Perbandingan novel jendela menghadap jalan dan songket berbenang emas

MODUL SOALAN NOVEL SPM

    Pages:
  • 1 - 30

MODUL SOALAN NOVEL SPM

MODUL SOALAN NOVEL PEPERIKSAAN SPM

PENGETAHUAN NOVEL

Bermula peperiksaan SPM 2016 semua calon di seluruh negara dikehendaki menjawab soalan
berdasarkan teks novel baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
pada tahun 2015 kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Novel-novel ini dibahagikan mengikut zon
seperti yang berikut:

ZON NAMA NOVEL NEGERI YANG TERLIBAT
Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
1 Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin Perak
Selangor, Negeri Sembilan, WP
2 Leftenan Adnan Wira Bangsa oleh Abdul Latip Talip Kuala Lumpur, WP Putrajaya
Melaka, Pahang, Terengganu,
3 Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor Kelantan
Johor, Sabah, Sarawak, WP
4 Pantai Kasih oleh Azmah Nordin Labuan

Analisis Soalan Novel Peperiksaan SPM

Aspek sastera 2010 2011 Tahun 2014 2015
UN UN 2012 2013 UN UN
Sinopsis √ UNUN
Tema √
Persoalan √ √
Watak dan perwatakan √ √ √
Peristiwa berkesan
Peristiwa yang menimbulkan kesedaran √
Kewajaran pengakhiran cerita
Tarikan permulaan cerita √ √ √
Peristiwa menarik √ √
Peristiwa teladan √
Peristiwa pincang √ √ √
Sebab-sebab menimbulkan kesedaran √ √ √√
Klimaks √
Konflik
Latar tempat
Latar masa
Latar masyarakat
Nilai
Pengajaran

* Catatan : N ialah kertas soalan November, manakala U ialah kertas Ulangan Jun/Julai

1

Keperluan Peperiksaan SPM

Soalan/ Aspek Skop Soalan Markah
Soalan 4(a) 7 markah
Kertas 2  Memberikan pendapat, ulasan, dan reaksi
tentang sesuatu aspek kesusasteraan dalam 8 markah
Soalan 4 (b) novel kajian.
Kertas 2
 Soalan berdasarkan sebuah atau dua buah
novel yang dikaji.

 Membuat huraian atau perbandingan serta
memberikan contoh yang berkaitan dengan
pengetahuan dan kemahiran aspek sastera
dalam novel kajian.

 Soalan berdasarkan sebuah atau dua buah
novel yang dikaji.

Pengetahuan Novel

1. Soalan tentang novel dikemukakan sebagai Soalan 4 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu
SPM (1103/2) dan menawarkan 15 markah.

2. Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 4(a) dan 4(b). Soalan 4(a)
menawarkan 7 markah, manakala Soalan 4(b) menawarkan 8 markah.

3. Peruntukan markah untuk aspek bahasa dan isi adalah seperti yang berikut:

Soalan 4(a):
Bahasa : 3 markah
Isi : 4 markah

Soalan 4(b):
Bahasa : 2 markah
Isi : 6 markah

Panduan Menjawab Soalan:

1. Baca soalan dengan teliti supaya anda dapat memahami kehendak soalan dengan jelas.
2. Garisi rangkai kata atau ayat yang berkaitan dengan soalan untuk menggelakkan anda

menjawab soalan yang tidak berkaitan.
3. Tulis dua atau tiga isi (kecuali jika diminta memberikan jumlah isi yang berbeza) yang

berkaitan dengan soalan. Setiap isi hendaklah diberikan huraian dan contoh yang
berkaitan dengan novel kajian anda.
4. Pastikan anda menyatakan nama novel kajian anda dengan jelas.
5. Gunakan bahasa yang baku dan tepat.
6. Semak ejaan, perkataan, dan tanda baca supaya markah bahasa tidak dipotong.
7. Jawapan calon hendaklah ditulis dalam bentuk esei atau ayat yang lengkap, bukan
dalam bentuk poin.
8. Calon hendaklah memperkukuh setiap isi dengan contoh yang relevan.
9. Tulis seberapa banyak isi yang berkaitan dengan soalan. Setiap isi hendaklah diberikan
huraian dan contoh yang berkaitan dengan novel kajian anda.

2

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

KARYA RUHAINI MATDARIN

MODUL 1

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-

sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada anda. (7 markah)

Cadangan jawapan:

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran Sebab menimbulkan kesedaran (1m)
(1m)
Menimbulkan kesedaran bahawa
1. Peristiwa datuk yang kecewa dengan perubatan tradisional semakin
sikap Danel yang menafikan dipinggirkan sedangkan perubatan
keberkesanan perubatan tradisional. tradisional masih relevan pada masa ini
sebagai perubatan alternatif.

2. Peristiwa Lili enggan makan di restoran Menimbulkan kesedaran tentang
makanan segera ketika keluar dengan pentingnya penjagaan pemakanan untuk
Danel ke bandar. kesihatan.

3. Peristiwa perbalahan penduduk kampung Menimbulkan kesedaran bahawa

tentang peletakan kubah sama ada di permuafakatan amat penting untuk

surau lama atau di masjid baharu. menyelesaikan masalah.

4. Peristiwa Che Jah melaporkan Menimbulkan kesedaran bahawa
keganasan suaminya dan kepincangan perbalahan hanya membawa pepecahan
rumah tangganya kepada pihak polis. dalam masyarakat.

Menimbulkan kesedaran bahawa
keberanian bertindak dapat
menyelesaikan masalah.

Menimbulkan kesedaran bahawa
kepincangan dalam keluarga boleh
memberikan kesan kepada keluarga dan
masyarakat.

5. Peristiwa Lili membaca artikel tentang Menimbulkan kesedaran bahawa bidang
‘Remaja Jadi Pekebun Pisang di Tenom.’ pertanian mampu memberikan pulangan
yang lumayan asalkan rajin berusaha.
6. Peristiwa Lili yang sanggup balik ke
kampung datuk dan neneknya walaupun Menimbulkan kesedaran bahawa sebagai
mempunyai rancangan bersama-sama seorang anak kita seharusnya cuba
kawannya semasa cuti sekolah. mendengar kata ibu bapa kita dan
membahagiakan mereka.

