Berita apa yang disampaikan oleh Petrus dalam Kisah Para Rasul 2 44 47

Gereja hari ini adalah lanjutan agama Kristian abad pertama. Kita tidak meniru tiap-tiap butiran budaya gereja, tetapi kita ingin melanjutkan iman dan mesej gereja awal itu. Untuk membantu kita melakukan ini, marilah kita melihat laporan berkenaan apa yang dilakukan mereka: Kitab Kisah Para Rasul. Penginjilan adalah tema utama kitab itu. Marilah kita periksanya untuk melihat apa yang dikhabarkan rasul-rasul.

Kerajaan Allah

Petunjuk pertama kami datang di ayat 31: Yesus yang telah dibangkitkan daripada kematian mengajar rasul-rasul “berkaitan kerajaan Allah”. Akan tetapi, walaupun dengan banyak khutbah-khutbah penginjilan yang dihuraikan dalam Kitab Kisah Para Rasul, perkataan kerajaan tidak digunakan dalam mana-mana satu daripada mereka. Walaupun bangsa Yahudi mempercayai dalam kedatangan kerajaan Allah dan mempunyai nubuat-nubuat Wasiat Lama berkenaannya, Rasul Paulus berhujah tentang kerajaan itu selama 3 bulan di saumaah{synagogue} Efesus. Konsepnya berkenaan kerajaan itu agak-agaknya jauh berbeza daripada apa yang dipercayai bangsa Yahudi di Efesus.

Mesej Paulus berkenaan kerajaan itu disertai dengan suatu mesej tentang Yesus dan kasih kurnia dan iman. Itu benar untuk Yesus juga. Selepas kebangkitan daripada kematian-Nya, Dia mengajar murid-murid tentang kerajaan itu. Apakah yang ia melibatkan? Di jalan ke Emaus, “…Yesus menerangkan kepada mereka apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci .. (Lukas 24:272). Dia menyimpulkan mesej-Nya : “Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku. (ayat 443)

Apakah yang tersurat? Di sinilah ringkasannya: Yesus berkata lagi, “Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem.” (ayat 46-474). Ini adalah mesej kerajaan itu. Seperti yang ditulis George Ladd,

Pada hari-hari selepas kebangkitan Yesus daripada kematian, Dia terus mengajar mereka tentang Kerajaan Allah (1:3). Tidak diragui kita perlu memahami ini untuk bererti bahawa Dia sedang mengajar mereka tentang hubungan antara pengisytiharan-Nya mengenai Kerajaan Allah dan kematian-Nya dan kebangkitan-Nya daripada kematian. (George Eldon Ladd, Theology of the New Testament [Eerdmans, 1963], m.k. 332)

Yesus kemudiannya mengingatkan murid-murid-Nya “Kamulah saksi segala perkara ini” (ayat 48). Perkataan itu membawa kita balik kepada Kitab Kisah Para Rasul. Marilah kita melihat apa dikhabarkan para rasul.

Saksi-saksi

Tentang apakah rasul-rasul mengkhabarkan? Keterangan kita yang berikut adalah dalam Kisah Para Rasul 1:85. Yesus memberitahu para murid-Nya bahawa mereka akan menerima Roh Suci, dan kemudian memberitahu mereka bahawa kuasa ilahi akan membolehkan mereka untuk : “…menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.

Saksi adalah suatu perkataan yang penting dalam kitab Kisah Para Rasul. Ia datang dalam beberapa bentuk, kedua-dua kata kerja dan kata benda{noun}, semuanya dibina atas akar perkataan Yunani – martyr. Ia merujuk kepada seorang saksi dalam mahkamah, atau kesaksian seorang saksi memberi di mahkamah. Kita mendapat perkataan Inggeris martyr daripada akar perkataan Yunani ini. Orang yang telah menjadi saksi-saksi setia kepada Yesus Kristus kadangkala menjadi martir untuk kepercayaan mereka.

Marilah kita meninjau kejadian-kejadian perkataan martir dalam kitab Kisah Para Rasul untuk melihat apa yang disaksikan para murid. Mereka sedang memberi kesaksian kepada sesuatu hakikat tertentu.

