah hati (bukan rendah diri), tidak sombong dan tidak angkuh, tidak membesar-besarkan diri, tidak merendahkan orang lain, tidak membanggabanggakan keturunan, tidak menyombongkan pangkat dan harta, tidak melebihlebihkan ilmu sendiri, tidak besar kepala dan besar bual dan sebagainya. Orang tua-tua mengatakan: adapun sifat Melayu terpuji, lidahnya lembut dan rendah hati atau dikatakan: yang disebut Melayu terbilang, hatinya rendah dadanya lapang.

41 104 Di dalam ungkapan dikatakan: Sifat merendah menjunjung tuah rendahnya tidak membuang maruah rendahnya tidak mengambil muka rendahnya tidak mengada-ngada rendah menurut alur patutnya rendah mengikut pada adatnya rendah berpunca pada adabnya rendah mengangkat tuah diri rendah menjaga budi pekerti rendah tak dapat diperjual beli pantang merendah kepala dilapah pantang merendah minta sedekah pantang merendah dimakan sumpah pantang merendah aib terdedah 31) Nilai Lapang Dada Terbuka Tangan Sifat pemaaf dan pemurah, orang tua-tua mengatakan: tanda Melayu berdada lapang, ikhlas memaafkan kesalahan orang, tolong menolong tiada kurang, bercakap sama muka belakang, bertindak suka berterang-terang. Orang tua-tua selalu mengingatkan agar menjauhi sifat yang suka berdendam kesumat, sebagaimana dikatakan apabila hidup dendammendendam, ke darat sesat ke laut karam ; atau dikatakan: apabila hidup berdendam kesumat, kemana pergi takkan selamat. Di dalam ungkapan dikatakan: sifat lapang terbuka tangan hatinya bersih berpalut iman kesalahan orang ia lupakan

42 105 kesusahan orang ia rasakan dendam kesumat ia jauhkan sifat orang berdada lapang tahu merasa bijak menenggang tahu menjaga aib malu orang tahu menghapus muka berarang sifat orang terbuka tangan cepat kaki ringan tangan tahu menolong orang berbeban bijak membantu dalam kesempitan 32) Nilai Berbaik Sangka Nilai yang selalu bersangka baik kepada orang dan berpantang bersangka buruk. Orang tua-tua mengatakan: apa tanda Melayu terbilang, bersangka baik kepada orang, bersangka buruk ia berpantang ; atau dikatakan: apabila selalu berbaik sangka, ke mana pergi orang akan suka, sebaliknya dikatakan: apabila suka bersangka buruk, mudanya rosak tuanya teruk. Di dalam ungkapan dikatakan: adapun sifat berbaik sangka menghujat mengeji ia tak suka bergaul dengan bermanis muka siapa datang ia terima siapa bercakap ia percaya 33) Nilai yang Pucuk Sifat kepimpinan sejati yang semestinya dimiliki oleh setiap orang yang dijadikan pemimpin atau dituakan oleh masyarakatnya, atau yang dikemukakan oleh kaum dan bangsanya. Sifat ini intinya mencakupi beragam sifat mulia yang terdapat di dalam tamadun Melayu yang Islami

43 106 seperti: beriman dan bertaqwa kepada Allah, berbudi pekerti mulia, berperangai terpuji, berlaku arif dan bijaksana, bertindak adil dan jujur, berlidah lembut, bermulut manis, berkepribadian mulia dan tenggang rasa, berfikiran jernih berdada lapang, berwawasan luas dan berpandangan jauh ke depan, cerdas dan tangkas, berani dan tabah, setia dan amanah, memiliki ketangguhan menghadapi cabaran dan tantangan zaman, mampu hidup mandiri, percaya diri dan sebagainya. Orang tua-tua mengatakan, sifat pucuk ini hakikatnya adalah cerminan dari sifat-sifat mulia yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan tamadun Melayu. Kerananya, sifat ini lazimnya disebut sifat tua atau sifat Jati. Selanjutnya dikatakan: apabila hendak menjadi orang, sifat yang pucuk harus dipegang ; atau dikatakan: apabila hendak menjadi manusia, sifat yang pucuk jadi pakaitannya ; atau dikatakan: tanda manusia sempurna akhlak, sifat yang pucuk tempatnya tegak ; atau dikatakan: tanda orang sempurna budi, sifat yang pucuk ia hayati ; atau dikatakan: apa tanda Melayu terbilang, sifat yang pucuk yang ia pegang. Di dalam ungkapan disebutkan: yang disebut sifat yang pucuk di adat menjadi pucuk adat di hulukan menjadi pucuk penghulu di majlis menjadi pucuk rundingan di helat menjadi pucuk kata di hilirkan menjadi pucuk lembaga raja tidak membuat daulat datuk tidak membuang maruah penghulu tidak membuang tuah hulubalang tidak membuang kuat alim tidak membuang kitab tukang tidak membuang bahan cerdik tidak membuang pandai