3

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
KARYA KHAIRUDDIN AYIP

Cadangan jawapan

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran (1m) Sebab menimbulkan kesedaran
(1m)
1. Peristiwa Saleha, ibu Dahlia menghadapi Menimbulkan kesedaran bahawa
tekanan perasaan sehingga dihantar ke setiap perkara yang berlaku tidak
Hospital Permai. dapat dijangka dan takdir Allah.

2. Peristiwa Nek Kiah, nenek Dahlia yang tidak Menimbulkan kesedaran bahawa
suka kepada keluarga Dahlia kerana perkahwinan tanpa restu orang tua
kemiskinan Embong ayahnya. boleh memberi kesan kepada
keluarga.

3. Peristiwa Dahlia mengambil keputusan untuk Menimbulkan kesedaran bahawa
keluar dari asrama untuk menjaga kadang kala kepentingan keluarga
keluarganya walaupun ditegah oleh gurunya perlu diberi keutamaan.
Cikgu Salwani.

4. Peristiwa Eton memarahi dan menyalahkan Menimbulkan kesedaran bahawa
Dahlia atas kematian anaknya Said. ajal maut itu di tangan Tuhan dan
manusia hanya mampu merancang.

Menimbulkan kesedaran bahawa
kehilangan orang tersayang boleh
menyebabkan seseorang menjadi
tidak rasional.

5. Peristiwa Embong tidak membenarkan Menimbulkan kesedaran bahawa

Dahlia berhenti sekolah dan bekerja di kilang. ilmu dan pelajaran amat penting

untuk mengubah masa depan diri

dan keluarga.

6. Peristiwa Dahlia ditawarkan melanjutkan Menimbulkan kesedaran bahawa
pelajaran di Jepun sebelum keputusan usaha keras dan ketekunan akan
peperiksaan STPM diumumkan. mendatangkan kejayaan.

4

Teknik Menulis Jawapan
1. Mulakan jawapan dengan menulis judul buku dan nama penulis di perenggan pertama.
2. Mulakan ayat perenggan kedua dengan mengambil frasa ‘peristiwa yang dapat
menimbulkan kesedaran kepada saya’ ialah peristiwa
_____________________________ atau ketika ______________________________.
3. Selanjutnya, anda perlu menjelaskan sebab-sebab peristiwa yang anda pilih itu
menimbulkan kesedaran kepada anda.

Contoh jawapan
Novel yang saya kaji ialah _______________________________________karya

_______________________________. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan
kesedaran kepada saya.

Peristiwa pertama yang dapat menimbulkan kesedaran kepada saya dalam novel
tersebut ialah______________________________________________________.
Peristiwa ini dapat menimbulkan kesedaran kepada saya kerana ____________________.

Selain itu, peristiwa _______________________________________________ juga
menimbulkan kesedaran kepada saya kerana ___________________________________
_______________________________________________________________________.

5

MODUL 2

Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen
anda tentang cara-cara masalah tersebut diselesaikan.

Novel Jendela Menghadap Jalan

Masalah Kehidupan (1m + 1m) Cara Masalah Diselesaikan dan Komen (1m)
Masalah menyesuaikan diri semasa Lili menangani masalah ini dengan cuba
berada di tempat baharu. membabitkan diri dalam kehidupan masyarakat
Contohnya Lili yang menghadapi kampung datuknya.
masalah untuk menyesuaikan diri
semasa berada di kampung datuknya, Komen: Cara yang dilakukannya adalah cara
iaitu Kampung Sentosa. terbaik kerana kita sepatutnya cuba
menyesuaikan diri di tempat yang baharu dengan
Masalah keganasan rumah tangga. jiwa yang cekal dan menghadapi segala-galanya
Contoh: Masalah keganasan rumah dengan tenang.
tangga Che Jah kerana Seman,
suaminya seorang yang panas baran Lili meminta bantuan Kak Mimah, penolong
dan pemabuk. pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
membantu menguruskan kes Che Jah dan beliau
bersedia menjadi saksi.

Komen: Lili telah mengambil pendekatan yang
sesuai untuk membantu Che Jah kerana
menggunakan saluran yang betul dan tidak
mendatangkan masalah kepada Che Jah dan
orang kampung.

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat
beberapa masalah kehidupan yang diketengahkan dalam novel ini.

Masalah kehidupan pertama yang terdapat dalam novel ini _________________________
______________________ contohnya _________________________________________
_____________________________________________. Masalah ini diselesaikan oleh Lili
dengan ____________________________________________________. Pada pendapat
saya, cara yang telah dilakukan oleh Lili ________________________________________
_________________________________________________________.

Masalah kehidupan seterusnya ialah ____________________________________. Cara
penyelesaian bagi masalah ini ialah _______________________________________
_________________________________________________. Pada pendapat saya,
penyelesaian yang diambil ini ________________________________________________
________________________________________________________________________ .

6

Novel Songket Berbenang Emas

Masalah Kehidupan (1m + 1m) Cara Menyelesaikan dan Komen (1m)
Masalah menghadapi dugaan dalam Dahlia menyelesaikan masalahnya dengan
kehidupan keluar dari asrama sekolahnya dan memilih
untuk tinggal di rumah bagi membantu ayahnya
Contohnya Dahlia menghadapi menguruskan adik-adiknya.
dugaan untuk menguruskan
keluarganya setelah ibunya Saleha Komen: Tindakan Dahlia wajar kerana sebagai
menghadapi masalah kemurungan anak sulung dia perlu membantu memikul
dan dihantar menjalani pemulihan di tanggungjawab dalam keluarganya namun dia
Hospital Batu Pahat dan Hospital haruslah pandai membahagikan masanya untuk
Permai, Johor Bahru. belajar agar kedua-duanya dapat dilakukan
seiring dan berkesan.
Masalah menghadapi nenek yang
bersikap pilih kasih terhadap cucu dan Dahlia dan Embong sentiasa menghormati Nek
menantu. Kiah dan tidak pernah membalas perbuatan
Nek Kiah malah mengambil berat dan
Contoh: Nek Kiah yang sentiasa membantu menjaga Nek Kiah semasa Nek Kiah
memandang serong dan membenci jatuh sakit. Peristiwa ini menyedarkan Nek Kiah
keluarga Dahlia terutama ayahnya, sehingga melembutkan hatinya dan menyesali
Embong kerana kemiskinan mereka perbuatan lampaunya dan mula menyayangi
dan hidup menumpang di tanahnya. mereka sekeluarga.