1:8 – saksi-saksi kepada Yesus Kristus

1:22 – saksi kebangkitan daripada kematian Yesus

2:32 – saksi kepada kebangkitan-Nya selepas kematian

3:15 – saksi kebangkitan-Nya selepas kematian

4:33 – saksi kebangkitan-Nya selepas kematian

5:32 – saksi-saksi kebangkitan-Nya, pengangkatan-Nya dan pengampunan-Nya

10:39 – saksi-saksi segala yang Yesus melakukan

10:41 – Yesus dilihat oleh saksi-saksi

10:43 – para nabi bersaksi tentang Dia dan pengampunan

13:31 – mereka yang melihat Yesus adalah saksi-saksi-Nya

14:3 – Dia mengesahkan mesej kasih kurnia-Nya.

22:15 – Paulus akan menjadi saksi Yesus tentang apa dia melihat dan mendengar.

22:18 – mereka tidak akan menerima kesaksian Paulus tentang Tuhan

23:11 – Paulus memberi kesaksian tentang Yesus

26:16 – Paulus dilantik sebagai seorang saksi tentang apa yang dilihatnya tentang Tuhan

26:22 – Paulus bersaksi, berkata bahawa Skriptur meramalkan bahawa Kristus akan menderita, bangkit daripada kematian, dan cahaya bagi semua.

Fokus kesaksian para rasul adalah Yesus, kebangkitan-Nya daripada kematian, dan hakikat bahawa kasih kurnia atau pengampunan tersedia. Marilah kita kembali kepada permulaan Kisah Para Rasul dan melihat betapa sering mesej itu diulangi.

Khutbah Hari Pentakosta Petrus

Khutbah pertama yang Lukas menyertakan dalam sejarah kerasulannya adalah komen-komen Rasul Petrus kepada orang ramai pada Hari Pentakosta. Ini bukan sahaja peristiwa yang menandakan peringkat yang penting dalam gereja, ia adalah ceramah dasar dalam kitab Kisah Para Rasul. Pertama, Petrus memberitahu orang ramai bahawa pertuturan dalam pelbagai bahasa asing yang disebabkan Roh adalah pemenuhan Skriptur dan tanda bahawa “akhir zaman” telah bermula dan orang ramai boleh diselamatkan (2:16-216)

Ladd menyimpulkannya dengan cara ini:

Zaman pengenapan telah tiba. “Inilah yang dikatakan oleh Nabi Yoel” (Kisah Para Rasul 2:16). “Tetapi dengan cara demikianlah segala yang dinyatakan Allah melalui lidah nabi-nabi-Nya … telah ditunaikan-Nya.” (Kisah Para Rasul 3:187 ). “Ya, semua nabi, daripada Samuel dan selepasnya, semua yang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini.” (Kisah Para Rasul 3:24). Para rasul mengisytiharkan bahawa zaman Mesias telah tiba. (m.k. 329).

Petrus kemudian membuat satu penyataan:

Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah … Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh …. Allah telah membangkitkan-Nya, … (Kisah Para Rasul 2:22-24).

Petrus menjelaskan bahawa Raja Daud telah meramalkan pembangkitan Mesias daripada kematian. Rasul-rasul adalah saksi-saksi kepada kebangkitan Yesus daripada kematian, dan Yesus yang dimuliakan kini sedang menuangkan Roh Kudus kepada umat-Nya. Kesimpulannya: “Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus. (ayat 2:36). Yesus adalah Mesias dan yang Esa yang kita harus mentaati.

Orang ramai itu percaya. Mereka menyalib Mesias yang mereka telah mengharapkan! Jadi apakah yang harus mereka melakukan? Petrus memberitahu mereka balasan yang sesuai kepada iman: pertaubatan dan pembaptisan, dengan penghasilan pengampunan dan Roh Kudus (2:388). Petrus menyeru mereka untuk mengambil langkah itu (2:409 ).

3,000 orang melakukannya, dan semangat mereka ditunjukkan dalam pernyataan Lukas: “Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa (2:42). Kerelaan mereka untuk berkongsi adalah legenda (2:44-4510). Mereka bertemu di Bait Suci, membahagi roti di rumah dan makan bersama-sama, memuji Allah (2:46-4711). Mereka menjadi satu komuniti, satu persaudaraan.