44 107 tahu menyelesaikan rantau kusut tahu menjernihkan tepian keruh tahu menghapus arang di kening tahu membayar hutang baris tahu meniti mata pedang tahu menurut alur patutnya tahu belah dengan baginya tahu sifat dengan tabiatnya tahu memutus dengan syarak tahu menimbang dengan adat tahu menyukat dengan lembaga tahu mencencang dengan undang putus tidak membinasakan timbang tidak memberatkan sukat tidak menyesatkan cencang tidak mematikan tahu menghitung-hitung diri tahu membilang bayang-bayang tahu menilik angan-angan tahu membaca cewang di langit yang berumah berpintu dua pintu muka menjemput adat pintu belakang menebus malu yang berunding tidak berdinding dinding terletak di orang banyak yang bercakap tidak dipekap kalau dipekap ada adatnya kayanya tempat meminta tuanya tempat bertanya mudanya tempat menyeraya tegaknya di tengah-tengah ke kiri tidak melanda

45 108 ke kanan tidak mengena kalau melanda dengan syarak kalau mengena dengan adat ke laut dia tak hanyut ke darat dia tak sesat ke hulu dia tak malu ke hilir dia tak mungkir besarnya tidak mengharapkan gelar kecilnya tidak mengharap kasihan... (dan seterusnya) Nilai-nilai asas adat dan budaya Melayu yang diuraikan di atas, bila dicerna, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari baik di rumah tangga maupun dalam bermasyarakat, mewujudkan rasa sejahtera, tentulah dapat mewujudkan rasa sejahtera lahiriah dan batiniah. Nilainilai ini tentulah terdapat pula di dalam adat dan budaya masyarakat lainnya, sehingga memudahkan untuk merajut dan menyulamnya dalam keberagaman suku dan puak. Dahulu, di dalam upacara-upacara adat dan tradisi, ungkapan-ungkapan yang menjabarkan nilai-nilai ini diketengahkan oleh orang yang dituakan, para cerdik pandai, alim ulama dan sebagainya, sehingga dapat diwariskan turun-temurun dari generasi ke generasinya. Kegiatan ini lazimnya disebut menyampaikan tunjuk ajar atau mengekalkan petuah amanah kepada anak-kemenakan dan kaum sukunya. Tradisi untuk mewariskan nilai-nilai luhur ini, menunjukkan betapa orang Melayu amat memperhatikan anak dan kaum bangsanya. Adanya tunjuk ajar itu menyebabkan setiap orang dapat lebih memahami nilai-nilai dimaksud, kemudian mengupayakan agar dirinya, anak-anak dan keluarganya dapat menyerap dan menjadikan nilai-nilai luhur adat dan budayanya. Melalui uraian di atas diharapkan semakin muncul kesedaran semua pihak untuk menggali, membina, mengembangkan dan mencerna serta menghayati nilai-nilai budaya Melayu, sehingga kebudayaan Melayu yang

46 Islami ini dapat tetap kukuh dalam kehidupan orang-orang Melayu, dan dapat mengekalkan jati diri kemelayuannya. Kita tentu memiliki kesamaan pandangan, bahawa nilai-nilai budaya Melayu yang Islami adalah universal dan serasi serta bermanfaat untuk segala zaman. Betapa pun majunya ilmu pengetahuan dan teknologi, betapa pun lajunya perubahan dan teknologi, betapa pun lajunya perubahan dan pergeseran nilai-nilai budaya, betapa pun terbukanya dunia dengan globalisasi total, tentulah diharapkan agar nilai-nilai asas budaya Melayu ini tidak tergeser dan terabaikan. Justeru nilai-nilai inilah yang diharapkan mampu membentengi alam Melayu dari berbagai cabaran yang dapat merosak akhlak manusia. Sekarang kehidupan terasa semakin berat menghadapi tantangan intervensi budaya luar, yang belum tentu serasi dan sejalan dengan nilainilai asas budaya Melayu yang Islami. Kehidupan masa kini dan masa depan yang semakin terdedah, semakin membuka peluang terjadinya pergeseran, perubahan dan penghikisan nilai-nilai budaya Melayu. Kenyataaan ini tentulah patut dicemaskan, terutama dengan semakin maraknya perlaku yang tidak lagi mencerminkan perlaku manusia yang berada dan berbudaya, tidak lagi mencerminkan perilaku Melayu yang Islami, santun dan berbudi tinggi. Di mana-mana terjadi peningkatan kemaksiatan, prostitusi, narkoba, perjudian, tindakan kejahatan dan sebagainya. Di mana-mana terjadi krisis kepimpinan dan krisis kepercayaan, terjadi tindakan-tindakan kekerasan, terjadi pertembungan dan perkelahian masalah antara suku dan puak, terjadi hujat-menghujat dan saling berburuk sangka dan sebagainya. Sekarang sebahagian orang bangga dengan perlaku kasar langgar, bangga dengan kesombongan dan keangkuhan membabi buta. Sebahagian lagi sudah terpuruk ke dalam limbah keserakahan dan ketamakan, serakah kepada harta dan dunia, tamak kepada pangkat dan jabatan, sehingga lupa diri dan mabuk dalam kepentingan peribadi dan kelompoknya. Sekarang orang nyaris tidak lagi memiliki rasa malu, kerananya tidak segan-segan menghalalkan segara cara untuk mencapai tujuannya. Orang seakan tidak lagi menghargai sesamanya, tidak lagi menghormati hukum, seakan tidak ada lagi nilai sopan santun. Semuanya memberi petunjuk bahawa bangsa kita umumnya, termasuk puak Melayu, sudah dicemari oleh perilaku yang menyalah, yang dapat memuluhlantakkan sendi-sendi 109