Komen : Tindakan Dahlia dan keluarganya
wajar dan harus dipuji kerana tidak menyimpan
dendam dan memutuskan silaturahim antara
ahli keluarga. Kesabaran dan sifat pemaaf
mereka sekeluarga juga membuktikan bahawa
perbuatan baik akhirnya akan mendapat
balasan daripada Allah.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, terdapat
beberapa masalah kehidupan yang digarapkan dalam novel ini.

Masalah kehidupan yang pertama ialah ________________________________
contohnya _______________________________________________________________.
Masalah ini diselesaikan oleh Dahlia dengan ____________________________________
________________________________________________________________________
Pada pendapat saya, cara yang telah dilakukan oleh Dahlia ________________________
_____________________________________.

Masalah kehidupan seterusnya ialah ____________________________________.
Sebagai contoh, ________________________________________________________.
Cara penyelesaian bagi masalah ini ialah _______________________________________.
Pada pendapat saya, penyelesaian yang diambil ini _______________________________
_________________________________________________________________________.

7

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN TEMA:

Contoh Soalan:
Anda telah membaca sebuah novel. Bincangkan tema novel tersebut (7 markah).

i. Dalam perenggan 1, nyatakan novel yang anda kaji atau baca.
ii. Nyatakan nama penulis novel.
iii. Sediakan pernyataan umum tentang soalan yang ditanya.
iv. Dalam perenggan 2, nyatakan tema novel ini dengan lengkap.
v. Lengkapkan pernyataan tema dengan huraian dan bukti yang sesuai.

(a) Novel Jendela Menghadap Jalan.

Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan.

Lili juga cekal menyelesaikan -Lili cekal menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh konflik yang dihadapi oleh
Che Jah dan anak-anaknya. penduduk Kampung Sentosa,
Mereka didera oleh suami Che iaitu kampung datuk dan
Jah iaitu Seman, seorang neneknya. Mereka ingin
lelaki yang tidak meletakkan sebuah kubah di
bertanggungjawab. Dia atas bumbung surau yang
seorang yang panas baran, usang sedangkan mereka
kaki judi, dan pemabuk. boleh membina sebuah masjid
baharu.

Contoh Jawapan:
Novel yang saya baca ialah Jendela Menghadap jalan karya Ruhaini Matdarin. Tema

novel ini ialah kecekalan seorang gadis __________________________________ .

Lili cekal menyelesaikan ________________________ yang dihadapi oleh penduduk
________________, iaitu kampung datuk dan neneknya. Mereka ingin meletakkan sebuah
_______________ di atas bumbung surau yang usang sedangkan mereka boleh membina
sebuah _____________________ baharu.

Lili juga cekal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Che Jah dan anak-anaknya.
Mereka _______________ oleh suami Che Jah iaitu _____________, seorang lelaki yang
tidak bertanggungjawab. Dia seorang yang panas baran, kaki judi, dan pemabuk.

8

(b) Novel Songket Berbenang Emas.

Kegigihan seorang gadis dalam
menempuh pelbagai cabaran dan dugaan

dalam kehidupannya.

Dahlia seorang gadis yang tidak -Peristiwa pertama yang perlu
pernah menyalahkan nasib dihadapinya ialah ibunya
malang yang menimpa dirinya menghadapi tekanan perasaan dan
dan keluarga. Dia berusaha penyakit kemurungan. Ibunya
menghadapi segala cabaran dan dihantar ke Hospital Batu Pahat
dugaan dengan semangat yang untuk dirawat.
kental. Dia juga tidak pernah Kemudian ibunya dipindahkan ke
membalas kembali segala fitnah Hospital Permai, Johor Bahru untuk
dan kata-kata negatif yang rawatan pemulihan.
dilemparkan kepadanya.

Dahlia gigih menghadapi kerenah
neneknya. Akhirnya dia berjaya
meyakinkan neneknya bahawa mereka
sekeluarga menyayangi neneknya.
Nenek yang jatuh sakit telah dihantar ke
hospital dan mereka sekeluarga bergilir-
gilir menjaga nenek.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah ______________________________________ karya
_________________________________. Tema novel ini ialah ____________________
_____________________________________________________.

Dahlia seorang gadis yang tidak pernah menyalahkan _________________________
yang menimpa dirinya dan keluarga. Dia berusaha menghadapi segala cabaran dan dugaan
dengan semangat yang _______________. Dia juga tidak pernah membalas kembali segala
________________ dan kata-kata _________________ yang dilemparkan kepadanya.

Peristiwa pertama yang perlu dihadapinya ialah _____________ menghadapi tekanan
perasaan dan penyakit _________________. Ibunya dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk

9

dirawat. Kemudian ibunya dipindahkan ke __________________________, Johor Bahru untuk
rawatan pemulihan.

Dahlia juga gigih menghadapi kerenah ____________________. Akhirnya dia berjaya
meyakinkan neneknya bahawa mereka menyayangi neneknya. Nenek yang ______________
_____________ telah dihantar ke hospital dan mereka bergilir-gilir menjaga nenek.

LATAR
Latar ialah suatu keterangan tentang tempat, masa dan keadaan masyarakat yang terdapat
dalam suatu novel.
Latar terbahagi kepada 3 jenis:

(a) Latar masa
- Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa itu
berlaku.

(b) Latar tempat
- Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciri-
ciri dan sejarah di sesuatu lokasi.

(c) Latar masyarakat
- Latar masyarakat ialah semua perkara tentang keadaan, suasana, aksi, cara hidup,
amalan, agama, pekerjaan dan pemikiran masyarakat yang ada di sesuatu tempat
dalam cerita.

Latih tubi 1
a) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah _________________________________________karya
__________________________.

Tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah _________________________.
Sebagai contohnya, _______________________________.

