Kelebihan pembelajaran atas talian karangan

Karangan : Kelebihan Pendidikan Maya Dan Pembelajaran Atas Talian

Berikut dikongsikan contoh isi penting dan penulisan karangan berkenaan kelebihan sistem pendidikan maya di negara dan pembelajaran atas talian yang boleh dirujuk oleh pelajar:

Isi-isi penting

  1. Meningkatkan kemahiran teknologi
  2. Penyampaian ilmu yang interaktif dan mudah
  3. Membuka peluang pendidikan jarak jauh tanpa batasan
  4. Mengurangkan kos perbelanjaan
  5. Waktu pembelajaran yang fleksibel
  6. Suasana pembelajaran yang kondusif

Pendahuluan

Pandemik yang melanda dunia akibat penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan masyarakat di seluruh dunia mengubah norma kehidupan. Antara norma baharu yang dipraktikkan adalah pembelajaran secara atas talian atau pendidikan secara maya. Hal ini kerana hampir setiap di antara kita perlu menjalani kuarantin di rumah bagi memutuskan rangkaian penularan wabak yang meragut nyawa ini. Sebenarnya pendidikan secara maya telah pun diadakan sejak aplikasi panggilan video seperti Skype diterbitkan. Namun ia tidak dilaksanakan secara menyeluruh sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) diperkenalkan. Semua guru dan murid terpaksa menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit untuk menyertai PDPR dan menjalani persekolahan dari rumah. Sebagai pelajar, wajar untuk kita bincangkan kelebihan-kelebihan pembelajaran maya dan pendidikan atas talian untuk semua.

Isi 1

Antara kelebihan melaksanakan pembelajaran atas talian adalah pelajar dan guru dapat meningkatkan kemahiran teknologi. Hal ini demikian kerana guru dan murid perlu menggunakan komputer, tablet atau telefon bimbit serta capaian Internet untuk menjalankan pembelajaran secara atas talian. Guru perlu mempelajari cara untuk menganjurkan kelas menggunakan aplikasi penggilan video yang terbaik dan mudah untuk para pelajar menyertainya. Dari sudut pelajar pula, mereka perlu peka dan bersedia untuk menyertai setiap kelas yang telah disediakan oleh guru dari subjek-subjek yang berlainan. Kerja sekolah atau latihan yang diberikan oleh guru juga pastinya berbeza jika dibandingkan sewaktu pembelajaran secara bersemuka dilaksanakan. Natijahnya, tidak kira guru atau pelajar, kita kena bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baharu bagi meningkatkan kemahiran diri kerana laut yang ditimba tidak akan kering.

Isi 2

Selain itu, pendidikan maya dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan mudah. Di bilik darjah, guru perlu menulis di papan hijau atau papan putih untuk mengajar dan pelajar pula merujuk buku teks yang kurang interaktif. Melalui pendidikan secara atas talian, guru boleh menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif seperti menggunakan Microsoft PowerPoint. Bahan pengajaran ini boleh diselitkan dengan pautan video, gambar dan animasi yang mampu menarik perhatian para pelajar. Tambahan pula, pelajar mempunyai kelebihan untuk mencari sendiri maklumat lebih lanjut tentang sesuatu topik yang dipelajari menggunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo. Aplikasi penstriman video seperti Youtube juga telah menjadi salah satu cabang pendidikan secara maya yang semakin mendapat perhatian oleh murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran atau mempelajari teknik baharu untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Ungkapan lain dahulu lain sekarang jelas menunjukkan pembelajaran atas talian adalah lebih mudah dan interaktif untuk generasi hari ini.

Isi 3

Pada masa yang sama, pembelajaran secara maya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan seorang pelajar. Proses pembelajaran di sekolah secara bersemuka memerlukan pelajar untuk memakai uniform sekolah, membeli buku teks dan latihan serta membayar yuran van atau bas untuk menghadirkan diri ke sekolah. Apabila PDPR diperkenalkan, pelajar hanya perlu duduk di rumah dan menyertai kelas tanpa perlu membayar kos-kos yang dinyatakan di atas. Tidak dinafikan ibu dan bapa perlu menyediakan peranti seperti komputer dan capaian Internet yang stabil untuk anak-anak menikmati pembelajaran atas talian yang lancar. Namun, ia dapat membantu meringankan beban secara jangka masa panjang lebih-lebih lagi jika ibu dan bapa kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji sewaktu menghadapi COVID-19. Dari sudut pandang mahasiswa dan mahasiswi pula, pendidikan secara maya ini amat meringankan bebanan kewangan yang ditangung mereka kerana tidak perlu membayar yuran penginapan dan kos pengangkutan yang mereka lazimi. Tuntasnya, pendidikan secara maya dapat menjimatkan kos pelajar pada aspek tertentu.