Penyembuhan dalam nama Yesus

Khutbah kedua Petrus diterangkan di fasal 3. Ia diucapkan kepada bangsa Yahudi di Bait Suci, dan ia mempunyai beberapa keserupaan kepada khutbah Petrus yang pertama. Mukjizat telah dilakukan; orang ramai kagum. Mereka bersedia untuk mendengar Petrus. Dia memberitahu mereka tentang Yesus.

Aneh sekali! Bangsa Yahudi inginkan Yesus dibunuh, walaupun Pilatus tidak. Daripada bersetuju menerima Mesias yang sebenar, mereka memohon yang palsu. Mereka membunuh sumber hayat! (3:13-1512). Allah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memuliakan-Nya, Petrus memberitahu orang ramai itu.

Penyembuhan itu telah dilakukan melalui iman dalam nama Yesus (3:1613 ). Bait Suci adalah tempat nama Allah (1Raja-raja 8:2914), tetapi penyembuhan telah dilakukan dalam nama Yesus. Tidak lama lagi kita diberitahu bahawa tidak ada nama lain, kecuali Yesus, melalui mana kita akan diselamatkan (4:1215). Nama Yesus jauh melebihi nilai Bait Suci.

Orang lumpuh tidak boleh memasuki Bait Suci, tetapi melalui iman dalam Yesus, orang ini sekarang dapat memuji Allah di Bait Suci. Yesus, Yang Suci dan Benar, membolehkan lebih ramai orang untuk datang kepada Allah. Para pembaca sudah dapat melihat petunjuk-petunjuk kepada itu: “. . . Sesiapa yang menyeru nama Tuhan (Yesus) akan diselamatkan.’” (Kisah Para Rasul 2:21). “kerana janji itu telah dibuat … kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita. (Kisah Para Rasul 2:39)16. Ini merupakan jangkaan-jangkaan sastera tentang pembukaan penyelamatan pada akhirnya kepada orang-orang yang dahulunya dilarangkan, seperti para sida, orang-orang Samaria dan bangsa bukan Yahudi.

Petrus menyambung khutbahnya dengan memperhatikan bahawa penderitaan Mesias telah diramalkan (3:1817). Sambutan yang diinginkan: pertaubatan, menghasilkan pengampunan, dan menunggu kedatangan semula Mesias Yesus. Musa telah meramalkan bahawa Allah akan “membangkitkan” (kata Yunani yang sama untuk “kebangkitan daripada kematian”) seorang nabi, dan sesiapa yang menolak Dia akan diusir daripada komuniti umat Allah (3:22-2318). Jika mereka enggan mengikuti pemimpin yang Allah menyediakan, maka mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada umat-Nya.

Pada zaman Abraham, Allah berjanji untuk memberkati “semua bangsa di bumi ”, dan Dia pada masa ini sedang memberkati bangsa Yahudi “pertama sekali” (suatu petunjuk halus kepada bangsa-bangsa lain pada masa akan datang) melalui hamba yang Dia membangkitkan atau yang dibangkitkan daripada kematian, dan berkat itu datang melalui pertaubatan (3:25-2619). Lukas meringkaskan mesej Petrus dalam 4:220 : “… rasul itu mengajar orang ramai dan memberitakan kebangkitan daripada kematian melalui Yesus”. Apa yang dicadangkan yang tidak dinyatakan secara terbuka yang mendasarinya ialah kebangkitan Yesus daripada kematian membuktikan bahawa kita boleh juga dibangkitkan jika kita segaris dengan-Nya.

Kesaksian Petrus kepada Majlis Agama

Orang Saduki, yang tidak mempercayai dalam kebangkitan daripada kematian, tidak menyukai mesej kerasulan itu. Petrus dan Yohanes ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Para pemimpin bangsa Yahudi menanya Petrus, “Dengan kuasa apa dan dengan nama siapakah kamu telah melakukan perkara itu? (4:7). Petrus berkata: “... Bahawa dengan nama Yesus Kristus dari Nazaret, yang telah kamu salib dan telah dibangkitkan Allah daripada kematian, dengan nama Dialah orang ini berdiri di sini di hadapanmu dalam keadaan sihat sempurna.” (4:1021). Anda menolak Dia, tetapi Allah menjadikan-Nya batu penutup dan satu-satunya jalan penyelamatan.