47 110 keimanan dan ketaqwaan, yang membinasakan nilai-nilai budaya dan agama. Kenyataan ini seharusnya disemak dengan arif, agar bangsa ini tidak semakin hanyut ke dalam lembah kenistaan, dan salah satu upaya yang perlu dilakukan adakah dengan meningkatkan upaya-upaya menanamkan nilai-nilai mulia budaya Melayu yang Islami ke dalam diri setiap insan Melayu dalam erti yang seluas-luasnya. Kerananya, diharapkan kepada semua pihak untuk tidak berlengahlengah mencermati perubahan dan pergeseran nilai budaya dimaksud, agar Melayu yang bertuah, Melayu yang bermaruah, beriman dan bertaqwa, tidak hilang dari permukaan bumi ini. Dengan demikian, apa yang diamanahkan Laksamana Hang Tuah: Tuah sakti hamba negeri, esa hilang dua terbilang, patah tumbuh hilang berganti, takkan Melayu hilang di bumi akan dapat diwujudkan dengan sebaik-baiknya. Saranan Menyemak keadaan masyarakat, bangsa dan negara kita sekarang nyaris kehilangan jati diri kerana banyak kehilangan nilai-nilai luhur adat budaya, menurunnya rasa nasionalis sebagai bangsa kerana menonjolnya rasa kedaerahan yang sempit, serta terjadinya beragam krisis, mulai krisis ekonomi, politik, kepimpinan dan yang terparah adalah krisis moral (akhlak), disarankan untuk: 1. Meningkatkan upaya penggalian, pembinaan, pengembangan dan pemahaman nilai-nilai luhur adat dan budaya oleh masing-masing suku dan puak yang menjadi jati dirinya. Upaya ini dapat disebut memelayukan orang Melayu, menjawakan orang Jawa, membatakkan orang Batak, membugiskan orang Bugis, menyundakan orang Sunda, mengacehkan orang Aceh, dan seterusnya, yang intinya mengembalikan mereka kepada nilai-nilai luhur yang mereka warisi turun temurun. 2. Meningkatkan upaya pewarisan nilai-nilai luhur adat dan budaya masing-masing suku dan puak kepada generasi mudanya, agar mereka menjadi generasi yang berjati diri, beradat dan berbudaya luhur pula.

48 3. Melakukan pertukaran informasi antara suku dan puak tentang adat dan budaya untuk memudahkan mencari benang merah kesamaan yang dapat dijadikan sebagai perekat pemersatu bangsa. 4. Membentuk forum-forum adat dan budaya lintas suku dan puak sebagai wadah bersama untuk membangun dan mengekalkan adat dan budaya bangsa sebagai jati diri bangsa Indonesia yang majmuk. 5. Memfungsikan secara optimal para pemangku dan pemuka adat dan budayawan dari setiap suku dan puak serta melibatkan mereka di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan di kawasan masingmasing, agar pembangunan dapat wujud menjadi pembangunan yang mencerminkan budaya tempatan. 6. Melibatkan secara langsung para tokoh dan adat budayawan dalam upaya memberantas kemaksiatan, atau memberantas hal-hal yang dianggap tidak sesuai dengan tatanan nilai adat dan budaya tempatan. 7. Meningkatkan pembelajaran budaya tempatan melalui muatan lokal di sekolah-sekolah atau lembaga-lembaga pendidikan, mulai dari peringkat terendah sampai keperguruan tinggi, termasuk sanggarsanggar dan organisasi kemasyarakatan dalam arti luas. 8. Memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi untuk mengimpun, mengkaji, memartabatkan dan mengekalkan nilai-nilai asas budaya, dan 9. Usaha-usaha lain sesuai dengan kemampuan dan peluang yang ada, termasuk upaya pencapaian visi dan misi masing-masing daerah. Kesimpulan Kita meyakini bahawa setiap suku dan puak bangsa Indonesia pastilah memiliki nilai-nilai asas budaya dan adat istiadatnya, yang turun-temurun mereka jadikan acuan dan jati dirinya, dan kita yakin, nilai-nilai dimaksud mengandung tunjuk ajar dan petuah amanah yang dapat dijadikan simpai 111

