Kenapa selalu mimpi bayi?

Mimpi bayi yang comel mesti seronokkan? Tetapi jauh di lubuk hati tentu ada rasa ingin tahu akan maksud untuk mimpi tersebut. Walaupun dah terang-terang tahu yang mimpi ini hanyalah sekadar mainan tidur. Tapi di dalam hati tetap nak tahu, apakah mungkin ada makna disebalik mimpi ini?

Seperti mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, memiliki bayi hingga mimpi berhubungan intim dikatakan ada maksud-maksudnya yang tersendiri.

Antara Maksud Mimpi Tentang Bayi Menurut Pandangan Islam Dan Kepercayaan Masyarakat

Mimpi yang sering muncul berkaitan dengan si kecil ini mungkin seperti mendukung bayi, menyusu bayi, menidurkan bayi, menyelamatkan bayi, menimang bayi baru lahir, menenangkan bayi menangis dan lain-lain lagi. Bayi ini pula boleh muncul di dalam bentuk sama ada sebagai bayi lelaki, bayi perempuan mahupun bayi kembar.

Dan antara maksud untuk mimpi seperti ini adalah :

1. Maksud Mimpi Si Kecil Perempuan atau Lelaki Comel

Mimpi melahirkan atau memiliki bayi perempuan atau bayi lelaki yang comel boleh membawa maksud akan akan mendapat berita yang baik. Ianya mungkin dalam bentuk keuntungan kewangan, kesihatan yang bagus atau sebagainya.

2. Maksud Mimpi Bayi Luar Nikah

Mimpi melahirkan atau memiliki bayi luar nikah mungkin bermaksud akan cubaan hidup yang perlu dilalui baik dalam kehidupan berumahtangga atau dalam kerjaya atau pekerjaan.

3. Maksud Mimpi Si Kecil Kembar

Mimpi melahirkan atau memiliki anak kembar tidak kira sama ada mimpi kembar lelaki mahupun bayi kembar perempuan, keduanya membawa maksud akan mendapat rezeki yang agak besar tanpa di duga. Jangan lupa untuk bersedekah juga.

4. Maksud Mimpi Si Kecil Baru Lahir

Pernahkah mimpi hamil atau melahirkan? Berikut ini beberapa penjelasan mengenai arti mimpi hamil dan melahirkan menurut beberapa kepercayaan. Beruntung jika di dalam hal ini dapat melihat bayi baru lahir. Tak kisahlah melihat bayi lelaki baru lahir ataupun bayi perempuan baru lahir, kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama. Mimpi seperti ini dikatakan ada kaitan dengan penambahan rezeki.

5. Maksud Mimpi Si Kecil Menangis

Apakah tafsir mimpi si kecil menangis dalam Islam? Melalui pembacaan, mimpi si kecil yang menangis atau mimpi sedang melihat ketika si kecil menangis, ia berkemungkinan boleh melambangkan rasa tidak tenang. Bermimpi menangis juga boleh membuatkan rasa bersedih. Akan tetapi, ada juga yang beranggapan bahawa hal ini iaitu melihat bayi menangis ini adalah sebuah pertanda baik.

6. Maksud Mimpi Tidurkan si kecil Dengan Tenang

Maksud mimpi si kecil tidur dengan tenang ini mungkin membawa erti pada sesuatu yang diusahakan selama ini akan berakhir dengan baik. Dalam erti kata lain, cita-cita hampir menjadi kenyataan. Teruskan berusaha.

7. Maksud Mimpi Susukan Bayi

Jika pemimpi bermimpi memberi susu kepada seseorang dan seseorang itu amat dikenalinya, itu petanda ukhuwwah antara mereka amat rapat. Jika bermimpi menerima susu dari seseorang, itu petanda akan beroleh keberkatan dari ukhuwwah yang terbina.