Isi 4

Di samping itu, pendidikan secara atas talian telah membuka peluang kepada pendidikan jarak jauh tanpa batasan. Justifikasinya, walaupun guru atau pensyarah berada di kampungnya yang terletak di Kota Bharu, Kelantan, pelajar yang menetap di Johor Bahru masih boleh menyertai kelas yang diadakan secara maya. Sekiranya pihak berkuasa ingin memastikan pendidikan dapat disampaikan secara sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, mereka perlu membangunkan dan memastikan infrastruktur Internet dalam negara berada di tahap yang terbaik dan pada harga yang berpatutan. Berlaku satu insiden di mana tular seorang mahasiswi yang memanjat pokok hanya untuk mendapatkan capaian Internet bagi menjawab peperiksaan secara atas talian. Situasi yang membahayakan nyawa ini wajar dielakkan pada masa hadapan kerana secara realitinya, infrastruktur Internet boleh dibangunkan dimana-mana sahaja. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tegasnya, dengan memperkukuh infrasturktur Internet, pendidikan secara maya dapat meluaskan capaian pendidikan kepada seluruh ahli masyarakat.

Penutup

Secara keseluruhan, banyak kelebihan yang diperoleh pelajar dan juga guru dalam pelaksanaan pembelajaran secara atas talian. Dalam jangka masa panjang, PDPR yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat mencabar guru dan murid-murid kerana faktor-faktor tertentu. Selain capaian internet yang tidak stabil, semangat dan motivasi pelajar dan guru tidak mencapai satu tahap yang membolehkan ilmu itu disampai dengan berkesan. Secara peribadi, pihak berkuasa seharusnya menggunakan kuasa politik dan pengaruhnya untuk memastikan pendidikan sama rata diberikan kepada seluruh generasi muda di tanah air ini. Hanya dengan pendidikan sahaja kita dapat memastikan masa hadapan negara kekal aman dan maju. Tiada lagi rakyat yang disisih seperti katak di bawah tempurung dan golongan elit yang mengambil kesempatan peluang pendidikan terbaik sehingga menyebabkan jurang antara masyarakat berlaku.

Related : dikatakan demikian kerana, sistem pendidikan di negara, bertaraf dunia, negara maju, sistem pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat menguasai, secara tidak langsung, institusi pendidikan, duduk sama rendah, termasuklah pemprosesan kata hamparan data senarai kandungan, komputer riba, dilakukan di rumah, data senarai kandungan kalendar, menangani kepelbagaian masalah pelajar,

Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)

Share

FacebookTwitterWhatsAppTelegram

Kelebihan pembelajaran atas talian karangan

Ipendidikan » Karangan » Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)

Disemak dan dikemaskini pada pukul 9:59 pm, 28 Ogos 2021

Dalam subjek Bahasa Melayu, pelbagai tema dan tajuk diutarakan untuk menjadi soalan dalam penulisan karangan. Para pelajar seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan am serta mengambil tahu isu semasa yang lazim menjadi tema kepada soalan di dalam ujian atau peperiksaan. Oleh itu, berikut dikongsikan contoh karangan kelebihan pendidikan maya (pengajaran & pembelajaran dalam talian PdP) untuk rujukan pelajar.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 telah banyak mengubah norma manusia pada ketika itu, Antaranya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dilakukan di sekolah terpaksa ditukar ke Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Tindakan ini banyak menjejaskan kecapaian pendidikan pelajar dan guru tetapi pendidikan secara maya ini adalah cara yang terbaik supaya mereka tidak ketinggalan. Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan kelebihan pendidikan secara dalam talian untuk manfaat semua.

Kelebihan pembelajaran atas talian karangan

Isi Kandungan

  • Kelebihan Pembelajaran Secara Maya
  • Contoh Karangan Kelebihan Pendidikan Maya (Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian)

Kebaikan dan keburukan pembelajaran atas talian

Masyarakat baik di Malaysia mahupun dunia menyaksikan satu perubahan drastik dalam amalan, cara hidup serta tingkah laku sejak bermulanya pandemik Covid-19. Impaknya, masyarakat mula mengadaptasi norma baharu kehidupan yang perlu ditempuhi dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali. Di Malaysia, bermula Mac 2020, para pendidik baik di prasekolah sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi mula beralih kepada pengajaran dan pembelajaran dalam talian berbanding secara bersemuka di dalam bilik darjah atau dewan kuliah. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran atas talian terus disesuaikan menerusi pelbagai platform agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan pembelajaran secara atas talian?

