Siapa saja nama 12 rasul Yesus?

Soalan

Siapakah 12 murid /rasul-rasul Yesus Kristus?

Jawapan


Istilah murid merujuk kepada seorang pelajar atau pengikut. Istilah rasul merujuk kepada seorang yang diutus keluar. Sewaktu Yesus berada di atas bumi dua belas orang pengikut-Nya disebut sebagai murid-murid. Mereka telah mengikuti Yesus, belajar daripada-Nya dan dilatih oleh-Nya. Selepas kebangkitan dan pengangkatan-Nya, Yesus telah mengutus mereka untuk menjadi saksi-saksi-Nya(Matius 28: 18-20; Kisah 1:8). Mereka kemudiannya disebut sebagai dua belas orang rasul-rasul. Bagaimanapun sewaktu Yesus masih berada di atas bumi, penggunaan istilah murid-murid dan rasul-rasul itu saling bertukarganti. Dua belas murid/rasul disenaraikan dalam Matius 10: 2-4, Inilah nama kedua belas rasul itu: Pertama Simon yang disebut Petrus dan Andreas saudaranya, dan Yakobus anak Zebedeus dan Yohanes saudaranya, Filipus dan Bartolomeus, Tomas dan Matius pemungut cukai, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Zelot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia. Dalam Markus 3: 16-19 dan Lukas 6: 13-16 juga terdapat senarai murid/rasul. Perbandingan daripada senarai-senarai ini akan memperlihatkan beberapa perbezaan dalam senarai nama yang diberikan. Nampaknya Tadeus juga dikenali sebagai Yudas anak Yakobus (Lukas 6:16). Yudas yang mengkhianati Yesus telah digantikan oleh Matias (Kisah Para Rasul 1: 20-26). Beberapa pengajar Alkitab melihat Matias sebagai rasul "tidak sah" dan mempercayai bahawa Paulus adalah pilihan Allah untuk menggantikan Yudas Iskariot sebagai rasul kedua belas.

Kedua belas murid/rasul adalah orang biasa yang Tuhan telah gunakan dalam cara yang luar biasa. Dua belas orang ini terdiri daripada nelayan, seorang pemungut cukai dan seorang yang berjiwa revolusi. Kitab-kitab Injil terus-menerus merakamkan kegagalan, perjuangan dan keragu-raguan dua belas orang yang telah mengikuti Yesus Kristus ini. Selepas menyaksikan kebangkitan Yesus dan kenaikan-Nya ke syurga, Roh Kudus telah mengubah mereka menjadi hamba-hamba Tuhan yang berkuasa dan telah memutarbalikkan dunia(Kisah 17:6). Apakah yang telah menyebabkan perubahan itu? Murid/rasul telah bersama-sama dengan Yesus (Kisah 4:13). Semoga perkara yang sama dapat dikatakan orang tentang kita juga!

English


Balik ke laman bahasa Melayu

Siapakah 12 murid /rasul-rasul Yesus Kristus?

Video

Postingan terbaru

LIHAT SEMUA