8. Maksud Mimpi Jaga Bayi Yang Sihat

Jika bermimpi melahirkan dan menjaga anak perempuan yang sihat, arti mimpi ini mungkin akan menerima hasil dari kerja keras selama ini.

9. Maksud Mimpi Selamatkan Si kecil

Selain menjadi bunga tidur, mimpi juga membawa sesuatu pertanda pada seseorang dan untuk mimpi selamatkan bayi ini ia boleh membawa maksud baik yang positif.

10. Maksud mimpi si kecil Meninggal

Erti bayi meninggal ini berkemungkinan membawa maksud akan mengalami kegagalan dalam sesuatu perkara yang sedang dilakukan saat itu. Namun walaupun gagal jangan sesekali putus asa dan patah semangat.

11. Mimpi Melihat Banyak Bayi

Masalah percintaan yang membuat kita tidak tenang akan segera berakhir. Lepas ni dah hidup lebih nyaman bersama pasangan kita sekarang.

12. Mimpi Buaikan Bayi

Maksud untuk mimpi buaikan bayi ini berkemungkinan yang usaha dalam bisnes dan rumahtangga akan berhasil. Jika ada pengorbanan di awal, lakukanlah dengan baik.

13. Mimpi Mendukung Bayi

Menimang bayi mungkin sudah biasa tapi bagaimana dengan mimpi mendukung bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain tengah dukung), ataupun diri sendiri yang sedang dukung bayi, dikatakan yang maksud untuk mimpi ini mungkin akan mendapat rezeki dengan cara yang baik. Bila dah dapat rezeki yang baik ni bolehlah menjaga dan menggunakannya untuk perkara yang baik-baik juga.

Maksud Mimpi Bayi Di Kalangan Wanita Yang Sedang Hamil

Bagi kalangan wanita yang sedang hamil, tidak kiranya mimpi si kecil itu sedang menangis, bayi sedang tidur, di dalam dukungan, bayi dalam buai dan sebagainya. Mimpi untuk wanita sedang mengandung ini dikatakan ada kaitan dengan perasaan si ibu itu sendiri. Ibu mungkin sedang berasa stress, takut dan risau pada kandungan.

Bimbang jika ada apa-apa bakal berlaku dan akibat banyak fikir, mimpi ini turut muncul ketika sedang tidur. Seeloknya ibu yang sedang hamil dan bakal melahirkan ini, jangan terlalu banyak fikir hingga tertekan. Kesihatan kena jaga dengan baik. Banyakkan membaca AlQuran, Yasin dan sujud solat untuk tenangkan diri. Ini penting demi kesihatan bayi di dalam kandungan itu juga

Tafsir Mimpi Dalam Perubatan Islam

Jika kerap bermimpi seperti ini, apa maksudnya? Ada juga terbaca yang mimpi dalam perubatan Islam ada suatu maksud. Apa yang mengejutkan, dikatakan yang mimpi ini boleh membawa maksud kepada kehadiran saka.

Walaubagaimanapun, mimp yang membawa maksud saka ini hanyalah jika di dalam mimpi itu, si pemimpi bermimpi menyusukan sehingga kenyang sahaja. Benar ataupun tidak, itu kami sama sekali tidak pasti. Tetapi menurut pembacaan, memang itulah yang telah dikongsikan. Jauh di sudut hati moga-moga ianya tidak benar.

Sejujurnya niat di hati memang ingin berkongsi tafsir mimpi menurut Islam dengan lebih jelas dan terang tetapi apakan daya, hanya setakat itu saja yang diperolehi. Dengan berpandukan maksud mimpi ini mengikut perubatan Islam dan kepercayaan dalam masyakarat kita, telah dikongsikan beberapa maksud untuk si kecil sebagaimana yang diketahui melalui pembacaan di Internet dan sebagainya ini.

Ingat! Ini hanyalah sekadar pembacaan kosong dan jangan sesekali menerima semuanya secara bulat-bulat.

Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:

Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :

Video

Postingan terbaru

LIHAT SEMUA