Kebaikan:merancang masa belajar mengikut jadual

Antara kebaikan Pelajar yang mengikuti kelas atas talian ialah dapat merancang masa belajar mengikut jadual mereka sendiri. Pelajar tidak perlu berulang alik ke kampus atau sekolah, jadi mereka menjimatkan masa dan dapat belajar di mana sahaja yang mereka mahukan. Mereka juga tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan kerana bahan kursus dapat diakses secara atas talian. Pelajar juga dapat belajar mengikut keselesaan mereka.

Contoh Karangan: Kelebihan Pendidikan Maya

Kebaikan:menjimatkan kos

Selain itu, pembelajaran secara atas talian dapat menjimatkan kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelajar dapat menyertai kelas atas talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet dan Zoom. Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan.

Keburukan:tidak mempunyai peranti serta aksesteknologi

Antara keburukan belajar secara atas talian pula ialah ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara atas talian kerana mereka tidak mempunyai peranti serta akses kepada teknologi komunikasi adalah terhad. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran diikuti. Lebih buruk lagi, situasi ini juga dapat memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hubungan murid dengan sekolah akan terkesan kerana mereka terasing daripada suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang.

Keburukan: tidak berpeluang untuk berinteraksi

Seterusnya, pelajar tidak berpeluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Perkara ini sekaligus akan menjurus kepada kesukaran dalam menerima apa yang di ajarkan oleh guru. Kemahiran guru terhadap aplikasi pembelajaran dalam talian dan prasarana digital juga boleh membantutkan proses pembelajaran dan pengajaran atas talian.

Penutup Karangan

Akhir sekali, gerakan membudayakan pembelajaran atas talian hanya akan berjaya sekiranya pelajar, guru dan pensyarah komited terhadap setiap sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian. Selain meningkatkan kompetensi digital, pensyarah, guru dan pelajar perlu lebih berani untuk meneroka, mencuba dan membiasakan diri dengan norma baharu pembelajaran atas talian dan seterusnya memperbaiki diri dalam setiap ruang dan peluang yang ada untuk kemahiran pedagogi pembelajaran atas talian.

(400 patah perkataan)


Contoh Karangan: Kelebihan dan Keburukan perniagaan atas talian

Contoh Karangan: Pendidikan Jarak Jauh

Post yang berkaitan:

Ringkasnya

Pada masa kini, pembelajaran dalam talian telah membolehkan kami mengakses latihan yang berkualiti dari mana saja di dunia dan diselaraskan dengan keperluan pelajar, yang mengurus pembelajaran mereka sendiri.

Jadi ia adalah kaedah yang sangat selesa dan fleksibel yang telah membolehkan ramai orang untuk meneruskan latihan mereka dengan jayanya dan sebagai alternatif kepada pembelajaran tradisional. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak aspek penting yang perlu kita teruskan untuk meningkatkan faedah dalam proses pengajaran.

Dan anda, apa kelebihan dan kekurangan lain dalam pembelajaran dalam talian yang anda tahu??

5 Kelebihan dan Kekurangan Belajar Secara Online

  • Share
  • Share


Belajar secara Online semakin popular lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang kita hadapi sekarang. Para pengajar tidak kira dari sekolah rendah ke universiti, mengambil inisiatif untuk melakukan kelas dalam talian. Teknologi yang ada pada masa ini sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran secara online bagi pihak pengajar dan pelajar.


Namun, belajar secara online ini ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.


Kelebihan Belajar Secara Online

1. Menjimatkan wang


Pembelajaran online membolehkan pelajar untuk menjimatkan wang. Kebanyakan pelajar banyak menghabiskan wang untuk membayar tambang bas untuk pergi ke sekolah atau universiti. Wang untuk makan juga harus diambil kira. Jika pembelajaran secara online dijalankan, pelajar hanya perlu duduk di rumah, membuka leptop dan boleh melakukan pembelajaran secara maya.


Kelebihan pembelajaran atas talian karangan



2. Dapat mengatur jadual dengan lebih baik


Pengajar selalunya akan memberikan masa atau waktu untuk setiap kelas yang akan dilakukan. Dengan adanya jadual kelas dari pengajar, pelajar dapat mengatur jadual mereka dengan lebih mudah. Memandangkan pelajar juga ada hal yang perlu dilakukan di rumah, mereka boleh menyusun sedia masa mereka untuk belajar dan untuk urusan rumah.



3. Persiapan menghadap kelas online


Jika perlu ke sekolah atau universiti, pelajar perlu bangun bersiap lebih awal kerana perlu mengejar masa untuk ke sekolah sebelum kelas bermula. Namun, pembelajaran secara online sangat memudahkan kerana pelajar tidak perlu bersiap awal. Pelajar selalunya hanya akan beriap satu jam atau setengah jam sebelum kelas bermula. Mereka hanya perlu membuka laptop dan duduk belajar dengan guru dan kawan-kawan.