Latar tempat yang kedua ialah ___________________________________. Sebagai
contohnya, _____________________________________________.

Selain itu, terdapat latar tempat __________________________________________.
Sebagai contohnya, _____________________________________________________.

10

Novel Jendela Menghadap Jalan
Latar Tempat

Jendela Menghadap Jalan

Kampung Sentosa Rumah Datuk/ Haji Abdul Rahman

Lili telah menghabiskan cuti Danel dan ayahnya William Ng
persekolahannya selama dua datang ke rumah datuk untuk

minggu di kampung ini. berubat

Surau Kampung Sentosa

Kekecohan sering berlaku di surau
kerana isu pembinaan masjid dan kubah

surau serta sikap penduduk kampung
yang berpuak-puak.

Novel Songket Berbenang Emas

Rumah Embong

Tempat Embong, Saleha, Dahlia dan adik-adiknya tinggal, di
tanah Nek Kiah.

Latar Hospital Permai, Johor Bahru
Tempat
Tempat Dahlia bertemu dengan Azahari secara tidak sengaja
ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan
pemulihan penyakit yang dihidapinya.

Stesen bas Bandar Penggaram

Tempat Azahari menyerahkan hadiah sehelai kain songket
berbenang emas kepada Dahlia sebelum bas ekspres itu
bergerak ke Kuala Lumpur.

11

b) Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

*Pada awal pagi (dinihari) Novel *Pada musim cuti
Jendela Menghadap
-Datuk Lili pulang dari persekolahan
hutan dengan membawa Jalan
dua buah bakul yang Peristiwa majlis
penuh dengan akar kayu Latar pertunangan antara Dahlia
dan daun. Masa dengan Azhari berlaku
pada musim cuti
* Pada waktu malam Novel persekolahan akhir tahun.
Songket Berbenang
-Abang Rashid membawa *Pada waktu petang
Lili berjalan-jalan di pasar Emas
malam . Lili membeli Rombongan keluarga
sehelai kemeja bercorak Azhari tiba ke rumah
batik manakala Abang Dahlia untuk meminang
Rashid membeli topi. disebabkan kelewatan
bapa saudara Azhari yang
* Pada musim cuti menjadi wakil pihak lelaki.

persekolahan *Pada waktu pagi (10 minit
sebelum pukul 9.00 pagi)
- Lili dihantar oleh ibunya
ke kampung datuk Lili, iaitu - Dahlia ke balai raya
Kampung Sentosa untuk untuk membantu
menghabiskan cutinya. persiapan majlis Maulidur
Rasul namun kembali ke
rumah setelah disindir dan
difitnah oleh Aton .

12

LATAR MASYARAKAT

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

LATAR MASYARAKAT HURAIAN
Masyarakat yang bersimpati atas Lili berasa simpati dengan nasib Che Jah
penderitaan orang lain. yang selalu didera dan dimaki hamun oleh
suaminya, Seman sehingga Lili
mengambil keputusan untuk membuat
laporan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

Masyarakat yang mengamalkan perubatan Datuk Lili, Tuan Haji Abdul Rahman
tradisional. merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Datuknya sedaya upaya
membantu pesakit yang datang berubat
menggunakan kaedah perubatan
tradisional yang berasaskan akar-akar
kayu dan daun-daun herba.

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih Lili amat sayang akan ibu dan bapanya.
sayang dalam kehidupan. Dia menurut segala kehendak ibu agar
pulang bercuti di kampung datuk sebagai
tanda kasih dan sayang akan ibunya.

Masyarakat yang berani mengambil Danel berani mengambil tindakan dalam
tindakan. usaha menyelamatkan Lili yang diikat dan
dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah
pondok buruk pada suatu malam.

Masyarakat yang taat akan perintah Datuk dan nenek Lili segera bersolat
agama. apabila masuk waktu. Datuknya juga
sering solat berjemaah sama ada di rumah
atau di surau Kampung Sentosa.

13

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

LATAR MASYARAKAT HURAIAN
Masyarakat yang penyayang. Dahlia amat sayang akan keluarganya.
Dahlia sayang akan ibu dan sanggup
melawat ibu yang sedang menerima rawatan
di Hospital Permai, Johor Bahru dengan
mengeluarkan wang biasiswanya untuk
membayar tambang bas dan teksi.

Masyarakat yang rajin menimba ilmu. Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar
dengan tekun untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan STPM
yang bakal diduduki oleh mereka.

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan Embong tabah menghadapi dugaan hidup
hidup. apabila isterinya, Saleha menghadapi
masalah mental sehingga terpaksa dirawat
di Hospital Batu Pahat dan di Hospital
Permai.

Masyarakat yang mengamalkan sikap Dahlia dan Kavita bersahabat baik, saling
hormat-menghormati antara satu sama lain menghormati dan sangat akrab walaupun
tanpa mengira kaum dan agama. berlainan bangsa dan agama.

Masyarakat yang ikhlas membantu tanpa Tauke Lim yang sering membantu keluarga
mengharapkan balasan. Embong dan Dahlia dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan. Dia memberikan
sumbangan ikhlas sebanyak RM300 kepada
Dahlia untuk membantunya mengikuti kursus
bahasa Jepun di Universiti Malaya. Dia juga
memberikan sumbangan untuk kenduri
Majlis Maulidur Rasul.

14

NILAI

Nilai ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberi kesan baik
dan teladan terhadap pemikiran, perasaan, tingkah laku dan perhatian kepada seseorang untuk
memperoleh nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Nilai merangkumi tiga elemen utama iaitu nilai murni, nilai kemanusiaan dan nilai
kemasyarakatan.

JENDELA MENGHADAP JALAN

NILAI HURAIAN
Lili amat mengasihi ibunya dan tidak
Kasih sayang membantah cadangan ibunya yang
memintanya bercuti di kampung datuknya di
Dungun, Terengganu, walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.

Bertanggungjawab Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab
terhadap nasib malang Che Jah yang
menjadi mangsa keganasan suaminya.
Mereka berusaha sedaya upaya agar suami
Che Jah, Seman dibawa ke muka
pengadilan dan menerima hukuman yang
setimpal.