49 112 pemersatu bangsa, serta mampu mewujudkan kehidupan yang aman, damai dan sejahtera. Kerananya, dengan beranjak dari nilai-nilai luhur dan kearifan yang piawai itu bangsa kita akan menjadi bangsa yang beradab, menjadi bangsa yang bertamadun tinggi, yang mampu mengekalkan kehidupan sejahtera lahiriah dan batiniahnya. Dari sisi lain, pembangunan yang berlandaskan budaya sendiri, akan dapat mewujudkan pembangunan yang berjati diri bangsa yang memancarkan nilai-nilai budaya bangsa dalam keberagaman, yang mencerminkan jati diri yang kokoh, mampu menghadapi cabaran serta memberikan manfaat yang sebesar-besarnya bagi seluruh rakyat. Dari sanalah kita memperlihatkan kepada dunia luar, bahawa perbezaan suku, puak, agama dan kepercayaan tidaklah menyebabkan perpecahan, tetapi sebaliknya menjadi modal utama dalam membangun kehidupan yang bermartabat, bermaruah, terbilang dan cemerlang. Semoga kita semua dirahmati Allah. Wallahu a lam. Tumbuh rumput di tepi pagar, Akar benalu menjalar juga; Tujuh laut boleh terbakar, Kapal Melayu berlayar juga. Di mana biduk di sana pencalang, Bila bergalah sama dimudiki; Mana yang elok bawalah pulang, Apabila menyalah kita perbaiki. * Dikutip dari buku Bab Al-Qawa id (1901 M); transliterasi dan Analisis, OK Nizami Jamil dkk, Bappeda Kabupaten Siak 2002, hal

50 113 RUJUKAN Datuk Dr Tengku Said Nasaruddin Said Effendy (2013), Tunjuk Ajar Melayu tentang Sikap Mandiri dan Percaya Diri, Lembaga Adat Melayu. Datuk Dr Tengku Said Nasaruddin Said Effendy (2012), Nilai-Nilai Asas Jati Diri Melayu: Sebagai Perekat Kehidupan Bermasyarakat Berbangsa dan Bernegara, Lembaga Adat Melayu. Datuk Dr Tengku Said Nasaruddin Said Effendy (2012), Tunjuk Ajar Melayu dalam Pantun, Gurindam dan Seloka, Lembaga Adat Melayu. Datuk Dr Tengku Said Nasaruddin Said Effendy (2012), Syair Melayu (An Epic Poem on the Fate of the Malays), Lembaga Adat Melayu.

51 Tanya Jawab

52 Soalan 1 Saya Cikgu Ibrahim Fergo dari Sekolah Rendah Shuqun. Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia, dan jika ingin melihat orang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Datuk, bagaimanakah masyarakat Melayu di tengah-tengah masyarakat yang berbilang bangsa dan kebudayaan di negara ini dapat terus mengekalkan jati diri kemelayuannya. Terima kasih. Soalan 2: Saya Cikgu Norhanisah, Guru Kanan dari Maktab Rendah Katolik. Berkaitan dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Ibrahim tadi, saya suka dan tertarik dengan perlambangan yang digunakan oleh Datuk berkenaan Melayu itu sebagai air mengikut konteks peranan dan fungsinya. Kalau kita lihat di Singapura ini mungkin kita boleh diibaratkan sebagai air baharu atau New Water belum cukup atau sempurna disaring dan disuling. Jadi bagaimanakah bertitik tolak daripada soalan cikgu Ibrahim tadi, kita melatih anak-anak kita mendepani cabaran ataupun apa sahaja yang boleh mencemarkan identiti Melayu ini. Terima kasih. Jawapan: Terima kasih atas dua soalan yang amat berat ini. Yang pertama tadi disebutkan dari Gurindam 12 Raja Ali Haji, hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan Bahasa ada satu kitab bertajuk Bustanal Al Katibin (Taman Para Penulis) yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji. Di dalam kitab Bustanal Al Katibin ini ada satu perkara yang disebut Raja Ali Haji yang cukup sering kita lupakan hari ini, iaitu bahawa bila jati diri Melayu itu berkait kelindan dengan kesopanan, kesantunan dan etika maka bagaimanakah kita membina jati diri beretika itu? Raja Ali Haji mengatakan di dalam Bustanal Al Katibin, kesopanan, kesantunan atau etika itu bermula daripada bahasa jua adanya baru pada kelakuan. Jadi ada seperkara yang barang kali kita kurang, tidak kami teliti di Riau selama ini kita ajar kepada murid-murid kami itu menggunakan definisi atau takrif-takrif bahasa yang kita pungut daripada mana-mana kamus kecuali kamus kita sendiri. Nah itu, aneh juga bukan. Dari mana-mana kamus kita kumpul, pakar bahasa dari Barat, kita kumpul semua apa 115

