Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?

Utama Soal Jawab Kristian Siapakah Anak Allah Di Dalam Alkitab?
  • Soal Jawab Kristian

Siapakah Anak Allah Di Dalam Alkitab?

Oleh
Pengarang SH
-
23/12/2019
2250
Bahagian di facebook
Tweet di Twitter
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?

Siapakah Anak Allah di dalam Alkitab? Adakah Israel sebagai bangsa anak Allah? Adakah Yesus Anak Allah? Adakah kami semua anak Allah?

Terdapat kekeliruan antara golongan yang belum percaya kepada Yesus Kristus sebagai Penyelamat mereka tentang istilah anak Allah. Pada akarnya adalah mereka yang suka memetik ayat-ayat Alkitab dari luar konteks sesuka hati (seperti dalam hal merejam sampai mati, poligami, perempuan Kristian menutup kepala, hal-ehwal meminum arak/wain yang telah dijelaskan) dan tidak mempunyai keinginan untuk mendekati pentafsiran dan pemahaman Alkitab dari sudut yang betul.

Mengapa Sangat Penting Untuk Mendalami Alkitab Mengikut Konteks?

Apa yang rasul Paulus menulis dalam 2 Korintus 4:4 memang benar, di mana golongan ini telah dibutakan oleh tuhan pujaan dunia, maka mereka tidak dapat melihat cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus yang merupakan gambaran Allah. Semoga Roh Kudus memberi mereka pencerahan rohani melalui penjelasan berikut.

Di dalam perbincangan dengan mereka yang tidak faham tentang penggunaan istilah anak Allah, berikut adalah beberapa sebab yang diberi. Kita akan memberi jawapan yang harap dapat menjelaskan pertanyaan atau bantahan mereka mengikut alkitabiah dalam konteks yang betul.

Terdapat petikan yang menggunakan anak Allah dan Anak Allah, mungkin penterjermah telah melakukan kesilapan? Oleh itu, kita semua adalah anak Allah, dan Yesus bukannya istimewa sangat dengan gelaran Anak Allah.
Jawapan: Kalian yang disayangi Kristus, kita percaya dalam kecekapan para cendekiawan apabila melakukan penterjemahan dari bahasa Ibrani dan Yunani kepada bahasa-bahasa lain hari ini. Memang mustahil seorang cendekiawan atau pakar bahasa yang boleh melakukan kesilapan atau tidak tahu perbezaan antara anak Allah dan Anak Allah mengikut konteks.

Alkitab hari ini telah diterjermahkan kepada hampir 700 bahasa di seluruh dunia. Adakah semua penterjermah yang bertauliah melakukan kesilapan yang sama, di mana mereka tidak tahu membezakan antara huruf kecil dan huruf besar (a dan A)? Memang tidak!

Selain daripada itu, Yesuslah satu-satu orang yang digelar oleh Allah sendiri sebagai Anak-Nya. Di bawah adalah ayat-ayat berkenaan di dalam Injil yang memberi gambaran yang tepat dan jelas tanpa memutarbelit makna dari konteks sebenar.

Setelah dibaptiskan, Yesus keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan Dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian kedengaran suara dari syurga, Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Matius 3:16-17

Kemudian Yesus datang dari Nazaret di Galilea, lalu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan. Ketika Yesus keluar dari sungai itu, Dia melihat langit terbuka dan Roh Kudus seperti burung merpati turun hinggap ke atas-Nya. Lalu kedengaran suara dari syurga: Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan. Markus 1:9-11

Ketika semua orang dibaptiskan, Yesus pula dibaptiskan. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, Roh Kudus berupa burung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran satu suara dari langit yang berkata, Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan. Lukas 3:21-22

Yesus juga menyatakan, Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. (Yohanes 3:16).

Di sini, kita boleh melihat betapa jelasnya Allah mengakui Yesus sebagai Anak-Nya yang tunggal, serta Yesus mengakui Diri-Nya sebagai Anak Allah yang tunggal. Barangsiapa yang menafikan pengakuan-pengakuan tersebut dari Allah ataupun Yesus tetapi masih mahu berdusta dengan memutarbelitkan ayat Alkitab melalui pengambilan ayat-ayat tertentu dari luar konteksnya adalah pengikut Iblis.

Yesus sendiri menyatakan hal tersebut, Bapamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta. (Yohanes 8:44).

Jadi, orang yang masih mahu memainkan isu anak Allah dan Anak Allah dengan alasan yang tidak munasabah selepas diberikan penjelasan di atas memang tidak mempunyai keinginan untuk mencari kebenaran, tetapi hanya ingin menyebarkan pembohongan. Kita harus terus berdoa untuk mereka supaya golongan tersebut mengenali kebenaran, dan seperti yang Yesus janjikan di dalam Yohanes 8:32, kebenaran akan membebaskanmu.

Ada juga yang mendekati topik ini melalui Keluaran 4:22, Maka katakanlah kepada Firaun, Beginilah firman Tuhan, Israel itu anak-Ku yang sulung, dan telah Kufirman kepadamu: Benarkanlah anak-Ku itu pergi supaya dia menyembah Aku tetapi kamu enggan melepaskannya. Lihatlah, Aku akan membunuh anak lelakimu yang sulung. Bukankah ini bukti bahawa Yesus bukannya Anak tunggal Allah, dan kita semua adalah anak Allah?
Jawapan: Konteks, konteks, konteks! Saya tidak boleh menekankan betapa pentingnya konteks jika seseorang ingin melakukan pentafsiran Alkitab dengan betul.

