Tak perlu risau.
Sekarang proses boleh dibuat dengan lebih mudah.
Sebelum ini saya pernah cerita mengenai cara tukar nama motor, tapi kali ini saya ingin bercerita tentang cara tukar nama kereta.
Caranya mungkin lebih kurang sama.
Tetapi ada beberapa perbezaan dengan motor.
Ada beberapa langkah tambahan dan dokumen yang perlu disertakan untuk tukar nama kereta.
Baiklah, di bawah ialah langkah untuk tukar nama kereta.
Step yang pertama. (pemilik asal kereta)
1. Pemilik asal kereta perlu hantar kereta ke Puspakom terlebih dahulu.
Pastikan kereta ikut standard yang ditetapkan untuk mudahkan proses di Puspakom.
2. Selepas itu pemilik perlu dapatkan salinan atau gambar IC pemilik baru (pakai phone pun boleh). Kemudian serahkan geran kepada pemilik baru.
3. Selepas itu bawa
salinan Puspakom tadi dan salinan @gambar IC pemilik baru ke JPJ.
4. Dekat JPJ, cakap nak tukar hak milik.
Nanti pemilik kena isi Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor secara sukarela oleh Pemunya Berdaftar / Pemunya Baru.
Contoh Borang JPJK3
5. Selepas isi borang, tunggu giliran dan thumb print.
Tak perlu geran sebab geran dah bagi pembeli.
Pemilik akan dapat salinan pengesahan.
Selesai tugas pemilik.
Step kedua. (pembeli kereta)
1. Lepas tu, tugas pembeli pula ke JPJ. (kena settlekan dalam masa 7 hari).
Masa ni la tugas sebagai pembeli bermula.
2. Anda perlu bawa ic, geran, insurans, dan roadtax kereta. (Pastikan bawa roadtax sekali untuk memudahkan urusan tukar roadtax nanti).
3. Sampai sana, kena isi borang untuk tukar hak
milik.
Dan perlu isi borang untuk batalkan roadtax dulu.
Kemudian baru boleh selesaikan proses tukar hak milik.
4. Lepas dah isi borang batal roadtax, fotostat ic.
Maka tunggu giliran. Dan selesai proses thumb print dan serah borang semua, bayar Rm 100.
Tunggu
dalam 5 minit.. selesai.
Dapatlah geran baru..
Step ketiga (pembeli kereta)
1. Langkah seterusnya ialah.. kena beli insurans roadtax baru..
Roadtax dan insurans lama dah tak boleh pakai..
Sebab nama atas pemilik lama..
2. Jadi kena buat insurans baru atas nama pemilik baru.. dah buat insurans baru boleh
roadtax.
3. Buat roadtax sangatlah mudah, buat di JPJ terus pun boleh.
Buat di luar pun boleh.
Okayy..
Begitulah kisahnya cerita tukar nama kereta ini.
Jadi, siapa yang nak tukar nama kereta, saya bagi sedikit senarai.
Apa yang perlu sediakan untuk buat penukaran.
Sebagai PEMILIK ASAL, sediakan:
1. Kad pengenalan
2. Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor secara sukarela oleh Pemunya Berdaftar / Pemunya Baru
Sebagai PEMBELI, sediakan:
1. Geran kereta
2. IC
3. Salinan IC
4.
5. Borang batal roadtax
6. Bayaran RM 100.00
Okay ini prosedur untuk dapat cara tukar nama kereta. Maka jadilah kereta itu milik anda selepas siap semua proses ini.
Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai cara tukar kereta ini, anda boleh rujuk laman rasmi JPJ di sini.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak urusan anda untuk tukar nama kereta.
Wassalam.