53 116 kata pakar semua linguis. Tapi kita tidak pernah kumpul apa kata Raja Ali Haji, apa kata Pendeta Zaaba, apa kata para pendahulu kita tentang itu maka ada satu tugas suci bagi seorang guru bahasa Melayu iaitu meluaskan dan mendalamkan pelajarannya kepada murid-muridnya bukan hanya bahasa Melayu itu sebagai alat komunikasi, penyampai dan penerima pesan, tetapi juga sebagai alat budi pernyataan budi etika. Nah sisi etika ini yang nampaknya cikgu perlu di dalam bengkel-bengkel untuk mendalaminya. Di Riau, kita biasanya mengenal beginilah sebagai satu contoh. Di dalam bahasa Inggeris kita mengenali istilah you sebagai istilah yang neutral tetapi kalau di Riau, kalau usia Encik Noh ini lebih tua daripada saya maka itu sangat amat tidak sopan saya bila saya mengatakan dan memanggil beliau dengan nama sahaja. Kita kena panggil abang. Kalau saya lebih tua saya kena panggil adik. Apa yang disebut Pak Tenas Effendy dalam Kesantunan Melayu bukunya yang lain ada mengatakan bahasa mendaki, bahasa mendatar, bahasa menurun yang memperlihatkan sisi etika dalam bahasa Melayu itu melampaui bahasa itu sebagai alat komunikasi sahaja. Bahasa mendaki ialah bahawa orang muda kepada yang tua, yang lebih rendah kedukukannya kepada yang lebih tinggi kedudukannya. Sedangkan yang mendatar itu sama sebaya dan yang menurun itu ialah bapak kepada anak, abang kepada adik, dan seterusnya yang tinggi kedudukannya kepada yang rendah kedudukannya. Ini berbeza dengan pemeringkatan dalam Bahasa Jawa. Ada bahasa halus, ada bahasa kasar. Ada bahasa kromo, ada bahasa ngoko. Ini terlihat dalam bahasa, dalam kosa kata yang dipilih di antara kata yang pelbagai bagaimana memilih itu. Kemudian yang kedua juga berkait kelindan dengan persoalan yang lebih berat lagi untuk dibakukan, iaitu persoalan intonasi. Kalau di Indonesia, kita segera tahu ini penutur ini dari suku mana. Kalau dia bercakap keraskeras suaranya itu ini mestinya dari Sumatera bahagian utara, khasnya dari Batak. Tapi, yang manakah satu intonasi Melayu yang standard? Sebab kalau kata yang standard, bagaimana pengucapan yang standard itu? Ada seorang pakar bahasa dari Belanda Van Ophuijsen pernah datang ke Pulau Penyengat di Tanjung Pinang sana, ada Raja Haji Salman Engku Bih, anak kepada Raja Ali Haji membuat sebuah syair yang tajuknya ialah Syair Van Ophuijsen, yang menggambarkan bagaimana Van Ophuijsen

54 menemu bual sejumlah orang di Pulau Penyengat di Riau Lingga itu yang menanyakan ini bagaimana mengucapkannya, ini bagaimana menyebutnya. Maknanya Van Ophuijsen itu pakar di Komisi Bacaan Rakyat yang kemudian berubah menjadi Balai Pustaka dan Balai Pustaka itu adalah dapur untuk perkembangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Indonesia di masa lampau. Peranan Balai Pustaka sangat penting itu dalam sejarah. Tapi bisakah atau bolehkah kita menstandardkan intonasi? Hakikatnya ialah, apa yang ingin saya sampaikan tadi dari Raja Ali Haji ialah bahasa pelajaran bahasa Melayu itu bukanlah persoalan mampu atau tidak mampunya kita berkomunikasi di dalam bahasa Melayu tetapi mampukah kita mengharuskan peristiwa berbahasa itu satu peristiwa fikiran, perasan dan kemudian mengalir ke lidah. Fikiran dan perasaan yang antaranya sarat dengan nilai-nilai asas tadi yang kemudian itulah yang kita alirkan melalui lidah. Saya mohon maaf, saya tidak sanggup menjawab lebih daripada itu. Dalam konteks berbilang bangsa, budaya atau pluralisme ditolak di Indonesia tetapi multi-cultural diterima yang bagi kita di Nusantara, hal ini bukan soal yang baharu. Dalam apa yang sekarang ini menjadi fesyen dalam ilmu-ilmu sosial budaya yang disebut multiple mobility yang disebut bahawa manusia dan masyarakat itu, mobilitinya atau pergerakannya tidak pernah bersumber dari hanya satu sumber sahaja tapi dari bermacam-macam sumber kurang sederhananya begitu. Apakah Melayu selama ini hanya bersumber dari yang satu? Huraianhuraian tadi memperlihatkan kepada kita pemikiran-pemikiran yang ditimba oleh Datuk Tenas Effendy dari adat dan budaya ditempat beliau meneliti, memperingatkan bahawa keasingan bagi kita, kelainan bagi kita, sebenarnya kawan dialog, kawan berbincang. Itulah yang dipraktikkan oleh Melayu sepanjang zaman dan dalam pandangan saya sejak lama kecemerlangan dan keruntuhan Melayu itu satu di antaranya ditentukan oleh kepiawaian kita dalam berdialog dalam hubungan dialogik. Dengan kelainan, kita tidak mungkin tutup pintu. Bagaimana kita hendak buat tembok besar macam di Tiongkok, begitu banyak yang hendak ditembok, bagaimana kita hendak menembok internet? Kita belajar daripada guru-guru kita, orang tua kita masa lampau 117