Bijaksana Danel seorang yang bijak apabila
menggunakan waktu malam sebagai masa
yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang
dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di
sebuah pondok buruk.

Bekerjasama Lili, datuk dan neneknya serta Rashid,
Geetha dan Danel bekerjasama untuk
membantu Rafiq dan Haziq daripada
menjadi mangsa kemarahan penduduk
kampung.

15

SONGKET BERBENANG EMAS

NILAI HURAIAN
Kasih sayang
(a) Kasih sayang anak kepada keluarga Dahlia sanggup ponteng sekolah
dan keluar dari asrama sekolahnya demi memastikan adik-adiknya
dijaga dengan baik semasa ibunya Saleha dirawat di Hospital Permai
kerana kemurungan.

(b) Kasih sayang suami kepada isteri Embong sentiasa teringatkan isterinya
Saleha yang sedang dirawat di hospital dan sentiasa berharap dan
mendoakannya agar segera sembuh.

(c) Kasih sayang adik kepada kakak Abu Bakar cuba mempertahankan
kakaknya Dahlia apabila Mak Aton menyindir dan menfitnah Dahlia dan
menyatakan Dahlia punca kematian anaknya Said semasa persiapan
kenduri Maulidur Rasul dan memujuk kakaknya Dahlia yang menangis
di dalam bilik.

(d) Kasih sayang cucu kepada nenek Dahlia menjaga Nek Kiah yang sakit
walaupun pada mulanya Nek Kiah berkeras dan tidak ingin tinggal di
rumah Dahlia kerana benci akan keluarga Embong. Namun akhirnya
kebaikan dan kasih sayang Dahlia berjaya melembutkan hati Nek Kiah.

Pengorbanan (e) Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya Embong tidak
Kegigihan membenarkan Dahlia berhenti belajar dan bekerja di kilang malah
Keberanian menyatakan bahawa dia akan berusaha untuk mencari jalan agar Dahlia
Setia kawan terus belajar kerana tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan
betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan.

Dahlia sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga adik-adiknya di
rumah ketika emak dan ayahnya dirawat di hospital sehingga sanggup
ponteng sekolah dan keluar dari asrama sekolahnya demi menunaikan
tanggungjawabnya kepada keluarga.

Embong gigih bekerja menoreh getah, mengambil upah memotong buah
kelapa sawit dan menternak kambing demi mencari rezeki untuk menyara
keluarganya.

Dahlia berani terjun ke dalam sungai berarus deras untuk menyelamatkan
Said, anak Mak Aton yang dihanyutkan air ketika mandi-manda walaupun
tenaganya berkurangan. Namun, Said meninggal dunia dan Aton telah
menyalahkannya atas kematian Said.

Tauke Lim sanggup membantu keluarga Embong, contohnya dia sanggup
membayarkan harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah kerana semangat
setia kawannya terhadap Embong. Tambahan pula mereka berasal dari
kampung yang sama dan sudah lama berkawan.

Kavita dan Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir ke
sekolah. Kavita juga membuat salinan nota dan memberikannya kepada
Dahlia untuk membuat ulang kaji kerana semangat setia kawannya.

16

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

NILAI HURAIAN

Kasih sayang (a) Kasih sayang anak kepada keluarga.
Dahlia sanggup keluar dari asrama dan
ponteng sekolah demi memastikan adik-
adiknya dapat dijaga dengan baik
semasa ibunya Saleha dan ayahnya
Embong dirawat di hospital.

(b) Kasih sayang suami kepada isteri.
Embong sentiasa teringatkan isterinya,
Saleha yang sedang dirawat di hospital
dan mendoakannya agar segera
sembuh.

Pengorbanan (c) Kasih sayang adik kepada kakak.
Kegigihan Abu Bakar memujuk Dahlia yang
Kerjasama menangis di dalam bilik kerana
Keberanian disindir dan difitnah oleh Aton yang
mengatakan bahawa Dahlia sebagai
punca kematian anaknya, Said.

(d) Kasih sayang cucu kepada nenek Dahlia
sentiasa menjenguk Nek Kiah apabila
neneknya itu tidak keluar rumah. Dia
bimbang akan keadaan neneknya yang
tidak keluar dari rumah. Dia juga
menjaga Nek Kiah ketika neneknya sakit.

Dahlia sanggup berkorban masa dan tenaga
demi menjaga adik-adik di rumah ketika
emaknya dirawat di hospital sehingga
sanggup ponteng sekolah dan keluar dari
asrama sekolah.

Embong gigih bekerja menoreh getah,
mengambil upah mengait buah kelapa sawit
dan menternak kambing demi mencari rezeki
untuk menyara keluarga.

Penduduk kampung bekerjasama bergotong-
royong membina rumah Embong yang
musnah dilanda banjir setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman.

Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang
berarus deras untuk menyelamatkan Said,
anak Aton. Said dihanyutkan air sungai
ketika mandi-manda dan meninggal dunia.

17

Soalan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak

sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)

(b) Huraikan tiga latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
(8 markah)

CONTOH JAWAPAN

(a) Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin yang telah saya
pelajari, watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut ialah Haji Abdul Rahman
iaitu datuk Lili.
Perwatakan Haji Abdul Rahman ialah beliau seorang yang berpengetahuan luas
dalam bidang perubatan tradisional. Sebagai contohnya, datuk Lili mengetahui pelbagai
jenis penawar dan ubatan herba serta akar kayu yang diperlukan bagi mengubati
pesakit yang datang berubat dengannya.
Selain itu, beliau juga seorang yang sabar. Sebagai contohnya, beliau sabar dengan
kenyataan Danel bahawa perubatan moden lebih berkesan dalam mengubati penyakit
bapanya William dan ingin beralih kepada kaedah rawatan moden.

(b) Berdasarkan novel songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, terdapat tiga latar
tempat dalam novel tersebut.
Latar tempat yang pertama dalam novel tersebut ialah rumah Dahlia iaitu tempat
Dahlia dan keluarganya tinggal. Rumah itu terletak di tanah neneknya. Nek Kiah ingin
menjual tanah tersebut.
Latar tempat kedua ialah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim iaitu tempat
Dahlia bersekolah sebagai pelajar tingkatan enam dan dia tinggal di asrama sekolah
tersebut.
Latar seterusnya ialah Hospital Permai, Johor Bahru. Di hospital ini Saleha, emak
Dahlia dirawat setelah mengalami gangguan perasaan. Azahari juga bekerja sementara
di hospital ini.