Orang Saduki masih tidak menyukai mesej itu, jadi mereka memberitahu Petrus “jangan sekali-kali bercakap atau mengajar dengan nama Yesus.” (4:17-18)22. Tetapi Petrus menjawab bahawa dia terpaksa bercakap tentang apa dia telah melihat dan mendengar. Dia adalah seorang saksi yang benar bukan seorang yang boleh dipaksa untuk berdiam atau menipu.

Petrus dan Yohanes kembali kepada masyarakat beriman, dan mereka bersukacita dalam doa, mengakui bahawa Skriptur meramalkan komplot menentang Mesias (4:25-2723). Mereka memohon untuk keberanian dalam menyampaikan firman Allah, dan untuk melakukan mukjizat melalui nama Yesus (4:29-3024).

Lukas meringkaskan: Orang-orang beriman membahagikan harta benda mereka, dan para rasul memberi kesaksian tentang kebangkitan Tuhan Yesus (4:32-3325). Kasih kurnia dan sifat murah hati adalah hasil daripada iman orang Kristian.

Sebagai jawapan kepada doa, para rasul bertindak dengan berani, dan banyak mukjizat dilakukan (5:12-1626). Mazhab orang Saduki masih tidak menyukai ini, dan para rasul dipenjarakan sekali lagi (5:17-1827). Seorang malaikat membebaskan mereka, dan memberitahu mereka untuk memberitakan “ segala yang dikatakan tentang hidup baru ini”(5:2028). Di sini adalah ungkapan lain – hidup baru – itu mencirikan pemberitaan gereja kerasulan.

Para rasul dibawa kembali ke hadapan Majlis Agama dan diberi peluang untuk bercakap. Petrus menjelaskan mengapa dia tidak mematuhi arahan pemimpin bangsa Yahudi: “Kami harus taat akan Allah, bukan manusia!” (5:2929). Dia sedang mematuhi perintah Allah untuk menjadi saksi kepada hidup baru yang ada melalui Yesus Kristus. Petrus kemudian melancar kepada mesejnya:

Allah nenek moyang kita telah membangkitkan Yesus yang telah kamu bunuh dengan menyalib-Nya. Allah mengangkat Yesus kepada kedudukan mulia di sebelah kanan-Nya, sebagai Anak Raja dan Penyelamat, supaya umat Israel dapat bertaubat dan dosa-dosa mereka diampunkan. Kami menjadi saksi dalam semua hal ini, begitu juga Roh Kudus yang dikurniakan Allah kepada semua yang taat akan perintah-Nya.” (5:30-32)

Ketaatan jenis apakah yang dirujukkan Petrus? Bukan adat-adat Yahudi yang diperhatikan Majlis Agama. Sebaliknya, ketaatan yang dimaksudkan Petrus di sini adalah kepercayaan kepada Yesus sebagai Kristus30, dan pematuhan perintah-Nya untuk memberitakan penyelamatan.

Orang Saduki menjadi lebih marah, dan ingin membunuh para rasul. Tetapi Gamaliel, seorang Farisi, menasihati mereka untuk melepaskan para rasul: “Bebaskan mereka. Kalau rancangan atau usaha ini daripada manusia, segalanya akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya, kalau segalanya itu datang daripada Allah, saudara-saudara tidak mungkin menumpaskannya, malah mungkin akan ternyata bahawa saudara-saudara melawan Allah.” (5:38-3931)

Meskipun menghadapi ancaman kematian, rasul-rasul bersukacita dan “terus-menerus mengajarkan dan mengkhabarkan berita baik bahawa Yesus itulah Mesias.” (5:42). Itulah injil: Yesus adalah Mesias. Kebangkitan-Nya daripada kematian membuktikan bahawa Dia adalah Mesias, wakil yang ditahbiskan Allah untuk penyelamatan.