55 118 sikapnya terhadap perubahan sikapnya terhadap kelainan terhadap the others seperti apa? Sebab kita memperlihatkan betapa terbukanya kita, kawasan kita dan rantau kita ini. Betapa terbukanya kita. Riau itu terbahagi kepada empat sungai besar yang boleh dilalui sampai ke hujung ke bukit barisan, ke hujung sana. Di Kota Pekanbaru itu kapal boleh masuk sampai ke tengah kota ke tengah bandar Pekanbaru. Bukan hanya komoditi yang dibawa dari hulu dibawa ke hilir ke Singapura masa lampau tetapi juga sesungguhnya arus sungai itu adalah transpotasi idea dan gagasan-gagasan. Lalu seberapa mampu kita mengambil posisi interogatif berdialog kebaharuan-kebaharuan atau kelainan-kelainan itu. Itulah kecanggihan orang-orang zaman Raja Ali Haji. Sesudah Treaty of London 1824 yang telah membelah alam Melayu seperti membahagi kuih lapis yang ke utara bagi pihak British dan yang selatan bagi Belanda. Macam begitu sahaja bagai merobek peta. Intelektual mengatakan ada pedang ada jalan kalam, jalan tentera ada jalan pena. Raja Ali Haji mengatakan bahawa kata kalam akulah raja di dunia ini, barang siapa yang mengambilku akan aku sampaikan pesan. Seribu pedang yang terhunus dengan segores kalam akan tersarung itu Raja Ali Haji mengatakan. Apa maknanya bahawa dari laut dari penjajap dari kapalkapal perang mereka masuk ke bilik-bilik perpustakaan menginterogasi perubahan-perubahan. Dan itulah yang kita warisi sekarang. Warisan intelektual yang seperti itu. Hal ini juga kami kira berlaku di Singapura pada awal-awal abad ke-20. Satu pakar dari Jerman duduk dan tinggal di Singapura, namanya Hans Overbeck yang mengatakan bahawa Melayu itu sudah runtuh bersama malapnya kekuasaan diraja Melayu di mana-mana di Nusantara ini. Tapi Melayu itu tidak runtuh. Itu tahun 1921 atau 1922 Hans Overbeck mengatakan di Singapura bahawa Melayu itu sudah runtuh. Pada hal Hans Overbeck salah menerokai naskah-naskah manuskrip ditulis tangan tidak lagi dibaca tetapi sesungguh itu sudah berubah dengan munculnya dunia akhbar, munculnya bentuk literasi yang baru. Dari literasi lama iaitu litografik maknanya naskah yang ditulis tangan dengan yang diperedarkan dari satu tempat ke satu tempat kemudiannya berubah kepada print culture, literasi yang berbasiskan budaya cetak, print

56 culture society. Ini yang berlaku transportasi berlangsung di Singapura dan Hans Overbeck melihat ini sebagai penanda bahawa kebudayaan Melayu itu sudah menjadi relik-relik yang hanya boleh pada masa depan pengisi muzium dan tentu sahaja tuan-tuan dan puan-puan cikgu sekalian keberatan kalau kita ini hanyalah bahagian daripada relik-relik masa lalu kerana kita hidup kerana kita ini pusat Bahasa melakukan semua kerja keras yang menurut kami amat sangat penting kerana masuk ke dalam basis ke dalam asas dari pendidikan dan juga pendidikan budaya itu sendiri iaitu Bahasa di sekolah-sekolah dasar sesuatu yang di Indonesia agak sering dilupakan. Kami di Lembaga Adat lebih suka bersama-sama sekolah menengah dan guru-gurunya, tetapi Pusat Bahasa ini menumpukan perhatian kepada yang asas dan paling dasar. Nah di sepanjang kemampuan kita mendialog kenyataan itu, mendialog perubahan-perubahan itu tetap tinggi, selalu percaya diri pada masa depannya. Tetapi kalau kita berasa kapasiti untuk mendialog itu tidak ada lagi dalam pengalaman kami di Riau kami pada tahun-tahun awal kemerdekaan pada tahun 1913 kerajaan Melayu Riau dibubarkan oleh Belanda. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah berhijrah ke Singapura menyuruh pakar Pulau Penyengat itu agar hartanah jangan diambil oleh Belanda dan bersamaan dengan itu intelektual dari Pulau Penyengat dari Riau Lingga itu berhijrah ke sini, ke Melaka dan seterusnya Syed Shaik Al Hadi misalnya penulis novel pertama dalam sejarah sastera Malaysia, novel Faridah Hanum misalnya, bertebaran, dan yang muncul itu ialah kota Singapura, kota bandar dan Malaysia, dan Riau menjadi negeri padang jarak padang terkukur, seperti negeri yang dialahkan Garuda di dalam hikayat-hikayat lama. Kita terlambat mendialog tetapi Singapura bangkit, Malaysia bangkit melalui kebaruan-kebaruan dengan the others dengan kelainan-kelainan baik dari segi gagasan-gagasan dan kebiasaan kebudayaan-kebudayaan. Maknanya, multi-cultural bukanlah sesuatu yang baharu untuk kita dalam pengalaman kesejarahan kita. Persoalannya sekarang kita masih menimba ilham, inspirasi dari sejarah masa lampau kita. 119