18

ULASAN

Soalan (a)
i) Jawapan yang diberi mestilah berdasarkan sebuah novel yang diberi.

ii) Jawapan mestilah ditulis dalam ayat-ayat yang lengkap.

iii) Jawapan mesti meliputi pernyataan dan huraian.

iv) Berikan 1 markah untuk pernyataan dan 1 markah untuk huraian yang lengkap/ jelas.

v) Berikan 0 markah untuk huraian yang tidak lengkap/ tidak jelas.

vi) Huraian tanpa pernyataan 0 markah.
vii) Markah bagi 2 isi yang lengkap dengan huraian – maksimum 4 markah.

viii) Maksimum markah bahasa 3 markah.

ix) Markah bahasa diberi secara impression seperti yang berikut:

Baik : 3 markah

Sederhana : 2 markah

Lemah : 1 markah

x) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

xi) Calon tidak menjawab, 0 markah.

xii) Jika calon menjawab dalam bentuk poin, tolak 50% daripada markah keseluruhan.

Soalan (b)
1. Jawapan yang diberi mestilah berdasarkan sebuah novel yang diberi.
2. Jawapan mestilah ditulis dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Markah isi maksimum 6 markah.
4. Markah bahasa maksimum 2 markah.
5. Markah bahasa diberikan secara impression, iaitu baik: 2 markah; dan lemah : 1
markah.
6. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
7. Calon yang tidak menjawab akan mendapat 0 markah.

Soalan yang memerlukan 2 buah novel:
i) Jawapan mesti berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

iii) Beri 1 markah untuk 1 isi bagi setiap novel dan 2 markah untuk huraian/ contoh.
iv) Isi tanpa huraian/ contoh – 1 markah.
v) Markah bagi 2 isi yang lengkap dengan huraian /contoh – maksimum 6 markah.

vi) Maksimum markah bahasa , 2 markah. Markah bahasa tidak boleh melebihi

markah isi.

vii) Markah bahasa diberi secara impression seperti yang berikut:

Baik : 2 markah

Lemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa.

ix) Calon tidak menjawab, 0 markah.

x) Jika calon menjawab dalam bentuk poin, tolak 50% daripada markah keseluruhan.

19

PERSOALAN

Teknik menulis jawapan soalan 4(a)
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, bincangkan dua persoalan yang
diketengahkan oleh penulisnya. (7 markah)

Cadangan Jawapan:

Tauke Lim Dahlia 1.
memberikan barang menyayangi Kasih sayang
emaknya, Saleha antara ahli
untuk majlis
sambutan Maulidur PERSOALAN keluarga

Rasul Tauke Lim Embong
menyumbangkan menyayangi
2. RM300 kepada isteri dan anak-
Sikap bangsa
Dahlia anaknya
lain yang
prihatin

Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah _____________________________, karya _____________

______________________. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan
oleh penulis.

Persoalan pertama ialah ________________________________. Embong menyayangi
_________ dan _____________________. Dia sanggup bekerja keras dari pagi hingga petang
bagi mencari wang untuk menyara keluarganya. Semasa isterinya, Saleha ______________ di
hospital, dia sanggup menjaga anak-anaknya, terutama Kiambang dan ______________ yang
masih kecil. Sementara itu, Dahlia amat menyayangi ibunya. Ketika Saleha berada di kebun
___________, dia berusaha memujuk ibunya agar pulang ke ____________. Dia juga melawat
ibunya yang dirawat di Hospital _______________________ dan berharap agar ibunya segera
_____________________. Apabila ibunya sembuh dan pulang ke rumah, Dahlia berasa amat
___________________________________.

20

Persoalan kedua ialah sikap ________________________ yang prihatin. Tauke Lim tinggal di
kampung yang keseluruhan penduduknya berbangsa ______________________. Namun, dia
menunjukkan sikap prihatinnya dengan memberikan sumbangan barang-barang untuk majlis
sambutan _______________________. Dia juga memberikan sebanyak RM ________ kepada
Dahlia atas kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Malahan, dia turut memberikan
hutang kepada keluarga Embong ketika mereka menghadapi masalah _______________.

Teknik menulis jawapan soalan 4(b)
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama
yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. (8 markah).

Cadangan jawapan:

Perwatakan Lili (watak utama novel Perwatakan Dahlia (watak utama novel
Jendela Menghadap Jalan) Songket Berbenang Emas)

1. Seorang yang rajin membaca.  Seorang yang berhemah tinggi.
Buktinya Lili membaca buku Buktinya, Dahlia tidak membalas kata-
sepanjang perjalanan ke kata sindiran Aton. Ketika berjalan
Terengganu. Dia membaca buku pulang ke rumah, Aton yang sedang
berjudul Panduan Pemakanan Sihat mencabut pokok ubi di hadapan
Melalui Sayur-sayuran dan Buah- rumahnya menyindir Dahlia yang kerap
buahan. Buku ini membicarakan pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini.
khasiat dan penanaman ulam- Dahlia hanya mendiamkan diri
ulaman, tumbuhan herba dan menerima sindiran itu.
rempah-rempah.
 Seorang yang penyayang - Dahlia
2. Seorang yang patuh akan arahan ibu amat menyayangi ibu, ayah dan adik-
– Lili patuh akan permintaan ibunya adiknya. Buktinya, Dahlia sanggup
supaya pulang ke kampung pulang dari asrama dan tinggal di
walaupun dia mempunyai rancangan rumahnya kerana dia perlu menjaga
bersama-sama rakan-rakan adik-adiknya semasa ayah dan ibunya
sekolahnya. Dia ingin dirawat di hospital. Dia terpaksa
memanfaatkannya untuk menghadiri berulang-alik dari rumah ke asrama
majlis perpisahan pengetua. setiap hari.