Kelebihan pembelajaran atas talian karangan



4. Bahan pembelajaran


Seorang pelajar sememangnya memerlukan banyak buku untuk setiap subjek atau kos. Namun, belajar secara online dapat mengurangkan penggunaan buku. Hal ini kerana, pengajar akan memberi nota dalam bentuk pdf atau nota online yang boleh dirujuk. Selain dapat mengurangkan penggunaan kertas, pelajar dapat kurangkan kos dari segi pembelian buku belajar yang agak mahal.



5. Fleksibel dari segi masa dan tempat


Jika pelajar belajar secara online, pelajar dapat mengatur sedia masa belajar mereka. Pengaturan dari segi masa dan tempat adalah sangat fleksibel jika anda belajar secara online. Pelajar boleh memilih tempat yang mereka selesa dan boleh menjalankan pembelajaran dengan lebih baik.


Kekurangan Belajar Secara Online


1. Hilang fokus


Memandangkan pembelajaran secara online ini bebas tanpa guru di hadapan seperti di kelas, sangat mudah untuk pelajar hilang fokus. Mungkin dalam 15 atau 30 minit pembelajaran, pelajar masih boleh fokus. Namun, jika berterusan, sesetengah pelajar akan mula berasa bosan dan mereka tidak dapat mengikut rentak pembelajaran dengan baik. Oleh itu, pengajar perlu mengambil kira hal ini ketika melakukan kelas online bagi mengelakkan pelajar rasa bosan dan hilang fokus.


Kelebihan pembelajaran atas talian karangan


2. Data internet


Tidak dapat dinafikan bahawa belajar secara online ini akan memakan data internet yang sangat banyak. Pelajar perlu berbelanja banyak untuk membeli data internet yang kuat supaya pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan talian. Banyak pelajar tidak dapat mengikuti kelas online kerana ketiadaan data internet yang kuat. Pelajar perlu memilih pakej internet yang sesuai untuk melancarkan proses pembelajaran.



3. Mudah terganggu


Belajar secara online akan membuat pelajar mudah terganggu dengan benda lain. Sebagai contoh, diganggu dengan mesej-mesej dari WhatsApp, tertarik dengan media social dan mungkin juga diganggu dengan suasana yang bising di dalam rumah. Pelajar yang terganggu ini sudah pasti tidak dapat menangkap sesi pembelajaran dengan baik dan membuat mereka lebih terpengaruh dengan benda lain.



4. Sukar difahami


Sesetengah pelajar lebih suka belajar di sekolah atau universiti kerana mereka akan dapat memahami subjek dengan lebih baik. Belajar secara online akan melambatkan pemahaman lebih-lebih lagi jika pengajar tidak memberikan contoh dan penerangan yang baik. Hal ini akan menyulitkan para pelajar untuk lebih paham dengan apa yang diajar. Oleh itu, pengajar perlu lebih bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran yang lengkap agar dapat membantu pelajar lebih paham.


Kelebihan pembelajaran atas talian karangan



5. Kurang pengawasan


Pelajar akan lebih berdikari jika belajar secara online kerana para pengajar tidak dapat mengawasi secara depan-depan seperti di kelas. Dengan kurangnya pengawasan, pelajar akan lebih terdorong untuk melakukan hal lain semasa pembelajaran dilakukan. Pengajar perlu memastikan semua pelajar hadir dalam kelas online dengan menyuruh mereka membuka kamera leptop atau suara. Sesetengah pelajar mungkin kurang senang dengan keadaan ini, namun pelu dilakukan supaya pelajar dapat fokus dan memahami apa yang diajar.


Sekiranya anda seorang pelajar anda perlu mengambil kira dengan semua kelebihan dan kekurangan belajar secara online untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Para pengajar juga perlu memahami tugas mereka dengan lebih terperinci.


Belajar di kelas dan belajar secara online adalah berbeza. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu menjalankan tugas masing-masing agar pengajaran dan pembelaran dapat dilakukan dengan jayanya. Banyak pelajar mungkin akan gagal sekiranya tidak mengambil kira hal ini.


Pendidikan sangat penting dan pelajar perlu memahami peranan mereka dengan baik. Jika pelajar bersungguh-sungguh, sudah tentu kejayaan yang pudar-pudar itu dapat digapai dengan mudah!

Label: Pendidikan

Kelebihan pembelajaran atas talian karangan

January 19, 2021

Next article Next Post

Previous article Previous Post