Apakah boleh makan daging aqiqah sendiri?

Akan tetapi, anda juga disunatkan memakan sebahagian daging sembelihan daripada ibadah aqiqah, kemudian disedekahkan sebahagian lagi.

Ini sesuai dengan kata kata daripada Aisyah r.a bahawa :

Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).

(Ibn Abi Shaybah)

Daging sembelihan daripada ibadah aqiqah boleh dimakan oleh ibu bapa anak yang diaqiqahkan.

Mereka mestilah tidak memakan daging itu berseorangan tanpa menjamu ahli keluarga terdekat, jiran tetangga, sahabat handai, fakir miskin dan sebagainya.