Kerygma

Petrus menyampaikan mesej yang tidak berubah. Dia telah melihat sesuatu yang begitu mengubahkan hidup sehingga dia harus memberitahu orang lain tentangnya. Dia dipenuhi Roh Suci, dengan semangat, dengan keberanian, untuk memberitahu orang lain tentang berita baik itu.

Injil itu berfokus kepada kebangkitan Yesus daripada kematian, tetapi beberapa fakta lain yang berkaitan biasanya dimasukkan. Pakej fakta-fakta inti ini dipanggil kerygma (satu kata nama bahasa Yunani bermaksud “berkhutbah”{preaching}.)

Berikut adalah komponen-komponen utama kerygma:

  • Kebangkitan Yesus selepas kematian: Allah membangkitkan Yesus daripada kematian.
  • Kehidupan dan kematian Yesus: Yesus melakukan banyak mukjizat, menderita, dan mati dengan disalib.
  • Yesus ditinggikan : Allah memuliakan Yesus, menaikkan-Nya ke sebelah kanan Allah sebagai Mesias, Putra, Penyelamat dan Tuhan.
  • Ramalan: Semua ini berlaku seperti yang diramalkan dalam Skriptur. Yesus memenuhi janji Wasiat Lama.
  • Penyelamatan: Kerana kebangkitan Yesus daripada kematian, orang ramai dinasihati untuk bertaubat dan dijanjikan pengampunan, kasih kurnia, penyelamatan, dan kehidupan baru dalam nama-Nya.
  • Pemulihan: Yesus Kristus akan kembali.

Inilah hati dan inti injil – ia adalah mesej yang diajarkan para rasul, meskipun diancam kematian. Ia adalah mesej yang mentransformasikan kehidupan, suatu mesej tentang hidup baru, suatu mesej yang bernilai untuk hidup, bernilai untuk mati demi mesej itu.

Injil Petrus kepada Bangsa bukan Yahudi

Pidato Petrus kepada Kornelius adalah penting. Rasul bangsa Yahudi yang paling utama menyampaikan kerygma kepada bangsa bukan Yahudi. Mereka, seperti bangsa Yahudi, boleh diselamatkan melalui mempercayai dalam Mesias. Allah menerima “sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya…” (10:35)32

Petrus mengakui bahawa Kornelius sudah mengetahui “Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel ialah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Yesus Kristus, Tuhan semua manusia.” (10:36). Kornelius tahu cerita itu, bermula dengan pelayanan Yesus: “... Allah telah memilih-Nya sebagai Kristus dan memberi-Nya Roh Kudus serta kuasa. Dia telah pergi ke merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan … Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Yerusalem…” (10:38-3933)

Perkara seterusnya dalam ringkasan penginjilan: “.. Dia telah dibunuh dengan disalib; tetapi Allah membangkitkan-Nya pada hari yang ketiga serta memperlihatkan Dia; … kepada kami yang telah dipilih oleh Allah sebagai saksi…” (10:39-4134)

Yesus memerintah saksi-saksi ini untuk memberitakan bahawa Yesus adalah Mesias – “…Dialah yang dijadikan Allah hakim ke atas orang hidup dan orang mati.” (10:4235). Seperti yang diramalkan dalam Wasiat Lama, “…setiap orang yang percaya kepada Yesus akan diampuni dosanya dengan nama-Nya. (10:4336). Ini adalah mesej yang sudah diketahui Kornelius. Kornelius percaya, dan Roh Kudus memberi keterangan bahawa Allah bukan sahaja menerima bangsa bukan Yahudi, tetapi Dia juga membenarkan mesej penyelamatan ini disampaikan kepada mereka seperti juga kepada orang bangsa Yahudi. Petrus terus menekankan tema injil yang sekarang diketahui dengan baik. Ia adalah suatu mesej yang membawa kepada penyelamatan (11:1437); ia adalah suatu mesej tentang pertaubatan dan hidup (11:1838).

Oleh Michael Morrison (1999, 2016)

Semua petikan Alkitab adalah daripada Alkitab terjemahan bahasa Malaysia Alkitab Versi Borneo, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. AVB singkatan untuk Alkitab Versi Borneo®, Hakcipta © 2015 Borneo Sabda Limited Digunakan dengan izin Borneo Sabda Limited