Sesiapa yang membaca ayat tersebut perlu memahami konteks yang terkandung dalam petikan secara keseluruhan. Tuhan berfirman kepada Musa supaya melakukan demikian, dan pada waktu itu, Yakub (dia telah diberi nama baru, Israel, oleh Allah setelah pergelutan) telah meninggal untuk beberapa ratus tahun. Jadi, konteks anak-Ku di sini merujuk kepada bangsa Israel. Sama seperti penggunaan istilah anak sungai atau anak kunci sesiapa yang waras pemikiran tidak akan mendakwa bahawa sungai ataupun kunci menjadi ibu/bapa kepada anak sungai dan anak kunci.

Jadi, sila membaca dan mentafsir ayat Alkitab mengikut konteks. Amsal 22:9 telah memberi amaran tentang orang bodoh, Seperti duri menusuk tangan pemabuk, demikianlah pepatah di mulut orang bodoh.

Bukankah Roma 8:19 menyatakan bahawa kita semua adalah anak Allah? Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-anak-Nya.
Jawapan: Sekali lagi, konteks sangat penting dalam pemahaman petikan ini. Penggunaan anak-anak-Nya di sini merujuk kepada Allah sebagai Bapa Syurgawi ciptaan-Nya, jadi umat manusia sejagat adalah anak-Nya walaupun mereka mengakui kenyataan tersebut atau tidak.

Sama seperti konteks di mana bangsa Israel adalah umat pilihan Allah (serta digelar sebagai anak yang sulung) pada zaman dahulu dan dipakai oleh Allah sebagai contoh di mana kemuliaan dan kasih sayang-Nya amat nyata mengikut syarat-syarat Allah, kita yang telah percaya pada Yesus adalah anak-anak Allah bukanlah keturunan tabii Abraham tetapi anak-anak janji Allah (Yohanes 9:8).

Anak Allah sebagai lambang manusia juga boleh dilihat dalam beberapa contoh yang lain seperti Matius 5:9, Lukas 20:36 dan Galatia 3:26.

Anak Allah juga boleh bermakna malaikat!
Jawapan: Memang benar, kita tidak menafikan hal tersebut. Terdapat banyak contoh di dalam Alkitab di mana istilah anak Allah diterjermahkan dari bahasa asal Alkitab untuk menyampaikan maksud malaikat.

Beberapa contoh yang memakai istilah anak Allah untuk melambangkan malaikat adalah Kejadian 6:2, 4, Ayub 1:6, Ayub 2:1 dan Ayub 38:7.

Oleh itu, penggunaan istilah mengikut konteks amat penting.

Penutup
Biasanya, mereka yang mengungkitkan hal bukan kerana mempunyai tujuan untuk mencari kebenaran tetapi mengikut hawa nafsu sendiri yang berasaskan dusta dan tipu helah juga mendakwa bahawa mereka sayang akan Yesus.

Ini satu dakwaan yang amat serius, kerana sesiapa yang menggelarkan diri bahawa dia sayang pada Yesus Kristus harus mengikut apa yang Yesus perintahkan, Jika kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku. (Yohanes 14:15).

Apabila disoal oleh golongan yang sama pada zaman Yesus, Yesus menjawab, Yang terutama antara semua perintah ialah: Dengarlah, wahai umat Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dengan sepenuh fikiranmu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Inilah perintah yang terutama. Perintah yang kedua ialah: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Tiada perintah lain yang lebih utama daripada dua perintah ini.

Memang orang Kristian menyembah Tuhan yang esa dan BUKAN TIGA TUHAN. Bukan itu sahaja, Imamat Agung, ataupun perintah Yesus yang terakhir kepada semua yang mendakwa bahawa mereka sayang kepada-Nya adalah, Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.

Yesus sendiri memberi pengajaran tentang Allah Tritunggal yang esa. Kalau anda mendakwa bahawa anda sayang pada Yesus, adakah anda

jadikan semua bangsa murid-Nya? (Matius 28:18-20)
baptis mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus? (Matius 28:18-20)
mengamalkan posisi doa yang berlainan? (Markus 6:41, Yohanes 11:41, 17:1)
mengamalkan perkahwinan monogami? (Matius 19:3-6)

Untuk mengetahui perintah-perintah Yesus yang lain, anda boleh membaca artikel-artikel yang sedia ada pada laman web kami, ataupun berhubung dengan kami tentang apa-apa persoalan yang sedia ada. Kami akan cuba membalas dengan secepat mungkin.

Tuhan berkati.

SAHAM
Facebook
Twitter
  • tweet
Artikel sebelum iniKesetiaan Kepada Tuhan
Artikel seterusnyaSaya Sayang Pada Yesus

ARTIKEL BERKAITANLEBIH DARI PENGARANG

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Pengunaan Kalimah Allah

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Siri Asas Kepercayaan Kristian 18 Penghakiman Terakhir

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Siri Asas Kepercayaan Kristian 16 Malaikat, Iblis & Roh-Roh Jahat

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Siri Asas Kepercayaan Kristian 17 Kemenangan

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Siri Asas Kepercayaan Kristian 15 Penginjilan & Misi

Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Menurut ayat 14 Siapakah yang Disebut Anak Allah itu?
Soal Jawab Kristian

Siri Asas Kepercayaan Kristian 14 Komuniti Kristian