57 120 Soalan 3: Saya Cikgu Muhammad Iskandar, dari Sekolah Rendah New Town. Merujuk senarai saranan yang terkandung dalam salinan nota ini di halaman kedua terakhir, berkaitan dengan memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi untuk menghimpun, mengkaji, memartabatkan dan mengekalkan nilai-nilai asas budaya. Jadi pokok soalannya ialah kita sedang menghadapi perubahan teknologi yang pesat yang pantas dan secara tidak langsung melahirkan banyak wadah dan juga bahan media baharu yang menyajikan pelbagai jenis informasi, ideologi-ideologi dan juga kepercayaan-kepercayaan. Jadi pada pandangan Datuk Al Azhar yang saya hormati bagaimanakah seorang anak Melayu di sini yang terdedah pada kepelbagaian itu dapat menangani cabaran mungkin dari segi nilai keterbukaan, nilai tahu menegakkan maruah seperti yang disebutkan dalam ceramah tadi. Mungkin yang lebih spesifik lagi ialah perkara yang dapat diterapkan pada murid-murid sekolah dasar sekolah rendah yang turut terdedah pada media yang telah disebutkan tadi. Terima kasih. Jawapan: Saya berbahagia seperti mimpi menjadi kenyataan, menjadi realiti. Sebentar tadi Encik Noh membentangkan keupayaan Pusat Bahasa Melayu Singapura untuk menggunakan teknologi maklumat bagi pembelajaran, bagi aktiviti pelajar belajar bahasa Melayu. Sesuatu yang sebenarnya di Riau khususnya dan di Indonesia amnya, kita harapkan wujud. Bila bulan hadapan ada belasan guru yang akan ke LAM Riau untuk katakanlah belajar. Maka kami dari Riau sebenarnya berharap banyak nak juga tahu bagaimana pengalaman-pengalaman Pusat Bahasa ini untuk masuk menggunakan teknologi maklumat ini juga boleh dikongsi dengan kami di Riau terutamanya dengan kalangan pendidikan di Riau. Itu satu. Di dalam saranan makalah ini agar memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi untuk menghimpun, mengkaji, memartabatkan dan mengekalkan nilai-nilai asas budaya ada dua perkara di situ. Pertama, saranan daripada Datuk Tenas ini memperlihatkan bahawa kemajuan teknologi informasi teknologi maklumat itu dalam pengalaman Indonesia lebih banyak mudaratnya, memudarat kebudayaannya berbanding manfaat kebudayaannya, manfaat pengekalan nilai-nilai asas ini. Makna yang kedua pula ialah bagaimana kita orang-orang Melayu boleh bersaing juga masuk ke ruang teknologi

