Mengapakah kaedah bertulis lebih baik berbanding kaedah lisan

KEPENTINGAN SEJARAH LISAN

Di Malaysia, serupa juga di negara-negara lain, cerita-cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepatnya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, email atau bertemu muka, tradisi menulis surat-surat yang panjang, penyimpanan catatan-catatan harian dan persediaan memo yang lengkap sudah menjadi kurang mustahak. Dalam keadaan seperti ini, Sejarah Lisan boleh menentukan supaya tidak semua perkembangan-perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah.

Satu daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Misalnya bagi sejarah negeri-negeri Melayu. Cuma beberapa negeri sahaja yang mempunyai sumber-sumber asli yang berkaitan dengan perkembangan sejarah negeri tersebut, tetapi itupun hanya terhadap kepada kurun yang ke-19 sahaja. Masalah ini lebih serius kerana di Malaysia tidak terdapat satu tradisi menyimpan catatan harian, menulis dokumen-dokumen yang lain atau menulis riwayat hidup. Di dalam hal ini Sejarah Lisan boleh memainkan peranan yang besar dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber yang ada untuk Sejarah Malaysia di abad ini.

Di dalam usaha untuk memajukan penulisan sejarah Malaysia tidak semestinya penulisan ditumpukan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu zaman. Sesungguhnya perkara ini penting, tetapi kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa. Maka tajuk-tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan juga sejrah negeri perlu diberi tempat yang sewajar. Di sinilah Sejarah Lisan sangat berguna kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber-sumber bertulis. Di Malaysia sungguhpun tradisi bertulis berkurangan tetapi ia kaya dengan tradisi lisan. Peluang utnuk merakamkan warisan ini boleh dilaksanakan melalui projek Sejarah Lisan.

Penggunaan Sejarah Lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan sepatutnya. Sejarah Lisan berdasarkan kepada kenang-kenangan seseorang yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa yang penting dan maklumat-maklumat ini sungguh bernlai di dalam memahami perisitwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas. Sejarah Lisan adalah unitk kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah. Pita rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan cara mengajar di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi lain. Muzium misalnya memberikan gambaran tambahan kepada penuntut-penuntut melalui pameran, bahan-bahan yang dipetik dari buku-buku dan filem-filem. Cara ini tidak dinafikan sebagai satu cara pengajaran yang berguna di dalam kelas. Walau bagaimanapun, nilainya terhad kepada keadaan pameran yang statik. Di sebaliknya pita-pita rakaman wawancara dengan tokoh-tokoh tertentu yang pernah memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat boleh memberi suatu gambaran yang berkesan untuk memahami masa yang lalu itu. Rakaman-rakaman ini boleh menggambarkan perkara-perkara bersejarah yang telah berlaku di samping ianya dapat menggambarkan aspek-aspek masyarakat yang sukar untuk dipamerkan.

Peranan dan kegiatan persatuan-persatuan sejarah negeri di Malaysia akan dapat diperkembangkan lagi sekiranya persatuan-persatuan tersebut menjalankan projek-projek sejarah lisan. Persatuan-persatuan Sejarah yang ditubuhkan bukan sahaja untuk menggalakkan pengajian dan menambahkan minat orang ramai terhadap tempatan tetapi juga mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kesan-kesan sejarah negeri-negeri masing. Di dalam hal ini mereka terlibat dalam pengumpulan, pemeliharaan dan penyediaan bahan-bahan tersebut untuk penyelidik. Persatuan-persatuan sejarah patut memelihara alat-alat dan gambar-gambar mengenai kehidupan masyarakat di masa yang lalu dan muzium negeri yang telah lama tertubuh itu boleh mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada orang ramai. Begitu juga bagi tapak-tapak bersejarah yang patut dipelihara dan dibina semula dan dikekalkan untuk dilawati oleh orang ramai. Persatuan Sejarah akan dapat menggiatkan lagi penyelidikan yang telah dijalankan. Sejarah lisan pula boleh menambahkan rancangan-rancangan persatuan sejarah khasnya di dlaam memenuhi jurang-jurang yang terdapat dalam sejarah tempatan. Jadi melalui cara ini maklumat yang tidak selalunya dimasukkan ke dalam rekod-rekod tertulis akan dapat diperolehi.

Video yang berhubungan

Postingan terbaru

LIHAT SEMUA