3. Seorang yang berani – Lili berani  Seorang yang cekal – Pelbagai dugaan
menghadapi situasi dirinya diculik menimpa hidup Dahlia, namun dia
oleh Haziq dan Rafiq. Dia berpura- cekal menghadapinya. Sebagai
pura tidur atau pengsan supaya contoh, ibunya yang tidak tahan
tidak diapa-apakan oleh kedua-dua menghadapi tekanan telah mengalami
beradik itu sehinggalah dia kemurungan dan seterusnya
diselamatkan oleh Danel. dimasukkan ke hospital. Dia terpaksa
berulang-alik ke sekolah kerana
terpaksa menjaga adik-adiknya.

21

Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah ___________________________________________ karya

_____________________________ dan ______________________________________karya
______________________. Watak utama dalam kedua-dua novel ini ialah ____________ dan
_______________________________.

Watak Lili ialah seorang yang rajin __________________. Buktinya, Lili membaca buku
sepanjang perjalanan ke ________________________________. Dia membaca buku berjudul
________________________________________________________. Buku ini membicarakan
khasiat dan penanaman __________________________, __________________________ dan
_______________________. Lili juga patuh akan permintaan _______________. Walaupun dia
mempunyai rancangan bersama-sama rakan-rakannya, dia tetap akur akan permintaan ibunya.

Sementara itu watak Dahlia ialah seorang yang _____________________. Sebagai
contoh, Dahlia tidak membalas kata-kata sindiran __________. Ketika berjalan pulang ke
rumah, Aton yang sedang mencabut __________________ di hadapan rumahnya menyindir
Dahlia yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Dahlia hanya ____________________
diri mendengar sindiran itu.

22

Teknik Menjawab Plot
i. Binaan Plot
a. Novel Jendela Menghadap Jalan.

PERMULAAN - Lili dipaksa pulang ke kampung datuk dan
neneknya di Terengganu.

- Lili mengalami konflik dalaman apabila berpura-
pura gembira dengan keputusan ibunya.

- Lili terpaksa mengorbankan cuti sekolah dan
rancangannya bersama rakan-rakan sekelas.

PERKEMBANGAN - Lili berkenalan dengan Geetha semasa menaiki
bas dari Kuala Lumpur ke Dungun.

- Lili juga berkenalan dengan Danel setibanya di
Pekan Sentosa.

- Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang
kepentingan susunan rumah dan jendela
menghadap ke jalan.

- Datuk bercerita tentang kehebatan perubatan
tradisional.

PERUMITAN - Datuk mengimbas kembali kisah kecuaiannya
mendidik ibu Lili. Datuk mengeluh atas sikap
ibunya yang jarang-jarang pulang ke kampung.

- Danel memaklumkan kepada datuk bahawa
ayahnya, William Ng mahu berhenti menjalani
rawatan tradisional dengan datuk.

- Lili mengajak Geetha bermalam di rumah
neneknya.

- Geetha bosan berada sendirian di rumahnya.

KLIMAKS - Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq
- Mereka menyembunyikan Lili di sebuah

rumah usang.
- Danel berjaya menyelamatkan Lili.
- Che Jah menceritakan masalah keluarganya

kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Dia bersetuju suaminya dibawa ke muka
pengadilan kerana melarikan kubah.
- Lili mencadangkan supaya Haziq dan Rafiq
dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

23

PELERAIAN - Rashid memaklumkan bahawa Sugi tidak
bersubahat dengan wakil pemaju perumahan
yang memujuk orang kampung menjual tanah
mereka.

- Che Jah membuat laporan polis berkaitan kes
keganasan rumah tangga.

- Danel dan Lili gembira kerana cadangan mereka
didengari oleh orang dewasa di kampung itu.

- Danel dan Geetha kembali menyambung
pelajaran mereka.

- Lili menunggu peluang melanjutkan pelajaran.
- Danel banyak menulis artikel tentang pisang.

b. Novel Songket Berbenang Emas:

PERMULAAN - Watak Dahlia diperkenalkan.
- Dahlia dan kawan-kawannya sedang berlatih

bola jaring.
- Dahlia teringatkan ibunya yang bersikap pelik

sejak akhir-akhir ini.
- Azhari datang berjumpa dengan Dahlia di kantin

sekolah.
- Dia menyatakan hasratnya membawa

keluarganya ke rumah Dahlia untuk

membincangkan perhubungan mereka.

PERKEMBANGAN - Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
- Aton menyindirnya kerana kerap pulang ke

kampung.
- Adiknya, Anggerik menangis kerana enggan

minum susu cair yang dibancuh oleh Melati
- Dahlia memujuk emaknya yang bercakap

sendirian agar pulang ke rumah.
- Nek Kiah datang dan meluahkan rasa tidak

puas hatinya terhadap Embong yang dikatakan
sebagai punca nasib malang yang menimpa
anaknya.
- Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan
Hospital Batu Pahat datang dan membawa
Saleha mendapatkan rawatan lanjut.

24

PERUMITAN - Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk
KLIMAKS melawat ibunya, tetapi Haji Sulaiman
memberitahu bahawa ibunya telah
dipindahkan ke Hospital Permai.

- Dahlia berusaha menyelamatkan Said, anak
Aton daripada lemas tetapi gagal.

- Dahlia dituduh membunuh anaknya.
- Aton juga memaki hamun dan menuduh

Embong merancang kematian anaknya.
- Penduduk kampung terpengaruh dengan

Aton.
- Seman menfitnah Embong sebagai punca

Saleha menjadi gila.
- Dia mencadangkan Nek Kiah menjual tanah

tapak rumah Embong.
- Dahlia terpaksa ponteng sekolah untuk

menjaga adik-adiknya apabila ayahnya
dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular.
- Najib dan Azhari datang ke rumah Dahlia
- Nek Kiah menganggap Dahlia seorang
perempuan tidak baik.
- Aton menyindir Dahlia sebagai perempuan
rendah akhlak.
- Bakar mengakui kesalahannya mencuri.
-
.

.- Bakar menemukan dua biji telur ayam berwarna
hitam, berbau dan mengandungi pelbagai
bahan untuk tujuan sihir ketika mengemas di
bawah rumahnya.

- Dahlia ke rumah neneknya yang telah lama
tidak ditemukan tetapi dia dihalau kerana
ditakuti mendatangkan sial.