58 maklumat ini untuk memberikan maklumat-maklumat yang boleh memudahkan akses kita pada apa pun yang kita perlukan berkaitan dengan nilai-nilai dan tindak tanduk hidup Melayu itu. Kemudian yang kedua, teknologi maklumat menurut pengalaman Indonesia, saya tidak mengkaji kesannya di sini atau di Malaysia, banyak sekali mudarat kebudayaannya berbanding manfaat kebudayaannya. Jadi ada perasaan sceptic budayawan-budayawan di Riau dan Melayu di sana Apakah nilai-nilai asas ini masih boleh diwariskan melihat anak-anak sekarang, kanak-kanak sekarang masa hidupnya lebih banyak berada di Riau di depan televisyen, bersama gadgetnya dibandingkan misalnya bersama ibu bapanya. Begitupun ibu bapa di Riau tidak semuanya bekerja. Apakah peranan rumah tangga? Bagaimanakah keluarga sekarang? Mungkin ada sebuah keluarga wujud tetapi apakah kekeluargaan masih wujud lagi di dalam sesebuah keluarga itu. Bila pada pukul sekian ibu lebih banyak di depan tv menonton sinetron. Anak masuk ke bilik dengan gadgetnya. Si bapak ada di bilik dengan menonton sinetron dengan judul yang lain. Jadi komunikasi sesama keluarga dan anggota keluarga tidak berlaku... kecemasan-kecemasan yang seperti itu berlaku. Nah televisi di Indonesia itu Tuhannya adalah rating. Filem-filem itu karut dan tak betul. Tetapi ada seribu penonton yang kata hebat dan pemasang iklan lebih percaya kepada seribu orang daripada percaya kepada satu orang profesi Doktor. Sederhana sahaja alasan yang mereka berikan. Tuhan mereka adalah rating. Kita memang prihatin. Apakah nilai-nilai ini masih boleh kita wariskan tetapi bila kita memandangkan kepada upaya yang di Riau kita bagaimana pelajaran Bahasa Melayu pelajaran Bahasa Indonesia itu dan ada satu lagi muatan lokal, budaya Melayu itu dijadikan untuk membentuk etika. Memulihkan kehidupan etika Melayu, Malay etiquette. Sebab kalau persoalan estetika, ya pengarang-pengarang Melayu adalah pengarangpengarang yang hebat. Di rantau kita, pengarang-pengarang Melayu adalah pengarang-pengarang yang hebat-hebat. Tapi adakah orang-orang Melayu membaca karangan-karangan cikgu Suratman, puisi-puisi sahabat saya Mohamed Latiff Mohamed, buku tebal-tebal dari Masuri SN, dari pendeta Dr Muhammad Arif Ahmad? Adakah kita membacanya? Adakah kita beroleh hikmah? Apakah Pak Tenas daripada buku tunjuk ajar Melayu, kurang lebih 200 judul buku yang beliau sudah buat kurang lebih, tebaltebal, kesantunan, keberanian, macam-macam dan saya pun bertanya, 121

59 122 Pak, adakah yang membaca buku bapak ini?. Dan dia jawab selamba sahaja, Tidak, katanya. Tapi apakah saya harus memikirkan bagaimana saya bisa membentuk khalayak untuk menyampaikan dakwah kebudayaan saya itu? Banyak betul tugas seseorang itu kalau begitu caranya. Menulis lagi, mencetak juga dia, masuk pula kepada media teknologi maklumat yang baharu, kena belajar pulak bagaimana membuat blog, bagaimana nak buat ini akhirnya itu antara lain. Jadi kita berharap bagaimana teknologi maklumat itu kita muat naik sebanyak-banyaknya informasi mengenai kita, mengenai diri kita. Saya tidak begitu faham dengan psikologi kanak-kanak di Singapura, tetapi kalau kanak-kanak sebagai pewaris kita sebagai pengganti kita pada masa yang akan datang kalau anak-anak di Riau itu minat mereka bukan hanya pada Melayu sahaja minat mereka terhadap pelajaran-pelajaran yang dikemukakan oleh Cikgu pun sebetulnya kalah juga berbanding minat mereka memperoleh informasi dari uncle googlenya. Jadi dia akan kata buat apa lagi cikgu, buat apa lagi ibu itu persoalan-persoalan. Nah masalahnya bagi kita ialah apakah informasi maklumat yang diberikan melalui uncle google sudah verify bagi menurut nilai-nilai yang kita yakini bagi kita. Itu sahaja persoalannya. Kalau ia hanya sebagai informasi sebatas maklumat baiklah tetapi apabila dia menyatakan ini juga berkaitan dengan nilai kita, apakah nilai itu sudah verified atau belum. Lalu siapa yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan tentulah budayawan-budayawan Melayu juga. Jadi bukan seorang pengumpul macam-macam informasi lalu dibuat simpulnya. Nah itulah sebabnya mengapa kita mencuba juga, ada satu projek di Riau itu projek yang bermula dari ekpedisi empat sungai. Satu sungai itu kita berperahu, naik pong-pong, bermesin dan berdayung itu enam bulan. Masuk ke kampung-kampung, masuk ke bekas-bekas kampung, masuk ke sungai-sungai kecil, suak-suak, rantau, menemu bual orang, meneliti tempat-tempat yang sudah ditinggalkan orang. Satu sungai enam bulan lamanya, ada juga yang sampai tujuh bulan dan kita mencatat banyak hal untuk menyempurnakan apa yang selama ini sudah dicatat oleh banyak orang. Jadi banyak hal yang sudah kita catat yang sudah kita rakam, audio visual, dan itu kami menunggu, juga untuk dikomunikasikan melalui teknologi maklumat yang ada. Akhirnya saya mahu menyimpulkan bahawa Melayu dan kemelayuan, nilai-nilainya, jati diri kita itu bergantung pada keupayaan setiap masa untuk memberikan makna yang kontekstual,

60 makna yang terbaharu. Kita sebenarnya bertarung untuk memberikan present meaning kepada Melayu dan kemelayuan kita agar Melayu kita itu tidak menjadi benda atau artifak yang menghiasi muzium melainkan ia menjadi realiti di bumi menjadi kenyataan sehari-hari di tengah-tengah perubahan yang deras berlaku sekarang. Terima kasih. 123

61 124 Datuk Al Azhar

62 125