- Dahlia kembali ke sekolah untuk menghadapi
peperiksaan STPM. Kepulangannya
menggembirakan rakan-rakannya dan cikgu
Hisyam.

25

Teknik Menjawab Pengajaran:
a. Novel Jendela Menghadap Jalan

Pengajaran

Kita hendaklah menjaga Kita haruslah bersatu Kita hendaklah akur akan
keluarga dengan penuh padu untuk mencapai keputusan ibu bapa kita

kasih sayang. keputusan.

Seman sering bertindak Masyarakat kampung hidup Lili mendengar arahan
ganas dengan memukul berpuak-puak kerana ibunya supaya dia pulang
anak-anak dan isterinya, bercuti di kampung datuk
terutama apabila dia kalah mempunyai pandangan yang
berbeza-beza. Hal ini dan neneknya. Dia
judi dan mabuk. mengalami pelbagai
menyukarkan mereka untuk pengalaman yang menarik
membuat keputusan yang semasa berada di kampung.

muktamad.

26

b. Novel Songket Berbenang Emas

Pengajaran

Kita hendaklah Kita janganlah Kita hendaklah
membantu orang bersangka buruk menginsafi akan
terhadap orang lain. kesalahan yang kita
yang dalam
kesusahan. lakukan

Tauke Lim bersedia Aton bersangka buruk Nek Kiah dan Abu Bakar insaf
menghulurkan bantuan terhadap Dahlia apabila akan kesalahan yang telah
melihat Dahlia dihantar dilakukan oleh mereka.
kewangan kepada oleh Azhari. Perbuatannya Mereka berubah menjadi
keluarga Embong. Dia individu yang lebih baik. Abu
membenarkan keluarga akan menimbulkan Bakar meminta ampun atas
Embong berhutang untuk perselisihan faham antara kesalahannya menjual
membeli barangan di kambing Embong. Dia
masyarakat. Aton juga membersihkan kawasan
kedainya. Dia juga bersangka buruk terhadap rumahnya sebagai menebus
sanggup membayar harga
Dahlia dengan kesalahannya. Nek Kiah pula
tanah yang mahu dijual menganggap bahawa menghentikan kata-kata
oleh Nek Kiah bagi anaknya mati lemas
kerana tidak diselamatkan nistanya terhadap Embong
memastikan Embong dan Dahlia setelah menyedari
memiliki tanah untuk oleh Dahlia.
dijadikan tempat tinggal. kesalahannya.
27

Contoh Soalan:

4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan pengajarannya. (7 markah)

a. Novel Jendela Menghadap Jalan:

Novel yang saya kaji ialah _________________________________________ karya
____________________________________. Terdapat beberapa pengajaran berdasarkan
novel ini.

Pengajaran pertama novel ini ialah kita hendaklah _________________________
dengan penuh kasih sayang. ____________ sering bertindak ganas dengan memukul
________________ dan isterinya, terutama apabila dia kalah judi dan mabuk. Dia tidak
melindungi keluarganya dengan kasih sayang.

Pengajaran kedua ialah kita haruslah ___________________________________.
Masyarakat kampung hidup berpuak-puak kerana mempunyai pandangan yang _________
_________________________. Hal ini menyukarkan mereka untuk membuat keputusan
yang muktamad.

b. Novel Songket Berbenang Emas:

Novel yang saya kaji ialah ________________________________ karya
____________________________________. Terdapat beberapa pengajaran berdasarkan
novel ini.

Pengajaran pertama novel ini ialah kita hendaklah __________________________
___________________________________________. Tauke Lim bersedia menghulurkan
bantuan ____________ kepada keluarga Embong. Dia membenarkan keluarga Embong
berhutang untuk membeli barangan di kedainya. Dia juga sanggup membayar __________
__________ yang mahu dijual oleh Nek Kiah bagi memastikan Embong memiliki tanah
untuk dijadikan _____________________.

Pengajaran kedua ialah ________________________________________________.
Aton bersangka buruk terhadap _________ apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari.
Perbuatannya akan menimbulkan ____________________ antara masyarakat. Aton juga
bersangka buruk terhadap Dahlia dengan menganggap bahawa anaknya ______________
__________ kerana tidak diselamatkan oleh Dahlia.

28

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu pengajaran yang

terdapat dalam setiap novel. (8 markah)

Novel yang saya kaji ialah ______________________________________ karya
______________________________ dan _________________________________ karya
________________________________. Terdapat pelbagai pengajaran dalam kedua-dua
buah novel ini.

Dalam novel _____________________________________ pengajarannya ialah
kita hendaklah akur dengan keputusan ibu bapa kita. Lili mendengar arahan _________
supaya dia pulang bercuti di kampung ________ dan __________. Dia mengalami
pelbagai ___________ yang menarik semasa berada di kampung. Sebagai contohnya, dia
telah diculik oleh Haziq dan Rafiq, dua orang anak Che Jah yang menagih dadah.

Sementara itu, dalam novel ___________________________________ karya
_____________________________ pula pengajarannya ialah kita hendaklah menginsafi
kesalahan yang kita lakukan. Nek Kiah dan _____________ insaf akan kesalahan yang
telah mereka lakukan. Mereka berubah menjadi individu yang lebih baik. Abu Bakar
meminta ampun atas kesalahannya menjual ______________ ayahnya, Embong. Dia
membersihkan kawasan rumahnya sebagai menebus kesalahannya. ___________ pula
menghentikan kata-kata nistanya terhadap Embong dan Dahlia setelah menyedari
kesalahannya.

SOALAN LATIH TUBI

Soalan 1

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

memaparkan nilai keberanian. (7 markah)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan yang

terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)

29

Soalan 2

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan cara watak utama

menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7 markah)

(b) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda

pelajari. (8 markah)

Soalan 3

(a) Masyarakat yang bekerjasama sering ditonjolkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh persoalan

kerjasama dalam kehidupan yang terdapat dalam novel tesebut. (7 markah)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu contoh nilai amanah

yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)

Soalan 4

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat

penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang

mempunyai unsur saspens bagi setiap novel tersebut. (8 markah)

30